Euforia Bola 2026
Hiburan By: Maya Basir January 23, 2024 @ 4:06pm

Didakwa Tak Serik Berkahwin Sampai Tiga Kali, Ini Respons Influencer Elcah – “Saya Pun Tak Kahwin Kalau Tahu…”

Pempengaruh media sosial, Elcah akhirnya menjawab pertanyaan berhubung perkahwinannya buat kali ketiga.

Menerusi hantarannya di Instagram, dia menyedari ramai yang mempersoalkan tindakannya yang dikatakan tidak serik untuk mendirikan rumah tangga lagi.

“Saya tahu ramai yang emosi ‘tak serik-serik tino (perempuan) ni’,” tulisnya.

Menurut Elcah atau nama sebenar Aien Hasha, dia menjelaskan tiada siapa yang mengetahui tentang masa depan dan menganggap perceraian sebelum ini sebagai dugaan buat dirinya.

“Tapi nak buat macam mana? Saya pun tak tahu masa depan saya apa yang akan berlaku.

“Tak semestinya you kenal 10 tahun dah cukup kenal luar dalam, tak semestinya you dah kenal lama perkahwinan you will get happy ending like fairytale story.

“Kalau lah saya tahu apa yang akan berlaku kalau saya kahwin, saya pun tak kahwin. Siapa je yang nak cerai? Kahwin lagi. Cerai lagi. Mungkin itu dugaan saya,” jelasnya.

Sementara itu, dia turut mendoakan wanita yang senasib dengannya dapat bertemu dengan jodoh yang baik dan tidak mengendahkan pandangan orang lain tentang status seorang janda.

“Saya doakan you yang belum kahwin lagi you akan ditemukan dengan jodoh yang baik.

“Saya juga doakan you yang janda, be a good one pedulikan apa orang bersangka buruk atas you. Paling penting Allah tahu kebenaran baik buruk berlaku atas kita,” ujarnya.

Tambahnya lagi, Elcah menyatakan Tuhan tidak akan menguji seseorang lebih daripada kemampuannya untuk menghadapi sesuatu dugaan itu.

Untuk rekod, Elcah mendirikan rumah tangga bersama Hafizuddin pada 14 Januari lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Influencer Elcah Selamat Bergelar Isteri Buat Kali Ketiga, Terima Mas Kahwin Sebuah Kereta Mercedes

Perkahwinan ini merupakan perkahwinan ketiga Elcah selepas dua kali gagal dalam rumah tangga yang dibina pada tahun 2015 dan 2023 yang lalu.

Sebelum ini, Elcah pernah menjadi topik hangat di media sosial selepas mendedahkan dia telah diceraikan oleh bekas suami selepas lapan hari berkahwin.

ARTIKEL BERKAITAN: Lafaz Talak Melalui Voice Note, Influencer Elcah Dedah Punca Cerai Selepas 8 Hari Berkahwin!

ARTIKEL BERKAITAN: Dituduh Tak Malu Mengaku Janda, Ini Respons Elcah – “Nak Terima Atau Tidak Itu…”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 24 Sep 2019
Featured Fri, 23 Dec 2022

Kongsi Video Kemas Bilik Belajar, Ramai Jadikan Intan Najuwa Sebagai Inspirasi

Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian di TikTok yang menunjukkan pelakon Intan Najuwa sedang mengemas bilik belajarnya. Menerusi hantaran tersebut, Intan sedang mengemas segala buku-buku belajarnya dalam keadaan tersusun. Namun, apa yang mencuri perhatian ramai adalah […]

Featured Mon, 29 Apr 2024

“Kena Terima Kalau Itu Yang Allah Nak” – Tak Pernah Ulas Isu Penyondol Dengan Suami, Fazura Harap Perkahwinan Bahagia Dunia Akhirat

Betul apa kat Faz kita sebagai penonton juga seharusnya tidak menghakimi apa yang berlaku🤧

Hiburan Fri, 22 Dec 2023
Hiburan Tue, 7 Nov 2023
Hiburan Tue, 11 Jun 2024
Events Tue, 27 Aug 2019

《春天花花花啦啦》开拍!与陈慧恬对戏原腾直呼「没得选」

八度空间《春天花花花啦啦》开拍!四演员加盟「花啦啦」系列,新人原腾将与陈慧恬对戏,让他直呼:没得选!

Featured Mon, 15 Aug 2022
error: Content is protected !!