Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi July 10, 2023 @ 7:33pm

[VIDEO] Cat Farish Tepis Dakwaan Hutang Bekas Isteri RM10,000 – “WhatsApp Terakhir Dia Mesej Pasal Motor…”

Penyanyi, Cat Farish tampil memberi respons susulan dakwaan bekas isterinya yang mendakwa selebriti ini berhutang sebanyak RM10,000.

ARTIKEL BERKAITAN: “Bila Diam, Dia Pun Diam” – Bakal Kahwin Kali Ke-3, Bekas Isteri Pula Dakwa Cat Farish Berhutang RM10,000?

Menerusi temubual bersama Melodi TV3, Cat atau nama sebenarnya Farish Ramli mengakui terkejut apabila timbul spekulasi tersebut.

Jelas Cat, dia tidak mempunyai hutang dengan mana-mana pihak dan segala duit kenduri bersama bekas isteri telahpun selesai.

“Sebenarnya kejadian ni tak perlu nak disebut pun, bila bercerai ada satu tuntutan yang boleh dibuat dan dibincangkan masa perbicaraan tapi keadaan itu tidak berlaku..

“Saya tak pernah berhutang dengan orang, duit tu adalah duit kenduri dan bagi saya dah selesai semua benda.

“Benda boleh bincang, WhatsApp terakhir dari dia pun mengenai motor dan tak ada mesej pun pasal hutang.

“Motor pun dipulangkan dalam mesej yang cantik dan baru. Saya tak terasa apa pun tentang kenyatan tu.

“Saya terkejut bila nama saya terkait berhutang dengan bekas isteri. Boleh je whatsApp tak perlu nak berangin,” katanya.

Sementara itu, selebriti, Shikin Maembong berharap segala perkara akan dipermudahkan.

Untuk rekod, Suriani dan Cat Farish pernah berkahwin pada 20 November 2020 namun telah bercerai pada awal tahun ini.

Walaubagaimanapun, hasil perkongsian hidup mereka tidak dikurniakan cahaya mata.

Artikel Berkaitan: “Sampai Hari Ini Saya Tertanya Kenapa Diceraikan” – 2 Tahun Berkahwin, Isteri Dakwa Cat Farish Lafaz Cerai 3 Kali Dalam Satu Masa

Artikel Berkaitan: Selepas Didakwa Lafaz Talak 3 Kali Tanpa Sebab, Cat Farish & Isteri Sah Bercerai

Artikel Berkaitan:Bakal Adakan 3 Majlis Berbeza, Cat Farish & Shikin Maembong Nikah 14 Julai Ini

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 6 Jan 2021

Tidak Lulus i-Sinar? Ini Cara Permohonan Baru Untuk Kategori 2 Bermula 11 Januari

Tak lulus kategori 1? Jangan risau kategori 2 masih ada!

Trending Sat, 30 Jun 2018

Nikah Hanya ‘Ikat’ Tanda, Isteri Ketiga Masih Bersama Keluarganya

Saya mengenali isteri ketiga sudah lama dan saya menyembunyikan pernikahan ini untuk mengelakkan terjadinya perselisihan faham bagi dua isteri lain.

Hiburan Wed, 6 Sep 2023
Featured Thu, 6 Jul 2023
Hiburan Sun, 17 Jun 2018

BLACKPINK’s Members Start Their Own Instagram Accounts!

Here’s 4 new accounts you have to follow.

Trending Tue, 12 Apr 2022

Malaysia Terima 48,000 Stok Ubat Antiviral Paxlovid Semalam

Ubat Antiviral Paxlovid tiba di Malaysia

error: Content is protected !!