Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin July 23, 2023 @ 1:55pm

Hilang 18 Kilogram, Rupanya Teguran Penerbit Buat Fasha Sandha Nekad Kurus – “Saya Meraung, Takut Nak Makan Biskut Cicah Milo”

Pelakon cantik Fasha Sandha mendedahkan teguran penerbit membuatkan dirinya nekad untuk mengurangkan berat badan.

Berjaya menghilangkan 18 kilogram (kg) berat badan, Pelakon Wanita Terbaik Drama Anugerah Skrin 2017 berkongsi kata-kata penerbit itu membuatkan dirinya ‘down’ namun dalam masa yang sama, Fasha menjadikan insiden terbabit sebagai semangat untuk kembali langsing.

“Ketika saya menjalani penggambaran Rampas Cintaku, penerbit menegur berat badan saya. Belum pernah ada penerbit menegur saya mengenai perihal fizikal atau berat badan, selama ini saya ‘chubby’ macam mana pun, tetap akan ada produksi yang memanggil saya berlakon.

“Akhirnya, Rampas Cintaku dapat sambutan yang sangat baik dan mahu disambung ke musim kedua. Penerbit beritahu, jika siri ini ada sambungan, saya perlu kurus dan dia akan masukkan syarat terbabit dalam kontrak. Apabila difikirkan semula, saya rasa ‘down’. Saya rasa dia body shaming saya, tapi saya jadikan perkara terbabit sebagai semangat untuk mengurangkan berat badan.

“Lakonan adalah kerjaya saya, ada yang katakan selepas saya kurus, saya semakin galak, tapi sebenarnya saya hanya menjalankan karakter yang ditugaskan. Sebelum ini di musim pertama pun karakternya begitu, tapi mungkin orang tak perasan kerana ketika itu bentuk fizikal saya agak berisi,” kata Fasha.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha)

Pernah rasa bersalah untuk menikmati makanan, Fasha sempat berkongsi cerita melibatkan biskut yang menjadi juadah kegemarannya.

“Ketika proses untuk mengurangkan berat badan, saya alami rasa bersalah untuk makan juadah kegemaran saya. Saya pernah menangis macam meraung, sehingga suami pun tanya kenapa saya menangis.

“Saya beritahu suami, saya nak makan biskut cicah dengan air Milo, tapi kalori tinggi dan berat badan pun belum menunjukkan penurunan. Suami pujuk saya untuk menjamah sedikit. Itu merupakan antara kenangan yang saya tak akan lupakan sewaktu menempuhi proses untuk mengurangkan berat badan,” katanya kepada XTRA.

Aktres jelita itu ditemui usai acara zumba bersama Fasha Sandha di Kuala Lumpur anjuran Inayah Beauty pada Sabtu.

Mengambil masa lebih lapan bulan untuk turun 18 kg, Fasha mendedahkan dia menjamah dua sudu nasi bersama ikan sebagai sumber protein bersama makanan tambahan Berryfull keluaran Inayah Beauty sepanjang proses mengurangkan berat badan.

“Alhamdulillah, Ketua Pegawai Eksekutif Inayah Beauty, Dini Qistina Latifi memaklumkan jualan produk mencanak naik, berjaya terjual sebanyak 400,000 botol. Mereka mula risik saya pada Ogos 2022, tapi saya sendiri harus mencuba produk mereka.

“Saya dapati ada perubahan baik, jadi pada Disember 2022 baru saya setuju. Saya bersyukur kerana produk yang dipromosikan meraih kutipan jualan kasar mencecah hampir RM20 juta dalam tempoh kurang setahun saya menjadi duta,” katanya lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 3 Jan 2020

Black, Hazama, Tomok Dan Akim Bakal ‘Gegar’ Istana Budaya

Semua ada keunikan masing-masing! Tak sabar!

Hiburan Sun, 2 Jun 2024
Hiburan Fri, 23 Aug 2024
Hiburan Thu, 8 Sep 2022
Featured Mon, 21 Aug 2023

Khai Bahar Sebak Fikir Keadaan Ibu, ‘Malas’ Ambil Serius Isu Fitnah & Kontroversi

Sebaknya! Ibu tiada duanya dalam dunia ni tau😭😭😭😭

Hiburan Wed, 3 Jan 2024

Azam 2024, Ella Berhasrat Tunai Ibadah Haji & Rancang Nak Keluarkan Lagu Baru!

Moga dipermudah segala urusan Rock Queen kita! ❤️

Hiburan Thu, 1 Aug 2019

杨丞琳《青春住了谁》世界巡回吉隆坡站808开票!

杨丞琳《青春住了谁》世界巡回演唱会吉隆坡站808开票,记得准时抢票啦!

error: Content is protected !!