Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain June 26, 2023 @ 1:31pm

“Itu Adalah Kerja Pelawak Jahil” – AC Mizal

Pelawak dan pengacara Datuk AC Mizal tampil memberikan ulasan berkenaan tindakan sesetengah pelawak yang kurang sensitif dan menjadikan tragedi serta kematian sebagai topik bahan jenaka.

Menurut AC, tindakan pelawak tersebut bukan sahaja dianggap jahil, malah ia juga merupakan strategi murahan dalam mengetengahkan bakat lawaknya.

“Itu adalah kerja pelawak jahil. Bagi saya seorang pelawak harus sensitif dengan keadaan semasa. Perkara ini tidak boleh dipertontonkan di atas pentas dan tidak boleh dibuat bahan lawak dengan cara apa sekalipun.

“Baru-baru ini ada juga yang menjadikan isu kematian sebagai bahan jenaka dan sebagainya, saya tidak suka dengan pelawak sebegini sedangkan ada banyak lagi bahan lawak yang boleh dipertengahkan kepada penonton.

“Bagi saya, it’s a very cheap marketing dan dia secara tidak langsung sedang menyundalkan dunia lawak itu sendiri. Lawak sendiri untuk buat orang gembira dan ketawa tapi cara itu salah,” katanya.

Perkara tersebut telah dikongsikan oleh AC ketika ditemui di majlis sidang media Konsert Muzika Lawak Nusantara, baru-baru ini.

Menyedari kewujudan platform digital sekarang ini lebih mudah akses dari pelbagai negara, pengacara itu turut menyatakan setiap bahan jenaka perlu diteliti terlebih dahulu agar tidak memberi kesan kepada mana-mana pihak.

“Ini adalah kekurangan dan kelebihan sosial media, bila ada sosial media ni batasan tu dah tiada. Apa yang disampaikan tu boleh beri kesan pada satu dunia.

“Kita sendiri boleh tengok impak yang diterima bukan sahaja kepada negara yang dipersendakan, bahkan ada juga dari negara lain.

“Lawak ini sepatutnya satu-satunya elemen hiburan yang satu dunia faham. Contohnya, Chalie Chaplin atau Mr. Bean tak bercakap pun semua orang ketawa,” jelasnya.

Biarpun lawak tersebut turut mengundang kecaman dari pelbagai pihak, namun AC berharap agar isu ini tidak perlu diperbesarkan sehingga meminta bantuan polis antarabangsa (Interpol).

“Dia Kesalahan yang besar tapi bukan satu jenayah. Bagi saya, block sahajalah atau hapuskan video itu, mudah. Isu ini tidak perlu dipanjangkan,” katanya.

Dalam pekembangan lain, AC bakal terlibat dengan Konsert Muzikal Lawak Nusantara yang bakal berlangsung di Stadium Malawati Shah Alam, pada 19 Ogos ini.

Konsert tersebut akan menampilkan pelawak tanah air seperti kumpulan Zero dan Bocey serta barisan pelawak dari Indonesia seperti Sule, Rina Nose dan Aziz Gagap.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Replicated Draft Fri, 14 Mar 2025

Ramadan & Raya Jadi Lebih Santai! KHIND Ringankan Kerja, Lebih Masa Bersama Keluarga!

Menjelang Ramadan dan Raya memang kebanyakan kita akan sibuk. Dari memasak juadah berbuka, mengemas rumah, hingga persiapan menyambut tetamu. Kadang-kadang, rasa tak cukup tangan! Tapi jangan risau, KHIND ada untuk mudahkan semuanya. Sebagai jenama dipercayai […]

Featured Mon, 9 Jan 2023
Selebriti Mon, 18 Mar 2024
Featured Fri, 3 Feb 2023

Suami Fatin Afeefa Bagi Nafkah Cecah Lima Angka? – “Maintenance Eh?”

Wowwww 🤯 Duit Opai ni memang unlimited ke macam mana? Fuhhhhh bagusnya muliakan isteri.. 🥰 Untung Fatin 😌

Trending Wed, 8 Jul 2020
Hiburan Mon, 28 Apr 2025
Hiburan Fri, 2 May 2025
Trending Thu, 17 Jun 2021

“Sebagai Manusia Hidup Bermasyarakat, Kita Perlu…” – Loca B Tak Sabar Menanti Tarikh Temujanji Vaksin

Penyanyi rap, Loca B atau nama sebenarnya, Nabilah Hani Azali, 29, tak sabar menanti tarikh untuk temujanji vaksin Covid-19. Memberikan pandangan mengenai Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang sedang giat dijalankan, Loca sudah mendaftar namun masih […]

error: Content is protected !!