Featured By: Salma Syahbuddin July 20, 2023 @ 7:25pm

MK K-Clique Puji Wanita Kelihatan Cantik Bila Pakai Abaya, Tapi Respons Siti Hajaar Bikin Berdekah – “Lelaki Jangan Salah Cakap, Bahaya!”

Penyanyi rap popular, MK K-Clique mencuri perhatian selepas sebuah video pendek memaparkan dirinya memuji wanita apabila memakai jubah atau abaya tular di TikTok.

Menerusi perkongsian video berdurasi lebih satu minit itu, MK atau nama penuhnya, Muhammad Hairi Amin Hamdan, 26, kelihatan sedang berada di dalam kereta bersama isterinya, Siti Hajaar.

Namun, MK secara spontan memaklumkan kepada pengikutnya di platform berkenaan bahawa wanita akan kelihatan lebih cantik apabila memakai abaya.

Malah, menyifatkan golongan lelaki juga lebih tertarik dan suka melihat wanita memakai busana berkenaan.

“Bagus pakai abaya guys, betul-betul saya bagitahu cantik. Saya tak tipu.

“Lelaki sebenarnya suka tengok orang pakai abaya,” katanya.

Bagaimanapun, Siti Hajaar yang mendengar kenyataan MK itu tampil memberikan respons.

“Oh, jadi awak suka lah tengok orang lain pakai abaya?,” jelasnya.

Terkejut dengan respons isterinya itu, MK menjelaskan bahawa dia suka melihat Siti Hajaar memakai abaya sekaligus berseloroh mengingatkan supaya golonganĀ  lelaki lebih berhati-hati ketika bercakap.

“Saya suka tengok awak pakai abaya.

“Alamak, lelaki jangan salah cakap. Bahaya!

“Tapi saya nak bagitau, boleh lah slow-slow beli abaya. Tak apa pakai je…cari abaya yang cantik macam isteri saya punya abaya ni, simple je,” ujarnya.

 

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut MK bersetuju dengan kenyataan yang diberikan, malah sempat mengusik penyanyi itu supaya tidak tersalah cakap terutamanya ketika membuat sesi LIVE bersama peminatnya di platform berkenaan.

“Tahu takut MK… Jangan salah cakap ya!

“Jangan salah cakap MK, bahaya nanti Hajaar merajuk.

“Ingat, lelaki jangan salah cakap… bahaya. Bak kata MK.

“Betul MK cakap tu, suami saya pun suruh slow-slow beli abaya.

“Betul tu MK, saya pun suka tengok perempuan pakai abaya,” komen netizen.

 

Sekadar info, MK dan Siti Hajaar mendirikan rumah tangga pada 16 Jun lalu dalam sebuah majlis tertutup di Masjid Jamiul Huda, Ampang, Selangor dengan hanya sekali lafaz.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 15 Nov 2022

Peragakan Kasut Tumit Tinggi, Otam Blurr Undang Tawa Netizen – “Tak Tahu Macam Mana Perempuan Boleh Hadap…”

Pempengaruh Otam Blurrr yang terkenal dengan perangai ‘gila-gila’ dalam melakukan video parodi kelakar sekali lagi tular di laman TikTok. @otamblurrrrrNasib baik aku jantan pakai kasut biase2 je ahhahaahaā™¬ NO COMMENT 50 RINGGIT SADJA – It’s […]

Hiburan Sat, 22 Sep 2018

Tinggalkan Kanada, Bieber Mohon Jadi Rakyat AS?

Selepas sebelas tahun menetap di Amerika Syarikat, penyanyi Justin Bieber nekad untuk memohon kerakyatan di negara itu. Bukan apa, Bieber juga dilaporkan sudah berkahwin dengan model terkenal Amerika Hailey Baldwin. Malah Bieber juga dilaporkan sudah […]

Featured Thu, 22 Sep 2022

[VIDEO] Teman PU Riz Main Futsal, Penampilan Neelofa Disamakan Dengan Guru PJ ā€“ ā€œFirst Time Nampak Pakai Simpleā€

Walaupun netizen cakap macam cikgu PJ šŸ˜‚ tapi Lofa pakai tudung sarung macam tu pun cantik gila šŸ˜­

Hiburan Mon, 20 Mar 2023
Hiburan Tue, 16 Oct 2018

Gagal Gugur Tuduhan, Farid Kamil Dibicara Bermula 27 November

Jabatan Peguam Negara menolak representasi pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil Zahari, 37, untuk menggugurkan lima pertuduhan jenayah yang dihadapinya. Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Firdaous Mohamed Idris memaklumkan perkara itu semasa sebutan kes di hadapan […]