Euforia Bola 2026
Featured By: Nurul Hana June 28, 2023 @ 3:25pm

Selepas Lapan Tahun Terpisah, Awie Akhirnya Dapat Berjumpa Anak – “Mungkin Ia Akan Jadi Raya Paling Bermakna Buat Saya”

Penyanyi Datuk Awie meluahkan rasa teruja dapat berjumpa dengan dua anak kandungnya pada Hari Raya Aidiladha ini selepas lapan tahun terpisah.

Menurut Awie atau nama sebenar, Ahmad Azhar Othman, tahun ini akan menjadi tahun yang amat bermakna buat dirinya menyambut raya bersama anak-anaknya, Putra Ahmad Rezzki, 15, dan Puteri Qasseh Antasha, 13.

“Insya-Allah tahun ni raya mungkin saya dapat berjumpa dengan anak saya yang terpisah lapan tahun. Itu mungkin jadi Raya Haji yang bermakna buat saya tahun ini.

“Kalau ikut daripada perjanjiannya, begitulah pada tarikhnya. Saya jadi terlebih teruja untuk menunggu tarikh tersebut. Harap-harap dapatlah,” katanya.

Dalam pada itu, ketika disoal mengenai perancangan membawa anak-anaknya keluar, Awie tidak mempunyai rencana untuk membawa mereka ke mana-mana kerana setakat ini, mesej masih belum terjawab.

“Saya tanya tanya tapi tak berbalas lagi. Tunggu dapat balasan daripada pihak dia. Kalau dapat balas, kalau dia nak keluar, saya bawa keluar. Kalau tidak, datang sehari pun tidak mengapa. Tengok setengah hari pun tidak mengapa,” katanya lagi.

Awie berkata demikian ketika ditemui pada malam tayangan perdana filem Sue-On yang berlangsung di Starling Mall, Petaling Jaya, Selangor, malam semalam.

Penyanyi tersebut juga ada memberitahu dia tidak pernah berhubung dengan anak-anaknya selama lapan tahun dan tahun ini adalah tahun pertama anak perempuannya menghubunginya pada Ramadan lalu.

“Anak saya yang perempuan tu mesej saya ketika saya di Makkah, bulan Ramadan. Saya sentiasa berdoa, tiba-tiba saya balik, anak saya mesej saya. Ya Allah, masa itu berderai air mata. Dia rajin mesej saya dan selepas itu mungkin dia tak dapat mesej saya.

“Baru-baru ni, dia mesej saya bagi tahu yang Raya Haji ni dia nak jumpa. Dia sendiri yang jumpa saya sebab dia sendiri yang hubungi saya. Saya tidak boleh mesej dia, nombor pun saya tidak tahu,” ujarnya lagi.

Untuk Rekod, Putra Ahmad Rezzki dan Puteri Qaseh Antasha merupakan anak daripada hasil perkahwinan terdahulu Awie bersama bekas isteri Rozana Misbun.

Pasangan ini mempunyai seorang lagi cahaya mata lelaki iaitu Putra Ahmad Merrah yang kini tinggal bersama Awie.

Awie dan Rozana pernah mendirikan rumah tangga pada 2005 dan disahkan bercerai pada 2014.

Dalam pada itu, Datuk Awie selaku pemilik syarikat Rumah Produksi Merah telah menghasilkan filem pertama terbitannya sendiri iaitu Sue-On.

Mengambil inspirasi kepada sebuah filem seram Jepun, Sue-On dibintangi oleh Awie sendiri, selain Reen Rahim, Ropie, Azlee Senario, Nazia Mustafar, Achey, Shawani dan ramai lagi.

Menampilkan ramai barisan pelakon-pelakon hebat tanah air, Sue-On akan ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 6 Julai 2023

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Cahaya Mata Wed, 6 Jul 2022

“Saya Merancang Nak Dapat Anak Cepat” – Habis Pantang, Emma Maembong Cuba Dapatkan Zuriat Kedua

Emma dan suami berusaha mendapatkan zuriat kedua sebaik sahaja habis pantang melahirkan anak pertama.

Featured Tue, 26 May 2026
Trending Tue, 24 Mar 2020
Featured Fri, 1 Nov 2024
Hiburan Tue, 4 Feb 2025

[VIDEO] Uqasha Senrose Geram Ada Yang Nak Try Kamal Adli, Siap Tanya Soalan: ‘Dah Jadi Janda Ke?’

Uqasha Senrose live dengan Kamal Adli, tepis dakwaan rumah tangga bergolak

Trending Thu, 3 Jun 2021
Trending Tue, 15 Oct 2019
Events Wed, 15 May 2019

陈思颐离开舒适圈自立门户!任新时尚品牌首席执行长

Cindy陈思颐出任新时尚品牌MEETEE(密T)首席执行长,在发布会上自爆断交某位十年圈内好友,离开舒适圈自立门户,积极发展自己的事业!

error: Content is protected !!