Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi July 24, 2023 @ 7:30pm

[VIDEO] Gara-Gara Belum Rezeki Timang Anak, Uqasha Senrose Terasa Ada Individu Kaitkan Adik Beradik

Aktres jelita Uqasha Senrose mengakui sedikit terasa apabila ada individu yang menyindir dirinya dan adik beradik iaitu Nelydia Senrose dan Raysha Rizrose gara-gara belum memiliki zuriat.

Jelas Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 31, dia tidak tahu apa motif sebenar individu tersebut sehingga mengguris hatinya malah enggan ambil peduli dengan sindiran tersebut.

“Saya tak terasa bila dia bercakap pada saya tapi bila dia kaitkan dengan adik beradik, sesiapa pun akan sedikit terasa.

“Saya tak kisah mengenai itu sebab saya juga baru setahun jagung dalam perkahwinan. Saya mahu fokus pada kerjaya dahulu, kalau ada anak, saya risau tak boleh beri komitmen pada kerja.

“Saya tak tahu apa motif sebenar dia. Individu itu juga sudah sekat saya dahulu sebelum saya dapat tahu. Saya juga tak mahu layan sangat perkara tersebut,” katanya ketika ditemui XTRA.

Dalam pada itu, isteri kepada aktor Kamal Adli ini tidak menolak kemungkinan dia dan suami belum bersedia untuk menimang cahaya mata sebaliknya hanya berserah kepada Yang Maha Esa.

“Ia rezeki daripada Allah. Ada kemungkinan saya belum bersedia, suami belum bersedia, kewangan juga. Banyak perkara perlu diambil kira.

“Kami juga masih dalam fasa mengenal hati budi, orang kata tempoh lima tahun pertama dalam perkahwinan adalah cabaran paling besar.

“Jika diberikan rezeki awal, ada lah. Saya juga pernah mengandung, bukan tak pernah, tak terasa pun tapi bila kaitkan adik beradik, saya terasa juga,” jelasnya lagi.

Terdahulu, Uqasha mendedahkan bahawa dirinya mengalami keguguran sebanyak dua kali selepas mendirikan rumah tangga dengan Kamal Adli pada 5 November, 2021.

ARTIKEL BERKAITAN: Uqasha Senrose Berkemban & Berpelukan Demi Jayakan Watak – “Saya Mahu Cabar Diri Tapi Ada Batas”

ARTIKEL BERKAITAN: Uqasha Senrose Kecewa Disindir Individu Gara-Gara Belum Ada Zuriat

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 7 Oct 2022

Rebecca Nur Al Islam Berkemungkinan Terpaksa Gugurkan Kandungan Anak Keenam

Allahu kenapa pula tu? Semoga dipermudahkan segala urusan

Trending Thu, 26 Jul 2018

This Creepy 3D Video is So Real, It Will Spook You Like Crazy

It’s so realistic that people are questioning whether it really happened or not.

Hiburan Sun, 2 Jun 2019

文慧如和林恺伦606首度来马公开演出

乐坛新人文慧如和Karencici林恺伦即将带着《好闹》来到马来西亚啦!

Hiburan Thu, 2 Nov 2023

Stesen TV Tak Beri Bayaran Cecah Puluhan Ribu, Pendakwah Bebas Terkenal ‘Mati Akal’

Adoi, kerja dah buat tapi bayaran belum dapat.. Cecah sampai puluhan ribu tu 😰😰

Kisah Viral Wed, 11 Dec 2024

Hospital Bersalin Razif Tampil Dedah Kisah Sebenar Isu Jenazah Bayi Dibekukan 16 Hari

Isu jenazah bayi dibekukan 16 hari, Hospital Bersalin Razif dakwa wanita lahir anak luar nikah

Hiburan Sat, 10 Jan 2026

Digelar ‘New Adele’, Sienna Spiro Pukau Perhatian Dunia Dengan Lagu ‘Die On This Hill’

Sienna Spiro mendapat perhatian sebagai antara nama baharu paling menyerlah dalam arena muzik antarabangsa

Hiburan Sat, 9 Mar 2019

Nora Teruja Duet Dengan Aishah Sempena Minggu Setiausaha April Depan

Selain meminati Aishah, Nora juga kagum dengan sifatnya yang down to earth! Nampak tak legend pun rendah diri tau.

error: Content is protected !!