Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi July 25, 2023 @ 4:32pm

Ada Peminat Kritik Romansa Kita Tak Sedap, Ini Respons Siti Nurhaliza

Baru-baru ini, penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza pertama kali membawa lagu terbarunya, Romansa Kita daripada album SITISM dalam acara Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 (ABPBH 35).

Susulan itu, berdasarkan pemerhatian XTRA dendangan lagu tersebut mendapat pelbagai reaksi peminat yang menyukainya, namun terdapat juga yang mengkritik lagu tersebut.

Menerusi hantaran di Instagram, terdapat beberapa individu secara lantang meninggalkan komen negatif yang berkata mereka tidak menyukai lagu tersebut.

“Tak sedap lagu Datuk malam tadi, suka lagu Datuk yang dulu-dulu lagi. Bukan tak mengikut peredaran semasa, tapi entah la.

“Better Datuk stau je la dengan persembahan dan lagu-lagu datuk dulu,” tulis individu.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Pengurus Kongsi Keadaan Terkini Suara Siti Nurhaliza – “Ambil Masa Untuk Pulih 100%…”

Tidak berdiam diri pelantun lagu Cindai ini tampil membidas komen tersebut dengan berkata karya sebuah lagu tu adalah subjektif.

“Karya kreatif itu subjektif, tak ada sedap atau tak sedap, pengkarya menghasilkan muzik mereka,hargai komposer yang menghasilkan lagu-lagu meski zaman berganti zaman,” tulisnya.

peminat kritik lagu siti nurhaliza

Sementara itu, dalam hantaran sama terdapat individu lain juga meninggalkan komen berkata lagu dalam album terbarunya SITISM kebanyakannya tidak sedap.

“Bila baca komen yang TokTi balas dekat satu komen ni yang cakap lagu tak sedap..secara peribadi saya rasa TokTi dan team sedar yang lagu barunya ramai yang cakap tak sedap,tidak seperti lagu-lagu sebelumnya,” kata individu berkenaan.

Susulan itu, Siti tampil membidas komen tersebut dengan berkata beliau tidak pernah menganggao lagu-lagu terbaru beliau tidak sedap, malah menegaskan setiap pendengar mempunyai citarasa mereka sendiri.

“Saya tak pernah cakap lagi tak sedap. Saya menghargai setiap kerja keras dan karya orang dan melalui proses pemilihan.

“Muzik ni berkait citarasa. Kita suka atau tak suka, macam makanan juga. Tapi untuk cakap karya orang tak sedap, saya tak setuju sebab muzik ni luas dan subjektif.

“Jangan salah tafsir apa yang saya tulis dan Alhamdulillah, yang suka bagi respons yang baik dan yang tak suka mungkin dengar lagu yang mereka suka,” tulisnya lagi.

peminat kritik lagu siti nurhaliza

Kredit: Instagram

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 24 Sep 2025
Hiburan Fri, 10 Jan 2020

‘Saya Rasa Diuji Ketika Di Tanah Suci’- Ernie Zakri

Sesungguhnya pengalaman di sana tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.

Trending Mon, 14 Oct 2019
Hiburan Thu, 16 Nov 2023

Fokus Pertandingan, Elak Fikiran Serabut… Aliff Aziz Kekal Prinsip Abai Kecaman Netizen

Susah nak puaskan hati semua orang kan? Jadi abaikan je la kecaman mereka tu…

Hiburan Sun, 29 Aug 2021

Iman Troye, Ariff Bahran, Layla Sania & 13 Artis Suntik Semangat Patriotik

Penyanyi Iman Troye, Ariff Bahran dan Layla Sania bersama 13 artis berbilang kaum yang lain menyuntik semangat patriotik sempena Hari Kebangsaan menerusi lagu We Are One. Selain Iman, Bahran dan Layla, penyanyi lain yang sama-sama […]

Featured Wed, 18 May 2022
Featured Tue, 9 Sep 2025

DJ Sonic Sifatkan Fazura Wanita Hebat – “Kita Tak Kan Jadi Sekuat Dia”

Sebagai ibu tunggal, Faz seorang yang hebat dan kuat.

Events Tue, 19 Mar 2019
error: Content is protected !!