Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi July 17, 2023 @ 7:18pm

Penantian 15 Tahun Berbaloi, Ziana Zain Sebak Single ‘Waktu’ Duet Dengan Hasif Upin Diterima Ramai – “Berpuluh Lagu Saya Reject, Bukan Kekwat, Cuma…”

Selepas 15 tahun lamanya, penyanyi tersohor Ziana Zain kembali muncul dengan single duet berjudul Waktu bersama penyanyi baharu, Hasif Upin.

Kini, single Waktu kian mendapat tempat di halwa telinga pendengar yang rata-ratanya meluahkan rasa teruja dengan gabungan hebat dua penyanyi ini sehingga meramalkan karya ini bakal berentap di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL).

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Meremang! Persembahan Ziana Zain & Hasif Upin Nyanyi Lagu Waktu Curi Tumpuan, Peminat Ramal Masuk AJL

Terharu dengan sambutan yang diberikan, Ziana akui sedikit sebanyak berasa sebak apabila lagu Waktu berjaya mendapat tempat di hati pendengar dan peminat.

“Saya mula menyanyi pada usia 22 tahun, sekarang umur saya dah 55. Lama saya dalam industri ini, dari hari pertama saya, tak pernah rakan industri yang tidak datang bagi sokongan kepada saya.

“Saya dah 15 tahun tak keluarkan lagu, ramai pihak yang bertanya. Jadi bila dapat lagu yang saya mahu dan suka serta diterima ramai, saya sebak.

“15 tahun orang tunggu, Allah berikan saya lagu yang saya suka, respons pendengar pun positif, Alhamdulillah. Berbaloi sangat,” ujarnya gembira ketika ditemui XTRA, baru-baru ini.

Dalam pada itu, pelantun lagu Madah Berhelah ini mengakui banyak tawaran lagu yang diberikan namun terpaksa menolak kerana tidak menepati cita rasanya.

“Berpuluh lagu yang saya tolak, bukan kekwat cuma karya itu tak singgah di hati saya. Keserasian itu penting. Biarlah lama tapi dapat keluarkan karya yang terbaik.

“Ada juga beberapa penyanyi yang mahu berduet dengan saya tapi lagu tersebut tak ‘menangkap’ di hati saya. Lagu ini penting, setiap kali saya keluarkan album, saya perlu ada lagu yang hit.

“Lagu ini dekat di hati saya. Saya sangat cerewet, tapi komposer tahu apa yang saya inginkan. Alhamdulillah, saya dapat pasangan duet yang bagus, saya bersedia untuk kerja lebih kuat,” tambahnya lagi.

Menurut Hasif pula, dia mengakui sedikit gemuruh apabila bergandingan dengan ratu balada Malaysia, namun sentiasa bersemangat dalam memberikan yang terbaik.

“Persediaan saya adalah untuk terus belajar vokal, perasaan gemuruh itu sentiasa ada tapi keutamaannya adalah saya perlu lakukan dengan betul.

“Secara jujur, saya tak pernah pergi kelas vokal bukan sebab saya bagus tapi saya jenis takut kena marah sebab saya sensitif. Sekarang saya semangat untuk pergi ke kelas vokal.

“Jadi saya banyak berdoa, ia buat hati saya tenang. Takut juga ada, tapi saya serahkan pada takdir.

“Ini adalah peluang emas saya untuk berduet dengan idola, harap lagu ini menjadi kejayaan kepada kami berdua,” ujarnya positif.

Untuk info, Waktu adalah hasil ciptaan komposer terkemuka tanah air iaitu Iqie hugh, John Jeeves dan Fidaus Rahmat yang diterbitkan oleh label rakaman Armani Entertainment Group.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] “Tipulah Ibu Tunggal Tak Menangis…Sesiapa Jadi ‘J’ Orang Akan Umpat Sampai Mati” – Ziana Zain

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 13 Apr 2023

Syada Amzah Perjelas Ibu Ke Mahkamah Bukan Untuk Fail Cerai, Kunci Mulut Tujuan Sebenar

Syada Amzah enggan dedah tujuan sebenar ibu ke mahkamah

Trending Mon, 24 Feb 2020

Korea Selatan Umum Amaran Tertinggi COVID-19 Catat Kenaikan Mendadak

Semoga yang baik-baik sahaja buat seluruh rakyat Korea Selatan

Featured Sat, 28 Jun 2025
Hiburan Mon, 21 Oct 2024

“5 Tahun Berlakon, Saya Tak Pernah Ada Kontroversi” – Siti Khadijah 

Kadang kala tak perlu ada kontroversi pun untuk jadi popular kan 😌

Hiburan Sun, 21 Jun 2026

“Mereka Akhirnya Berani Bercerita” – Beto Kusyairy Harap Isu Gangguan S*ksual Tidak Lagi Jadi Tabu

Beto Kusyairy mendedahkan ada segelintir mangsa gangguan seksual berani tampil berkongsi pengalaman pahit yang pernah dilalui selepas menonton karya lakonannya.

Trending Tue, 17 Mar 2020
Hiburan Sat, 3 Mar 2018

ntv7《环球透视》停播两月后转台「重新出发」

ntv7《环球透视》将于2018年3月2日起停播两个月,以便让制作团队重整步伐,重新策划。全新面貌的《环球透视》将于4月30日起,每逢星期一至星期四,晚上11时30分,转至八度空间播出。

error: Content is protected !!