Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin July 12, 2023 @ 7:18pm

Dekta Request Watie Hanifiah Nyanyi, Netizen Komen : “Kami Restu! Nampak Sangat Anak-Anak Happy, Shuib Memang Buat Pilihan Tepat”

Gelagat anak perempuan Shuib dan arwah Siti Sarah Raisuddin, Dzahira Talita Zahra atau dikenali sebagai Dekta mencuri perhatian selepas video pendek yang dikongsikan di TikTok tular.

Menerusi perkongsian tersebut, Dekta kelihatan meminta Watie Hanifiah untuk menyanyikan apa sahaja lagu akibat terlalu bosan.

Mendengar permintaan anak kecil itu, Watie tanpa berlengah mendendangkan lagu ‘favourite’ Shuib berjudul Cinta Tak Harus Memiliki nyanyian Kumpulan ST12.

“Dekta ni ajak mummy nyanyi lah,” tulis pada kapsyen berkenaan.

 

Dalam pada itu, melihat keakraban dan layanan Watie terhadap Dekta, rata-rata warganet berpendapat bahawa Shuib telah membuat pilihan yang tepat, apatah lagi isterinya itu memiliki suara mirip seperti arwah Sarah.

Bahkan, rata-rata pengikut di laman berkenaan juga mendoakan agar Watie menjadi ibu dan isteri yang baik kepada Shuib dan anak-anak.

Sekadar info, Shuib dan Watie mendirikan rumah tangga pada 23 Jun lalu.

Pada majlis yang berlangsung cukup sederhana itu, Shuib telah menyerahkan mas kahwin bernilai RM8,288 beserta lima dulang hantaran berbalas tujuh dulang.

Sebelum ini, Shuib mendirikan rumah tangga dengan penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin pada 2011.

Bagaimanapun, Allahyarham Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan COVID-19.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan, 2.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 10 Apr 2019

《郑伊健演唱会》 6月一起唱响云顶

《郑伊健演唱会》今年6月和郑伊健一起唱响云顶!

Hiburan Fri, 18 Oct 2024

Pakai Topi Huruf ‘R’, Penampilan Aliff Aziz Curi Perhatian

Topi Aliff huruf ‘R’, bagi hint ke tu? 👀

Featured Sat, 31 Jan 2026

Jadi Muse Pakaian Raya, Gandingan Sharnaaz Ahmad & Azira Shafinaz Imbau Kembali ‘Kisah Cinta’ Zaman PKP

Sharnaaz Ahmad menyorot perhatian apabila memuat naik video miliknya bersama penyanyi dan pelakon, Azira Shafinaz

Hiburan Sat, 28 Feb 2026

“Perbuatan Yang Disengajakan Tak Layak Dimaafkan, Memaafkan Itu kerja Tuhan” – Izara Aishah

Pelakon Izara Aishah lantang menyuarakan pendapatnya berhubung isu sensitif melibatkan tindakan individu yang sengaja memijak al-Quran baru-baru ini.

Featured Wed, 22 Mar 2023
Hiburan Mon, 2 Apr 2018

导演2周前松口《歌手》惊传下季停播!

中国综艺节目《歌手》第6季自开播以来便话题不断,不过近来传出下一季恐停播「不玩了」或是将转变节目型态;而该节目导演洪涛早在两个礼拜前,就疑似曾以文字做出暗示。

error: Content is protected !!