Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi July 6, 2023 @ 8:00pm

Pilih Stadium Malawati, Anuar Zain 40th Anniversary Concert Hadiah Buat Peminat – “Ia Nostalgia Yang Sangat Manis”

Selama empat dekad mencipta nama di lapangan seni suara, penyanyi popular Anuar Zain, 53, bakal tampil dalam Anuar Zain 40th Anniversary Concert yang dijadual berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam pada 28 Oktober depan.

Menurut Anuar atau nama sebenarnya, Shahrul Anuar Zain, penganjuran konsert kali ini adalah tanda terima kasih kepada peminat atas sokongan yang tidak berbelah bahagi padanya.

“Kalau boleh saya mahu ‘full house’. Konsert ini bagai tanda apresiasi dan terima kasih saya kepada peminat kerana memberi sokongan sepanjang pembabitan karier saya.

“Saya tak nafikan ada perasaan gemuruh, ia bagus sebenarnya sebab akan mengingatkan kita agar berhati-hati supaya kita tidak keterlaluan

“Saya akan menyanyikan lebih 20 buah lagu. Saya mahukan stamina yang baik menjelang konsert ini,” katanya kepada XTRA.

Anuar ditemui pada sidang media konsert berkenaan yang berlangsung di Jio Space, Petaling Jaya pada Rabu.

Disoal mengenai perancangan untuk menampilkan penyanyi undangan pada malam istimewa tersebut, pelantun lagu Cinta Harus Memiliki ini berkata belum ada kata putus mengenai itu sebaliknya mahu menghiburkan penonton yang hadir.

“Berkemungkinan ada tiga segmen persembahan yang kami bincangkan.

“Buat masa ini, penyanyi undangan masih belum difikirkan kerana masih ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan dari segi persiapan konsert.

“Kita melihat kepada kesesuaian, kalau boleh saya tak mahu mengulang kembali apa yang saya telah lakukan pada konsert-konsert sebelum ini. Kalau ada, ia perlu sesuatu yang berbeza.

“Serba sedikit visual mengenai perjalanan sepanjang 40 tahun ada, tetapi konsert kali ini lebih kepada menghibur penonton yang hadir, cuma penceritaan tetap ada,” kongsinya teruja.

Memilih Stadium Malawati sebagai lokasi konsert meraikan 40 tahun pembabitan dalam industri muzik tanah air, Anuar berkata lokasi tersebut memberikan nostalgia manis kepadanya.

“Saya sudah mengadakan konsert di beberapa lokasi di Kuala Lumpur, tetapi Stadium Malawati memberi saya nostalgia yang sangat manis.

“Bagi saya, lokasi itu sangat praktikal kerana ia berbentuk empat segi dan sangat senang bekerja. Malah, pencahayaan dan sistem bunyian yang dimiliki sangat baik.

“Antara sebab lain saya memilih lokasi ini kerana Shah Alam adalah tempat saya tinggal dan membesar,” jelasnya.

Tiket-tiket akan mula dijual pada 12 Julai 2023 mulai jam 10 pagi di www.jiotix.asia atau hubungi talian hotline tiket di +60 11 5100 3111.

Tiket-tiket berharga RM1188 (VIP 1), RM888 (VIP 2), RM488 (Diamond) RM388 (Platinum) dan RM 188 (Gold).

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 25 Apr 2020
Trending Sat, 19 Dec 2020
Featured Tue, 30 May 2023
Featured Fri, 7 Mar 2025

“Tak Kisahlah Nak Pinangkan Madu Atau…” – Mona Allen Minta Jangan Normalisasikan Jaja Isu Rumah Tangga Pada Umum

Ada pihak yang sanggup menjadikan isu rumah tangga mereka sebagai ‘content’ untuk tontonan umum.

Hiburan Fri, 5 Apr 2019

Demi Watak Ainun, Maudy Ayunda Sanggup Berhenti…

Saya juga harus berusaha menampakkan sosok seperti Ibu Ainun iaitu isteri presiden Republik Indonesia ketiga, B.J Habibie.

Hiburan Mon, 5 Mar 2018

《水底情深》人鱼恋抱走「最佳影片」4奖最大赢家

第90届奥斯卡于马来西亚时间5日早上举行!《水底情深》入围13项,共抱回4项大奖,更击败强敌《意外》,获得最大奖最佳影片。至于影帝和影后,如外界预期由《最黑暗的时刻》盖瑞欧德曼和《意外》法兰西斯麦多曼夺下。

Hiburan Mon, 18 Feb 2019

Kontroversi Alasan Nama Suhaimi Saad Digugurkan Buat Persembahan?

Akui SS, Sabar dan Reda adalah kemenangan terbesar…

Hiburan Thu, 18 Oct 2018

李俊颉6年积蓄自资发片「梦想真的很贵」

2004年参加八度空间《大马偶像》真人秀出身的Victor李俊颉,出道至今已有14年,为圆多年发片的梦想,他不惜把6年来高达六位数的积蓄投资于新专辑。“梦想真的很贵,不过却很值得。”

error: Content is protected !!