Euforia Bola 2026
Hiburan By: Izzi Farhana July 11, 2023 @ 7:06pm

[VIDEO] Aksi Syatilla & Syida Melvin Terlentang, Ibu Tampil Beri Penjelasan -” Sebenarnya Depa Malu…”

Tular baru-baru ini apabila aksi pelakon, Syatilla Melvin dan adiknya Syida Melvin yang terlentang mengetahui jantina anak kepada Syifa Melvin dan Safawi Rasid.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syifa Melvin (@syifamelvin)

Menurut kakak sulung mereka, Syafiqah Melvin, aksi terlentang itu telah meraih beberapa komen kurang senang dari netizen yang mengatakan bahawa aksi mereka keterlaluan.

Namun, ibu mereka, Robiah Rahman tampil menjelaskan situasi tersebut agar netizen tidak memberikan sebarang komen yang berbaur negatif.

Penjelasan itu telah dibuat ketika Syafiqah dan Robiah membuat ‘live di laman media sosial TikTok.

“Sebenarnya depa malu, depa pakai baju shocking pink. Dua-dua tu penuh confident. Lepastu Tilla siap jadi emcee lagi. So bila dah cucuk belon tu keluar warna biru. Depa nak cover lah lah depa punya malu tu. Aksi tu spontan je Tilla pergi lompat atas Syida,” jelas Robiah.

@bonnorhidayah Replying to @Lynda Mat Ali ahhahah depa dua malu sebab kalah percaturan..duk ikut pia sangat 😆😆😆 #syifamelvin #syafiqamelvin #syidamelvin #syatillamelvin #themelvinslive #adikberadikthemelvins ♬ original sound – BonNor Hidayah

Apa yang lebih mencuit hati, keputusan mereka untuk meneka bayi perempuan adalah kerana mengikut anak kepada Syida sendiri, iaitu Pia yang pernah bersama Syida ketika membuat pemeriksaan dia klinik.

Namun sangkaan Pia atau nama sebenarnya Safa Safeera itu salah kerana pada waktu tersebut merupakan pemeriksaan buat kali pertama dan hasil pemeriksaaan itu agak tidak jelas.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen berdekah mendengar penjelasan yang diberikan oleh Robiah dan Syafiqah.

“Habis depa kena gula gula kan dengan confident si Pia ni

“Tak boleh blah weh. AKu gelak mengekek tengok part Tilla tu. Siap tengok banyak kali nak bagi Tilla dengan Syida sakit,” tulis netizen.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 4 Jan 2025
Hiburan Mon, 18 Dec 2023

Lagu Hasrat ‘Point Of View’ Arwah Bapa, Air Mata Amir Jahari Tumpah Selepas Diumum Layak Ke AJL38

Min pun mengalirkan air mata bila Amir nyanyi lagu Hasrat ni🥹😭

Trending Fri, 12 Jan 2018

Lakukan 22 Perkara Ini, Anda Akan Dapat Perlepasan Dari Membayar Cukai

Lakukan 22 Perkara Ini, Anda Akan Dapat Perlepasan Dari Membayar Cukai

Hiburan Fri, 13 Jul 2018

Si Perampas, Dengar Sini…Che Ta Nak Habaq!

Tapi hat (yang) jantan (yang lelaki) tu pun jenis gatai (gatal). Adoi… Ramai sangat yang duk DM kami cerita pasal rumah tangga mereka…

Featured Sat, 21 Jan 2023

Cecah Puluhan Juta? Siti Nurhaliza Tampil Perjelas Spekulasi Kediaman Mewah Di Dubai

Wow betul ke puluhan juta 🤩 Haa Tokti dah jawab tu!

Hiburan Tue, 6 Jun 2023
error: Content is protected !!