Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi July 21, 2023 @ 2:00pm

ABPBH 35: Elly Mazlein Bersaing Dengan Rakan Baik, Syukur Orang Nampak Hasil Kerja – “Tercalon Top 5 Pun Dah Rasa Menang”

Pengacara popular Elly Mazlein bersyukur dapat membolosi kelompok Top 5 menerusi Pengacara TV Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-35 bersama rakan-rakan baik.

Menurut Elly atau nama sebenar, Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, dia sudah cukup gembira apabila membolosi kategori tersebut sekali gus membuktikan peminat nampak hasil kerja kerasnya selama ini.

“Alhamdulillah, dah tercalon top 5 pun rasa dah menang. Yang paling penting, semua yang tercalon itu adalah kawan-kawan saya juga. Dah tercalon pun sudah cukup memadai.

“Terima kasih tak terhingga buat peminat yang dah mengundi saya. Semoga Allah permudahkan urusan anda semuanya.

“Saya tak mahu harapkan apa-apa tapi apa-apa pun saya dah tercalon pun sudah bersyukur, terima kasih. Orang pun dah nampak hasil kerja saya selama ini,” katanya ketika dihubungi.

Dalam pada itu, Elly turut bersyukur apabila keluarga dan peminat sentiasa memberikan sokongan terhadap kerjayanya sehingga ke tahap ini.

“Kalau menang itu perkara kedua, yang penting saya bersyukur sangat.

“Saya tak ada strategi untuk bolos ke top 5, saya cuma ada peminat bersama saya, terima kasih pada mereka yang undi saya sampai saya tercalon ke tahap ini.

“Keluarga juga banyak beri sokongan pada saya selama ini,” ujarnya.

Bersaing dengan rakan-rakan baik seperti Sherry Alhadad, Alif Satar, Janna Nick dan Hawa Rizwana, Elly menganggap ia satu persaingan yang baik dan sihat.

“Ia satu persaingan yang hebat dan sihat, yang paling peting mereka yang tercalon itu adalah kawan-kawan saya.

“Apa-apa pun, masing-masing tumpang gembira kejayaan masing-masing. Keempat-empat yang tercalon adalah pencabar saya yang sangat baik dan sihat.

“Tak kisah lah, siapa yang menang yang penting sama-sama memeriahkan industri,” tutupnya positif.

Jangan lupa saksikan karpet merah ABPBH 35 jam 8 malam & kemuncak ABPBH 35, jam 9 malam ini! Strim HD secara eksklusif di tonton & saksikan juga di TV3!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 21 May 2024

Memukau! Kecantikan Camelia Raih Perhatian, Netizen Komen: “Tengok Je Orang Dah Tau Kaya & Classy”

No wonder lah Camelia pernah tersenarai antara 50 tercantik di dunia😍😍😍

Hiburan Sun, 9 Feb 2025
Drama Thu, 24 Jul 2025

DEX Beraksi Dalam Drama Thriller Serius Bertemakan Sisi Dunia Gelap Pemerdagangan Kanak-Kanak, Strim ‘The Defects’ Di Tonton!

Strim ‘The Defects’ sekarang di Tonton! Episod baharu setiap Isnin dan Selasa, jam 10 malam, serentak dengan tayangan di Korea, bermula 21 Julai.

Hiburan Fri, 23 Feb 2018

‘DEY DEY’ LAHIR SELEPAS ‘NEY NEY’

Shiera, 42, isteri kepada pelakon Zulkifi Azahari atau Ijoy, 42 tidak mahu ketinggalan berkongsi detik kegembiraan menyambut Dey Dey melalui Instagramnya sebaik sahaja keluar daripada bilik pembedahan.

Hiburan Wed, 13 May 2026
Hiburan Sun, 14 Jan 2024
Featured Tue, 28 Feb 2023

[VIDEO] Puteri Sarah Tak Pandang Gelaran Datin – “Saya Bekerja Dapat Hasil Sendiri…”

She tak perlu gelaran Datin 🤪 She sendiri dah mega ❤️ Vass gituh Puteri Sarah 😌🥰

Hiburan Sun, 15 Dec 2019
error: Content is protected !!