Euforia Bola 2026
Featured By: Nurul Hana July 13, 2023 @ 6:28pm

Penampilan Kekasih Tidak Berhijab Dikaitkan Dengan Perniagaan Bantal Zikir, Ini Respons Sufian Suhaimi

Penyanyi Sufian Suhaimi pernah terpalit dengan isu penampilan kekasihnya yang hanya memakai ‘crop top’ dan tidak berhijab semasa ulang tahunnya yang lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi Momen Sambut Birthday Yang Ke-31 Tahun, Penampilan Kekasih Sufian Suhaimi Mula Dikecam

Terbaharu, Sufian atau nama penuhnya Sufian Haji Suhaimi tampil memberi penjelasan tentang isu berkenaan.

Jelasnya, Sufian berkata, dia tidak mencampurkan urusan perniagaan dan peribadi malah dia menerima segala komen-komen negatif netizen yang menegurnya dengan baik.

“Saya pun tidak plan untuk ada pasangan yang macam mana. Bagi saya jodoh ni rahsia tuhan dan kita pun tidak tahu pengakhiran hubungan ni, jadi ke tak jadi ke, sebab itu saya ambl langkah yang bersederhana. Kala boleh tidak mahu terlalu banyak berkongsi.

“Tapi saya terima nasihat dan komen-komen netizen yang ada betulnya. Apa yang betul, saya terima, apa yang tak betul, saya tak terima. Bagi saya apa yang diperkatakan oleh netizen mengenai penampilan pasangan dengan perniagaan itu memang ada betulnya. Kita memang ambil maklum balas dan refleksi terhadap komen-komen. Saya berharap benda yang baik sahaja. Semoga dapat menggenggam kebahagiaan.

“Bagus juga kita ada netizen-netizen sebab kadang-kadang kita cuba untuk nasihat dan nasihat itu tidak jalan, kita tengok balik apa yang orang lain cakap pasal kita. Itu boleh jadi asbab kebaikan. Teruskan sahaja, apa yang baik, ambil, yang tak betul boleh tolong tegur,” katanya.

Sufian berkata demikian ketika ditemui pada acara sidang media single terbarunya, Menggenggam Bahagia yang diadakan di A Quiet Place, Bukit Bintang, petang semalam.

Mengulas lanjut isu berkenaan, Sufian juga menjelaskan tujuannya membuat perniagaan bantal zikir adalah bertujuan untuk menyebarkan ekbaikan dan mencuba sesuatuyang baru.

“Apa yang saya buat dari segi perniaagan adalah saya cuba berkongsi kebaikan melalui zikir, selawat dan ayat Al-Quran. Antara sebab saya buat perniagaan ini adalah perjuangan saya berdakwah sekali gus mencuba sesuatu yang baru dalam bidang pernigaan. Kehidupan peribadi saya tidak bercampur dengan bidang perniagaan,” jelasnya lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 15 Nov 2019
Trending Thu, 3 Dec 2020
Trending Sat, 7 Mar 2026

Larrie Anak Malaysia Tampilkan Destinasi Menarik Serta Kekayaan Budaya Tempatan

Mengangkat tema ‘Larrie, Anak Malaysia for Visit Malaysia 2026’, jenama fesyen dan kasut tempatan itu mengambil inisiatif menganjurkan Majlis Iftar Ramadan 2026 di Kuala Lumpur Convention Centre

Hiburan Fri, 15 Nov 2019

李佩玲玛莎任「左肩的声音挑战赛」宣传大使!促进中马友谊

中国驻马大使馆办「左肩的声音」挑战赛促中马友谊,任李佩玲和玛莎为宣传大使,全力站台!

Hiburan Thu, 10 Oct 2019

Mudah! Ikuti Langkah Ini Untuk Tukar Filter Instagram Anda Ke ‘Dark-Mode’

Jom lihat cara-cara untuk tukar Instagram ke Dark-Mode!

Hiburan Sat, 14 Sep 2019

Tiada Lagi Cinta, Adele Umum Bakal Cerai

Adele antara selebriti yang tidak gemar berkongsi kisah peribadinya dengan masyarakat.

Trending Wed, 24 Oct 2018

Selepas 110 Tahun, Akhirnya Kapal Titanic II Akan Sambung Belayar Ke New York Pada Tahun 2022

Titanic II akan berlayar dari Southampton menuju ke New York.

error: Content is protected !!