Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin July 11, 2023 @ 8:29pm

Bintang TikTok Ash Fasryll Muncul Dengan ‘Melawan Sunyi’

Bakat pendatang baharu bidang muzik, Muhammad Hazzroul Ashryaf Hasril atau Ash Fasryll dicungkil menerusi platform media sosial TikTok.

Berusia 23 tahun, jejaka ini kini muncul dengan single berjudul Melawan Sunyi ciptaan Aubrey Suwito dan Rozisangdewi.

“Saya mula menyanyi ketika kecil lagi sewaktu berada di sekolah rendah, saya sering membuat persembahan ketika sambutan Hari Guru, perayaan dan sebagainya. Selain itu, saya juga aktif menyertai pelbagai pertandingan menyanyi dari sekolah rendah sehinggalah sekolah menengah.

“Setelah selesai sekolah, saya rajin menghasilkan lagu-lagu cover yang dimuat naik ke media sosial, dari situlah bakat saya mula dilihat sehinggalah saya dilamar oleh pihak TikTok Malaysia dan bermulalah segala-galanya.

“Pada mulanya pihak TikTok Malaysia menghubungi saya untuk merakamkan lagu cover nyanyian Andmesh Kamaleng berjudul ‘Nyaman’ dengan susuan muzik yang lebih segar hasil gubahan komposer terkenal, Aubrey Suwito.

“Tanpa disangka, lagu tersebut mendapat sambutan luar biasa dengan hampir setengah juta penstriman di Spotify dan telah digunakan oleh ramai artis popular negara,” ujar pelajar tahun akhir dalam bidang Kejuruteraan Awam di UiTM.

Lagu Melawan Sunyi yang bernuansa pop balada ini menceritakan tentang kisah dua insan yang pernah bercinta dan kini hubungan tersebut telah telerai.

Kini, kedua-duanya ibarat orang asing yang tidak pernah mengenali satu sama lain, namun begitu salah seorang dari mereka masih mengharapkan cinta mereka agar kembali berputik meskipun hatinya telah hancur berderai.

“Karya ini berdasarkan dari kisah cinta saya sendiri yang saya terjemahkan ke dalam lagu, Aubrey banyak memberi tunjuk ajar dari segi konsep serta idea yang sesuai dengan lagu ini.

“Proses rakaman hanya memakan masa selama sehari di di Studio Cranky Music, milik Aubrey. Banyak yang saya pelajari ketika proses rakaman berlangsung, bagaimana hendak menjiwai sesebuah karya, cara nyanyian dan juga aspek teknikaliti berkaitan tona suara.

“MV (video muzik) single ini pula lebih menggambarkan situasi golongan kekasih yang menghadapi perkara sama yang berkait rapat dengan bait-bait liriknya.

“Saya mahu menjadi seorang penyanyi yang tersendiri dan tidak kedengaran seperti orang lain, tidak sabarnya saya untuk bereksperimentasi dengan pelbagai genre muzik yang ada di luar sana.

“Saya berharap agar para pendengar dapat menerima karya ini dan sentiasa menyokong perjalanan muzik saya yang baharu sahaja bermula, semoga lagu Melawan Sunyi ini dapat membuat pendengar rasa bahawa mereka tidak keseorangan dan segala perasaan yang pernah mereka alami itu wujud dan tidak wajar diendahkan begitu sahaja.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 24 Jul 2018

Aznil Buka Mulut Tentang #KekeChallenge

Kenapa Datuk Aznil Nawawi membuka mulut mengenai ‘Keke Challenge’? Hurm…

Hiburan Tue, 15 Jan 2019

Rody Kristal Dah Jadi Papa, Tahniah!

Alhamdulillah… Tahniah Rody & Niena Azman!

Hiburan Fri, 2 Aug 2019

出道30载赵氏经典情歌!赵传1019云顶再现

台湾流行音乐歌坛常青树赵传将于2019年10月19日重登云顶云星剧场,为歌迷带来赵传《老男孩》云顶演唱会2019。

Hiburan Tue, 6 Nov 2018

Cemas Sebelum Naik Pentas DAA 4, Sarah Fazny Muntah Beberapa Kali

Sarah mendendangkan lagu Biarlah Merana di konsert pusingan kumpulan pertama top 36. Best sangat suaranya!

Hiburan Fri, 16 Feb 2018

DAVID TEO TETAP BERPANTUN LUAH PERASAAN SEDIH

David sempat berada di sisi ayahnya semasa mendiang menghembuskan nafas terakhir.
Teo dijangka dikebumikan di Segamat, Selasa depan.

Hiburan Thu, 21 Oct 2021

Arsy Widianto & Tiara Andini Abadikan Kesetiaan Dalam ‘Memilih Aku’

Setelah kejayaan mereka dengan Siri Muzik “ArTi Untuk Cinta”, Arsy Widianto dan Tiara Andini sekali lagi melebarkan sayap mereka dalam industri muzik dengan lagu baru. Kali ini, Arsy dan Tiara diberi kepercayaan untuk menyampaikan lagu […]

error: Content is protected !!