Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi July 14, 2023 @ 5:08pm

[VIDEO] “Tipulah Ibu Tunggal Tak Menangis…Sesiapa Jadi ‘J’ Orang Akan Umpat Sampai Mati” – Ziana Zain

“Orang akan mengumpat sampai mati dengan status ibu tunggal ini. Sesiapa bergelar ‘J’ akan sentiasa orang bercakap”

Demikian kata-kata penyanyi tersohor negara, Ziana Zain apabila mengulas mengenai kehidupan sebagai ibu tunggal sering menjadi buah mulut ramai, sejak empat tahun lalu.

Pernah berdepan detik hitam dalam rumah tangga, anak seni berusia 55 tahun ini akui ibu bapa dan keluarga adalah penguat semangatnya dalam terus mengharungi cabaran hidup.

“Selama empat tahun ini, saya sering fikir macam mana kalau ibu bapa saya dah tiada nanti, anak saya macam mana. Adik beradik lain semua ada suami, saya tiada suami. Anak empat orang.

“Tapi mereka selalu ingatkan saya untuk terus kuat kerana Allah itu ada. Mereka pesan setiap ujian yang diberi, Allah nak naikkan darjat dan ampun dosa kita. Itu yang buatkan saya kuat semangat.

“Bukan senang tiada suami, hidup dengan anak sahaja, kena tempuh banyak cabaran seperti mulut orang, tanggapan orang, kerja kita sampai larut malam, penampilan kita, macam-macam orang cakap.

“Saya cuma minta kepada Allah untuk jaga saya dan maruah saya demi anak-anak. Ngeri kalau fikirkan,” katanya ketika ditemui XTRA, pada Khamis.

Tidak mahu lagi dibelenggu episod pahit, pelantun lagu Putus Terpaksa ini terus bangkit dengan semangat yang dibawanya demi anak-anak.

“Tipulah ibu tunggal tak menangis, saya selalu ingatkan diri saya agar terus kuat tapi kadang-kadang kita akan menangis. Itu lumrah.

“Kalau fikir balik, saya akan tertekan tak mahu lagi fikir. Cukup saya alaminya sebelum ini selama empat tahun. Saya perlu bangkit.

“Saya selalu lihat anak-anak saya, keperluan hidup mereka, itu penguat semangat saya, saya kena bangun. Sentiasa bersemangat. Kita kena tunjuk pada anak-anak yang diri kita bersemangat.

“Berkat semangat, Alhamdulillah sebab kita selalu berpesan pada mereka, Allah sentiasa dorongkan anak-anak saya dipermudahkan dalam pembelajaran. Dapat lanjutkan pelajaran.

“Tiada siapa yang beri kita semangat kecuali Allah S.W.T,” ujarnya dalam keadaan sebak.

Untuk rekod, Ziana berkahwin dengan Armin pada 9 Mei 1998 dan dikurniakan tiga anak lelaki dan seorang perempuan berusia 11 hingga 20 tahun.

Namun pasangan ini bercerai pada 12 Julai 2018 selepas Ziana membuat tuntutan cerai atas dakwaan penderaan mental yang dialaminya serta fizikal terhadap anak mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Sudah Maafkan, Ziana Zain Tak Mahu Putuskan Hubungan Anak Bersama Bekas Suami – “Saya Tak Nak Mereka Derhaka”

ARTIKEL BERKAITAN: Ziana Zain Kecewa Blogger Buat Berita Kelirukan Pembaca – “Saya Betul-Betul Marah, Macam Mana Boleh Keluar Cerita Macam Ini?”

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Meremang! Persembahan Ziana Zain & Hasif Upin Nyanyi Lagu Waktu Curi Tumpuan, Peminat Ramal Masuk AJL

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 18 Jun 2018

Netizen Mahu Nora Danish Ganti Neelofa

Netizen suka akan gandingan Nora bersama Nabil sememangnya menjadi.

Hiburan Tue, 27 Jan 2026

Sasha Abdul Aziz Syukur Rezeki Semakin Bertambah, Pasang Niat Mahu Bayar Zakat Tinggi Tahun Ini

Sasha mengakui dirinya sudah berniat untuk membayar zakat dengan jumlah yang banyak tahun ini. 

Hiburan Sat, 17 Aug 2019

相隔10年李幸倪再推华语专辑!生日愿望:想拿金曲奖

相隔10年Gin李幸倪再推华语专辑《浮世绘》日前特返马出席宣传活动,并直呼今年的生日愿望是有机会夺得明年的《金曲奖》。

Hiburan Mon, 8 Oct 2018

More Michelle Yeoh in Star Trek!

Malaysian Star Trek fans rejoice.

Selebriti Fri, 20 Oct 2023
Featured Tue, 5 May 2026

Hadir Prosiding Di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Nubhan Mohon Doa Yang Terbaik

Penyanyi Nubhan hadir di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada Selasa bagi prosiding pelanggaran kes komital terhadap bekas isterinya, Dr Afifah Hidayah Mohd Tawfeq. Enggan mengulas lebih lanjut mengenai prosiding perbicaraan tersebut, Nubhan bagaimanapun berharap […]

Events Sat, 30 Jun 2018

Ayuh! Hangatkan Segalanya Bola Bersama Moh Skor

Demi menghimpunkan semangat bola rakyat Malaysia dan menghangatkan musim piala dunia, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad telah menganjurkan Karnival Moh Skor yang dijalankan pada 30 Jun 2018, Sabtu, bertempat di My Town Cheras, Kuala Lumpur

error: Content is protected !!