Euforia Bola 2026
LIFESTYLE By: SGMS Putri April 5, 2018 @ 2:06pm

Ketagihan Bermain Permainan Video Merupakan Satu Penyakit – WHO

Ketagihan permainan video sememangnya semakin serius sejak kebelakangan ini. Ramai di antara kita yang menganggap bermian permainan video selama 5 ke 6 jam sehari itu adalah normal. Namun pada hakikatnya, ia mungkin tidak. Menurut laporan CBC, ketagihan untuk bermain permainan video kini adalah merupakan salah satu masalah kesihatan. Perkara ini disahkan oleh Lisa Pont, pekerja sosial di Pusat Ketagihan dan Kesihatan Mental di Toronto.

Beliau berkata, pihak Organisasi Kesihatan Dunia (WHO) telah mengambil keputusan untuk mengumumkan ketagihan bermain permainan video ini sebagai satu wabak penyakit dalam draf Klasifikasi Penyakit Antarabangsa (ICD) bagi semakan ke-11 pada awal tahun ini. Ketagihan ini dijangka akan diumumkan sebagai masalah kesihatan terbaru secara rasmi oleh WHO dalam masa dua bulan lagi.

Bagi seseorang manusia untuk disahkan sebagai seorang penghidap penyakit ini, gaya kehidupan mereka perlu dinilai selama lebih kurang 12 bulan oleh kenalan terdekat seperti keluarga, saudara-mara atau rakan-rakan.

Sekiranya seseorang itu akan memberi keutamaan untuk bermain permainan video berbanding perkara lain seperti kurangnya masa pergaulan, melakukan riadah atau lebih teruk lagi sehingga mengabaikan tahap kesihatan diri  sebagai contoh, tidak tidur atau makan dan minum, maka mereka perlulah di bawa untuk melalukan pemeriksaan kesihatan.

Menurut Prof. Jeffrey Derevensky, pensyarah Universiti McGill, Kanada yang terlibat secara langsung bersama WHO dalam perkara ini memberitahu, beliau menerima sekurang-kurangnya satu panggilan telefon daripada ibu bapa kepada kanak-kanak atau remaja yang mempunyai masalah ketagihan kepada permainan video dalam setiap dua minggu. Ini menunjukkan masalah ini bukan lagi sesuatu yang boleh diambil ringan oleh semua pihak.

Sumber

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

#tilljannah Fri, 13 Jan 2023
LIFESTYLE Fri, 12 Nov 2021

Terokai Pelbagai Karya Kontemporari Malaysia Di MPO TV!

Orkestra Filharmonik Malaysia (Malaysian Philharmonic Orchestra – MPO) dengan kerjasama Persatuan Komposer Kolektif Malaysia (Malaysian Composers Collective – MCC) mempersembahkan konsert maya yang menampilkan karya kontemporari komposer-komposer tempatan bertemakan MPOPlaysOn: Malaysian Composers Series – Chamber […]

Hiburan Mon, 19 Nov 2018

Tujuh Tahun Bersama, Forteen Terkejut Dengan Tindakan Izzue Islam

Kami akan bergerak bertiga… Sebelum ini, kami memang bertiga dan tak mustahil akan tambah ahli di masa depan…

LIFESTYLE Sun, 1 Sep 2019

Simptom-Simptom Anemia

Betul kata doktor lebih baik mencegah dari merawat. Kenali simptom simptom ini.

Featured Tue, 21 Feb 2023
Featured Fri, 24 Mar 2023

Turut Berduka, Ammar Alfian Harap Syamsul, Aaron Aziz Berdamai – “Tak Perlu Gaduh Berbalas Aib”

Hmm tula min pun harap Aaron dengan Syamsul dapat settle baik baik 💪🏻

Featured Tue, 9 May 2023
TECH Mon, 19 Nov 2018

Pengguna Telefon 16GB, Jangan Risau Jika Anda Lihat Ini

Semua telefon pintar di dunia mempunyai storan dalaman yang menempatkan kandungan seperti aplikasi, sistem, gambar, video dan sebagainya dalam satu lokasi.

Featured Fri, 9 Sep 2022
Drama Fri, 3 Mar 2023
error: Content is protected !!