Euforia Bola 2026
Perundangan By: Atiqah Johari July 5, 2023 @ 2:44pm

Bertujuan Hormat Hak & Keadilan Individu, Hukuman Mati Mandatori Dimansuhkan Di Malaysia

Hukuman mati mandatori dan pemenjaraan sepanjang hayat di Malaysia telah dimansuhkan bermula 4 Julai 2023 susulan penguatkuasaan Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 (Akta 846).

Berdasarkan laporan Bernama, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Ramkarpal Singh menyatakan bahawa pemansuhan itu adalah untuk menghormati hak setiap individu untuk hidup di Malaysia dan memastikan keadilan terhadap semua pihak.

“Prinsip asas yang ingin diberi penekanan oleh kerajaan di sebalik setiap hukuman di Malaysia adalah pemulihan banduan agar mereka dapat kembali ke pangkuan masyarakat dan menjadi individu yang berkhidmat kepada keluarga, masyarakat dan negara setelah selesai menjalani hukuman.

“Mengikut subseksyen 1(2) Akta 846, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said telah menetapkan 4 Julai 2023 sebagai tarikh akta ini mula berkuat kuasa.

“Oleh yang demikian, tiada lagi hukuman mati mandatori dan pemenjaraan sepanjang hayat mulai tarikh ini,” ujarnya dalam sebuah kenyataan semalam.

Tambahnya, Akta Semakan Hukuman Mati dan Pemenjaraan Sepanjang Hayat (Bidang Kuasa Sementara Mahkamah Persekutuan) 2023 (Akta 847) ini telah diperkenan oleh Diraja pada 9 Jun lalu tetapi belum berkuat kuasa.

Jelas Ramkarpal, permohonan semakan hukuman mati atau pemenjaraan sepanjang hayat di bawah Akta 847 hanya boleh difailkan selepas mendapat penetapan tarikh kuat kuasa oleh Azalina menerusi pemberitahuan dalam Warta Kerajaan Persekutuan.

“Kerajaan melalui Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri sejak Mei 2023 telah mengadakan beberapa mesyuarat membabitkan Jabatan Peguam Negara, Jabatan Penjara, Kementerian Kesihatan, Majlis Peguam Malaysia, Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan serta Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia.

“Mesyuarat itu adalah bagi membincangkan mekanisme dan garis panduan pelaksanaan semakan hukuman mati serta pemenjaraan sepanjang hayat.

“Butiran berhubung mekanisme dan garis panduan itu akan dimaklumkan dalam masa terdekat,” katanya lagi.

Malah, beliau turut berkata bahawa reformasi undang-undang itu merupakan langkah awal dalam mentransformasikan sistem keadilan jenayah di Malaysia.

Dalam pada itu, lebih banyak semakan dan reformasi sistem perundangan jenayah bakal dilaksanakan selaras dengan komitmen Kerajaan Perpaduan bagi mewujudkan sistem perundangan yang lebih progresif dan relevan untuk membangunkan Malaysia Madani.

Sumber: Bernama

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Program TV Mon, 4 May 2020

‘HeroKu’ Bawa Penonton Selami Pengorbanan ‘Frontliners’

Jangan ketinggalan untuk tonton HeroKu gais!

Featured Mon, 3 Jan 2022

Emily In Paris Gambarkan Rakyat Mereka Suka Mencuri, Kementerian Ukraine Buat Aduan

Drama bersiri Emily In Paris yang telah memasuki musim kedua mula ditayangkan pada pertengahan Disember lalu. Dalam musim terbaru siri terbabit, jalan ceritanya menampilkan karakter bernama Petra yang berasal dari Kyiv, Ukraine dan wanita itu […]

Events Sun, 30 Jun 2024

Dua Foto Kecederaan Zayn Rayyan Tersebar

Allahu, moga si pelaku dapat ditangkap segera.

Hiburan Tue, 19 Sep 2023
Hiburan Tue, 23 Jan 2024
error: Content is protected !!