Euforia Bola 2026
Trending By: tex_admin October 24, 2018 @ 11:00am

Selepas 110 Tahun, Akhirnya Kapal Titanic II Akan Sambung Belayar Ke New York Pada Tahun 2022

Anda pernah lihat filem Titanic?

Kita semua tahu kisah kapal mewah Titanic yang telah karam pada satu ketika dahulu. Tragedi kapal karam ini juga telah difilemkan semula bagi menggambarkan bagaimana perjalanan kapal ini sehingga ianya karam. Memang penuh dengan tragedi mahupun romantis.

Baru-baru ini, dilaporkan kapal Titanic II dijangka akan memulakan pelayaran ke New York daripada Southampton pada tahun 2022. Kapal mewah ini dikendalikan oleh syarikat The Blue Star Line, Australia. 

Untuk pengetahuan anda, kapal Titanic II ini mempunyai rekaan dalaman dan kabinnya sama seperti kapal Titanic I yang karam pada 15 April 1912. Kapal mewah ini direka dengan penambahan ciri keselamatan moden seperti mempunyai sistem satelit dan sistem radar. 

Foto: Twitter

Pelayaran kapal ini nanti akan melalui perjalanan asal sama seperti Titanic I iaitu dari Southampton menuju ke New York. Sebenarnya, tarikh pelancaran kapal mewah ini sepatutnya pada tahun ini tapi ia telah dilanjutkan sehingga tahun 2022 iaitu tepat 110 tahun selepas Titanic I karam.

Foto: Mirror

Titanic II ini mempunyai 9 decks dan 840 bilik yang boleh menampung 2,400 penumpang dan 900 anak kapal. Manakala tiket pula dibahagikan kepada kelas pertama, kedua dan ketiga sama seperti Titanic I.

Semoga pelayaran mewah ini selamat!

Sumber: Cruise Arabia Online

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 19 Jul 2019

Jatuh Cinta Pandang Pertama, Nick & Simon Pilih Malaysia!

Nick & Simon menjadikan Malaysia sebagai lokasi pertama untuk mula menapak di rantau Asia.

Hiburan Fri, 17 Nov 2023
Featured Fri, 10 Jun 2022
Trending Fri, 10 Apr 2020
Filem Wed, 15 Nov 2023
Hiburan Thu, 23 Apr 2026

Aishah Bakal Gegar Pentas Julai Ini Menerusi Konsert ‘40 Chapters of Love’

Datuk Aishah bakal menghadirkan sebuah konsert solo berskala besar berjudul Aishah 40 Chapters of Love.

Featured Tue, 12 Mar 2024
Featured Fri, 15 Apr 2022

Akhirnya Hak Jagaan Anak Vanessa Angel Selesai, Gala Sky Diserah Kepada Bapa Mertua

Akhirnya hak penjagaan anak kepada pasangan Allahyarham Vanesza Adzania atau lebih dikenali sebagai Vanessa Angel dan Bibi Adriansyah akhirnya selesai apabila hampir lima bulan perkara ini menjadi kes mahkamah. Memetik laporan Tribunnews, hak penjagaan anak […]

Trending Sun, 4 Sep 2022
error: Content is protected !!