Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain July 14, 2023 @ 3:04pm

Syukur Tercalon Top 5 Artis Komedi Popular ABPBH 35, Bell Ngasri Dedah Ibu Bersedih 5 Hari Berturut

Pelawak dan pelakon Bell Ngasri tampil mendedahkan ibunya, Habibah Jaafar bersedih selama lima hari berturut selepas mengetahui aktor itu tercalon untuk Top 5 bagi Kategori Komedi Popular ABPBH 35, tahun ini.

Perkara tersebut telah didedahkan oleh Bell ketika ke udara bersama Haiza dan Muaz di Kool 101, tadi.

Menurut Bell, dia bersyukur sekiranya dirinya tidak tercalon untuk kategori tersebut kerana masih boleh meneruskan kehidupannya sebagai anak seni.

Malah, dia turut sebak kerana sedar ibunya sering mengimbau momen ketika dirinya membesarkannya bersama adik-beradik yang lain.

“Saya kata pada mak saya jangan bersedih. Saya tahu sebab dia terlalu fikirkan yang dia angkut anak-anak dia untuk besarkan.

“Saya tanya dia kenapa nak sedih-sedih, bertenang ini semua benda kecil sahaja. Kalau saya popular ke tak jangan fikir.

“Anugerah tu tak perlu fikir. Ni dah sampai satu yang saya tak pernah terfikir pun. Sebelum saya tak tercalon ni pun saya bersyukur sebab masih boleh hidup.

“Termasuklah adik beradik saya yang seangkatan seperti Darling dan Anne. Sampai pernah satu tahap kita berlakon untuk menyara hidup. Saya bersyukur, Alhamdulillah, kami boleh menyara hidup. Semua boleh kata dah berjaya.

“Alhamdulillah dah cukup dah. Insya-Allah, kami tidak minta apa-apa. Apa pun terima kasih banyak-banyak bawa saya ke Top 5 ini. Yak Yak Yeay!,” katanya.

Sebak dengan perkongsian tersebut, Haiza turut kelihatan menitiskan air matanya sepanjang mendengar cerita Bell.

Menjengah ke ruangan komen, perkongsian tersebut turut menerima pelbagai respons dalam kalangan warganet.

@kool101my Sebakkk! 🥺🥺🥺 Ucapan Bell Ngasri untuk ibunya, sebab dia cakap ibu dia dah lima hari bersedih dia tercalon Top 5 Kategori Artis Komedi Popular ABPBH 35. Catch Up Pagi On Point Close Up bersama Bell Ngasri di aplikasi Audio+! #Kool101 #PagiOnPoint #BellNgasri #ABPBH35 #YakYakYeah #Barkoba ♬ original sound – Kool 101

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 20 Dec 2018

‘ Ada Sebab Saya Pilih Dewan Merdeka’, Konsert Terakhir Altimet 16 Februari Depan

Jangan lepaskan peluang korang untuk dapatkan tiket awal, lebih jimat tau!

Hiburan Thu, 13 Dec 2018

Nora Danish Hoping for a Baby Girl in 2019

Having three sons, the actress and her husband hope to get a baby girl next year.

Trending Fri, 17 May 2019

Suspek Warga Nigeria Direman, Tapi Apa Motif Sebenar Pembunuhan Siti Kharina?

Siti Kharina ditemui mati dalam keadaan tragik dan tidak berpakaian bersama kesan calar di leher, kepala dan dada mangsa.

Hiburan Sun, 8 Dec 2024
Featured Wed, 7 Sep 2022
Hiburan Wed, 30 Aug 2023
Trending Wed, 5 Aug 2020
Trending Thu, 1 Oct 2020

Covid-19 : 89 Kes Baharu Dan 2 Kematian Dicatatkan

Jangan mudah mengalah, terus patuh SOP!

error: Content is protected !!