Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi July 14, 2023 @ 9:40pm

[VIDEO] Bell Ngasri Sakan ‘Kempen’ Undi ABPBH 35, Bakal Belanja Orang Utara Makan…Siap Ada Poster Lagi!

Kehangatan kian terasa apabila malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) Ke-35 bakal berlangsung 21 Julai ini.

Dalam kemeriahan tersebut, pelakon Bell Ngasri kini dilihat giat ‘berkempen’ untuk mengajak peminat mengundi dirinya yang tersenarai sebagai finalis kategori Artis Komedi Popular bagi edisi kali ini.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Bell Ngasri Terharu Jumpa Persatuan Ibu-Ibu Comel Mengandung Yang Undi Di ABPBH 35! – “Inilah Fan Club Saya”

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Bell memuat naik sebuah rakaman video yang memaparkan dia sedang menyantuni orang ramai untuk beramah mesra sambil mengajak undi dirinya.

“Jangan salah faham..saya tak pernah paksa pun orang mengundi saya. Saya tak tipu, tapi dah mereka tanya macam mana nak mengundi, saya pun ajarlah .

“Takkan itu pun salah..saya tak paksa pun, jauh sekali nak memaksa orang tapi saya terpaksa juga paksa dah mereka jumpa saya….Apa aku cakap ni,” seloroh Bell.

Bukan itu sahaja, Bell turut memaklumkan dia akan menyantuni masyarakat di negeri utara dengan mengagihkan kupon makanan.

“Untuk permulaan ni untuk orang Penang…orang utara la senang cerita, tapi tak kisah lah orang Penang ke, Kedah ke Perlis ke Danok ke, saya nak bagi 100 kupon ‘lamb chop’ ni. Cekik la ‘lamb chop’ tu puas-puas pada 18/7/2023,” maklumnya.

Terdahulu, sohor di media sosial apabila rata-rata pengguna tampil memberi sokongan kepada Bell untuk menggenggam anugerah berprestij tersebut pada malam kemuncak yang bakal berlangsung di Istana Budaya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Bell Ngasri (@bellngasriofficial)

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 15 Apr 2026

“Komitmen Saya Tak Sampai Sebulan” – Johan As’ari Dedah Dibayar RM70,000 Berlakon Filem Mat Kilau

Johan As’ari mendedahkan dia menerima bayaran mencecah lebih RM70,000 hasil penglibatannya dalam penggambaran filem popular, Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan.

Featured Wed, 2 Jul 2025
Hiburan Wed, 15 Apr 2026

Media Prima Audio Capai 6.1 Juta Pendengar Mingguan.. Hot FM Kekal Stesen Radio No.1 Malaysia, Fly FM Terus Kuasai Segmen Radio Bahasa Inggeris

Media Prima Audio terus memperkukuh kedudukannya sebagai antara rangkaian radio paling berpengaruh di Malaysia apabila mencatatkan 6.1 juta pendengar mingguan di seluruh negara.

Events Thu, 7 Mar 2019
Hiburan Thu, 26 Aug 2021

3 Drama Rantaian Hebat Bakal Buat Penonon Melekat Di TV3!

TV3 tidak pernah menghampakan jutaan peminat drama Melayu yang sentiasa mahukan naskhah yang mengetengahkan jalan cerita yang segar dan menarik. Terbaharu di bulan Ogos, slot Sakura memaparkan kisah seorang gadis yang bertemu dengan jejaka idaman […]

Hiburan Thu, 2 Jun 2022
Trending Fri, 18 Oct 2019

Tahniah! Ini Pemenang Cabaran Ketahanan Ultra Kuasa Bateri Jam Tangan HUAWEI GT 2

Lebih style dan urban, dapatkan Huawei Watch GT 2 sekarang!

Konsert Tue, 6 Jun 2023
error: Content is protected !!