Euforia Bola 2026
Kes Mahkamah By: Khairil Khusyairi July 10, 2023 @ 3:33pm

Ceroboh Bilik Hotel Isteri Orang, Bekas Kapten Bola Sepak Kebangsaan Didakwa

Seorang bekas kapten skuad bola sepak kebangsaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini atas pertuduhan menceroboh bilik hotel didiami kenalan wanitanya, bulan lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Ceroboh Bilik Hotel Isteri Orang, Bekas Pemain Bola Sepak Kebangsaan Ditahan

Menurut laporan Kosmo, Ahmad Shahrul Azhar Sofian, 49, didakwa melakukan pencerobohan jenayah dengan memasuki bilik hotel wanita berusia 36 tahun yang juga isteri orang di Kelana Jaya di sini pukul 6 petang, 21 Jun lalu.

Kesalahan didakwa dilakukan mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan yang membawa kepada hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda hingga RM 5,000 atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.

Susulan pengakuan tersebut, Timbalan Pendakwa Raya Siti Maryam Jamilah Md. Kamal, mencadangkan jaminan RM6,000 terhadap tertuduh yang juga bekas pemain Perak FA.

“Mangsa dalam kes ini ialah kenalannya. Syarat tambahan supaya tidak mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan hingga kes selesai,” katanya.

Sementara itu, peguam bela Ahmad Shahrul, Datuk Suraj Singh memohon jaminan paling rendah atas alasan anak guam perlu menanggung isteri serta tujuh anak selain tiada risiko melarikan diri.

“Anak guam dalam jaminan polis ketika menerima panggilan dan terus hadir ke mahkamah, tidak cuba mengelak dan melarikan diri. Isterinya tidak bekerja, manakala enam daripada tujuh anaknya masih belajar.

“Rakan anak guam yang juga pekerja kontrak akan menjadi penjamin untuk pastikan kehadiran pada tarikh akan datang, selain tertuduh tiada kes rekod jenayah di mahkamah,” katanya.

Majistret Zhafran Rahim Hamzah membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,000 serta syarat tambahan seperti dimohon pihak pendakwaan, selain menetapkan 18 September ini untuk sebutan kes.

Sumber: Kosmo

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 14 Aug 2020
Hiburan Wed, 28 Feb 2024
Featured Sun, 22 May 2022
Featured Wed, 1 Oct 2025
Hiburan Sun, 12 Aug 2018

Sesak Nafas Berterusan, Wan Maimunah Masuk Hospital

Allah SWT hendak uji kita. Agaknya, ada waktu ibu leka, lalai. Beginilah Allah kejutkan. Syukur, dalam waktu ini masih boleh lagi meneruskan kehidupan.

Trending Sat, 26 Dec 2020
Featured Mon, 28 Apr 2025

Aazief Khalid Akhirnya Selamat Bertunang

Majlis pertunangan itu diadakan dalam satu majis tertutup.

Featured Tue, 9 May 2023
error: Content is protected !!