Hiburan By: Padin July 7, 2023 @ 10:16am

PROFIMA Jadi Majikan Gig Industri Perfileman Malaysia

Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (PROFIMA) terus mengorak langkah sebagai persatuan industri kreatif yang kompeten apabila dilantik sebagai Majikan GIG yang pertama dalam kalangan persatuan perfileman tanah air.

Inisiatif ini tercapai menerusi kerjasama antara PROFIMA dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Cawangan Wangsa Maju Kuala Lumpur dan satu majlis penyerahan surat lantikan diadakan di Menara KWSP Di Kwasa Damansara, Selangor, semalam.

Menerusi lantikan ini, PROFIMA bertanggungjawab dalam menjalankan urusan berkaitan caruman atau simpanan KWSP dibawah Skim i-Saraan yang memberi kemudahan pada ahli untuk mencarum dengan mudah dan terjamin.

PROFIMA menyokong caruman KWSP melalui Skim i-Saraan yang memberi banyak manfaat kepada pekerja yang tidak mempunyai majikan dan bekerja sendiri serta ia dilakukan secara sukarela oleh pemegang akaun.

Pada majlis lantikan tersebut, ia dihadiri Mohd Rodzi Abu Bakar (Ketua Jabatan Saluran Fizikal), Aznal Alias (Pengarah Wilayah Tengah), Noor Riah Mat Isa (Ketua Cawangan KWSP Wangsa Maju) dan pegawai-pegawai kanan KWSP.

PROFIMA pula diwakili Khalil Hj Saleh (Presiden), Shima Hanafiah (Setiausaha Agung), Azeem Azarudin (Bendahari Agung), Dewa Sapri (Penolong Setiausaha), Yusof Harun (Ketua Biro Perhubungan Agensi) dan pelakon, Zaidi Omar.

Matlamat asal program ini adalah KWSP mengiktiraf PROFIMA sebagai Majikan Gig yang layak berurusan sebagai majikan mewakili pekerja-pekerja sektor filem di seluruh negara. PROFIMA juga meletakkan syarat wajib dalam perbaharuan akta persatuan bagi mewajibkan setiap ahli mempunyai nombor akaun KWSP.

Menerusi perbincangan bersama, KWSP mengharapkan PROFIMA membuka mata semua pihak pekerja gig terutama penggiat filem sama ada kru produksi, pengarah, pelakon dan semua yang terlibat mengambil berat berhubung simpanan di KWSP melalui Skim i-Saraan.

PROFIMA meletakkan harapan agar pekerja-pekerja filem seluruh Malaysia mengambil peluang terbaik ini dan menyasarkan seratus peratus ahli kami aktif dalam simpanan KWSP dan paling penting mempunyai akaun dibawah Skim i-Saraan.

Selepas ini PROFIMA akan berkempen untuk menyedarkan ahli-ahli agar membuat caruman KWSP. Kami bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana persatuan perfileman lain bagi hal berkaitan simpanan KWSP ini untuk manfaat bersama demi masa depan pada usia emas.

PROFIMA juga berharap hubungan baik dengan KWSP akan berterusan di dalam kempen menggalakkan pekerja-pekerja filem menjadi ahli KWSP dan sedar kepentingan simpanan pekerja.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 15 Sep 2022

Bawa Watak ‘Sugar Mommy’, Fasha Sandha Sedia Dikritik – “Banyak Babak ‘Daring’, Penonton Kena Buka Minda”

Fasha Sandha kata dia tahu akan dikritik oleh Jabatan Netizen Malaysia (JNM). Tapi, adegan panas macam mana tu? Nantikan dalam drama bersiri Rampas Cintaku akan datang 23 September ini! 😚

Hiburan Tue, 5 Dec 2017

Shashi Kapoor Meninggal Dunia

Shahshi Kapoor meninggal dunia pada 5.20 petang, 4 Disember di Hospital Kokilaben. 

Hiburan Fri, 30 Jun 2023
Hiburan Wed, 14 Jun 2023
Featured Mon, 13 Feb 2023

Zara Zya Mengaku ‘Cucuk’ Muka & Bibir Bersebab…

Wow! cucuk tang sana, cucuk tang sini…

Hiburan Fri, 19 Apr 2019

Ustaz Hamadi Begitu DiBenci Sehingga Dapat Ugutan Bunuh?

Pelakon yang tidak asing lagi dalam industri, Azhan Rani mengakui pernah menerima ugutan bunuh daripada peminatnya. Namun, bagi Azhan beliau sama sekali tidak menganggap itu adalah ugutan bunuh kerana ia sama sekali menunjukkan maklsud yang […]

Hiburan Tue, 24 Oct 2023

Afgan, Lyodra Bersatu dalam ‘Ada’

Gandingan yang padu😍 Galau habis!!

Hiburan Mon, 12 Jun 2023
Hiburan Tue, 19 Mar 2019

E! News Now Available Across Multiple Media Prima Platforms

The latest Malaysian entertainment right at your fingertips.