Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi July 14, 2023 @ 12:32pm

Dikecam Hebat Gara-Gara Video Bersama Inspektor Sheila, Sharifah Shahira Perjelas Situasi Sebenar – “Jangan Fitnah! Pihak Stesen Radio Tak Panggil Dia”

Penyampai radio Sharifah Shahira atau lebih dikenali sebagai Shiera meluahkan rasa bengang apabila videonya bersama pegawai polis tular, ‘Inspektor Sheila’ dikecam hebat netizen, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Shiera tampil menjelaskan perkara sebenar apabila timbul tuduhan yang mengatakan pihak stesen radio sengaja menjemput Inspektor Sheila untuk ditemu bual demi menaikkan rating.

“Suria FM tidak ada buat temu bual bersama Inspektor Sheila, tapi netizen pula memfitnah, dia cuma datang melawat untuk melihat cara operasi radio bekerja.

“Saya muat naik dalam akaun IG saya bukan saya viralkan tapi ramai pula yang maki saya dan sebarkan termasuklah dengan kata-kata kurang enak.

“Jangan fitnah. Pihak stesen radio tak panggil dia, netizen yang viralkan dia bukan pihak radio,” jelasnya dalam sebuah video.

Dalam pada itu, Shiera menegaskan dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap pihak yang membuat tuduhan tidak berasas berkenaan.

“Saya akan ambil tindakan. Saya sakit hati betul bila ramai buat tuduhan yang bukan-bukan. Saya ada ‘screen shot’.

“Pihak radio tak buat apa-apa pun, bukan nak naik rating. Saya yang muat naik dalam IG saya.

“Kalau saya digantung kerja, setiap orang saya cari,” ujarnya tegas.

Di akhir perkongsian tersebut, Shiera turut memohon maaf atas apa yang terjadi.

“Saya minta maaf. Kata-kata mereka lagi jahat daripada orang yang membuat jahat.

“Ingat, kata-kata kita, kita kena balik,” katanya.

Terdahulu, Shiera ada berkongsi video dia dan rakan penyampai, Tyzo bersama Inspektor Sheila yang berkunjung ke Suria FM dengan berskirt pendek.

Namun, video tersebut telah dipadam Shiera.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 14 Feb 2020
Trending Fri, 3 Jul 2020
Events Fri, 9 Nov 2018

林绿入戏太深拍摄现场「强吻」庄可比!

林绿入戏太深拍摄《我的非一般岳母》现场「强吻」庄可比!

Hiburan Mon, 11 Feb 2019

Siti Elizad Masih Bahagia?

Sebagai peminat lebih elok jika kita doakan yang baik-baik sahaja

Featured Mon, 3 May 2021

Majlis Tahnik Timbulkan Banyak Persoalan, Siti Nurhaliza & Datuk K Mohon Maaf

Berikutan tular majlis tahnik anak kedua mereka, penyanyi terkenal Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa hari ini membuat permohonan maaf sekiranya penganjuran majlis tahnik anak lelaki mereka, Muhammad Afwa pada […]

Hiburan Sat, 31 May 2025
error: Content is protected !!