Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi July 24, 2023 @ 7:07pm

Kes Amang Seksual PU Azman: “Dia Minta Anak Saya Sapukan Minyak Di Bahagian Kemal*annya Sebelum…” – Saksi Ketiga

Ibu kepada salah seorang mangsa kes amang seksual melibatkan pendakwah selebriti, Pencetus Ummah (PU) Azman, mendedahkan yang tertuduh telah meminta anak lelakinya menyapu minyak di bahagian kemaluan remaja berkenaan.

Menurut laporan Berita Harian, saksi ketiga pendakwaan berusia 45 tahun itu, memberitahu dia mendapat tahu mengenai insiden membabitkan PU Azman pada 5 Februari 2022 di rumah penceramah berkenaan di Sendayan selepas dimaklumkan oleh anaknya sendiri yang ketika itu berusia 17 tahun.

“Anak saya cakap dia tak menipu. Dia duduk di ruang tamu kemudian Azman suruh ambil minyak di bilik tingkat atas rumah.

“Dia minta anak sapukan minyak itu di bahagian kemaluannya (anak) sebelum minta memasukkan kepadanya (Azman),” katanya.

Kata wanita itu lagi, dia mula mengetahui perbuatan tertuduh selepas didedahkan dalam satu pertemuan yang diatur oleh guru sekolah kebangsaan anaknya pada 27 Ogos 2022 di sebuah hotel di Shah Alam, Selangor yang turut disertai pendakwah bebas, Firdaus Wong.

Menurut saksi berkenaan, menerusi sembang di aplikasi Whatsapp di antara anaknya dengan tertuduh, dia mendapat tahu pendakwah bebas itu mahu menjadikan anaknya sebagai anak angkat.

“Anak saya kata nak pergi rumah Azman saja-saja. Dalam perbualan WhatsApp, dia nak jadikan anak saya sebagai anak angkat. Mulanya saya tak percaya sebab Azman seorang selebriti, tetapi anak saya meyakinkan (membenarkan) untuk ke rumah Azman,” katanya.

Wanita itu memberi keterangan di hadapan Hakim Datin Surita Budin dengan pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Husni Fairos Ramly dan Goh Hsiao Tung, manakala tertuduh pula diwakili peguam, Mohamad Zahid Ahmad, Fahmi Adilah dan Norman Mohd Nasir.

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa Mangsa Tak Percaya PU Azman Buat Perkara Tak Bermoral Terhadap Anak – “Saya Terkejut, Marah!”

PU Azman atau nama sebenarnya, Azman Syah Alias, 43, dihadapkan kali pertama ke mahkamah pada 12 Oktober 2022 atas lima pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua remaja lelaki pada Februari dan Julai tahun lalu.

Dia didakwa melakukan amang seksual fizikal ke atas remaja berusia 16 dan 17 tahun itu dengan cara melakukan perbuatan kelucahan melampau di tandas dan ruang tamu sebuah rumah di Taman Tiara Sendayan di Nilai, dekat sini, pada 6 Julai 2022.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Tue, 27 Aug 2019

Resorts World Genting Sets Fireworks in the Sky in Celebration of Merdeka

Stunning music-synchronized fireworks display at Resorts World Genting to mark Independence Day.

Hiburan Mon, 30 Dec 2019

Penyampai Berita Persis Neelofa Ini Tepis Gosip Cintanya Dengan Tiga Selebriti?

so, nak masuk tahun 2020 ni jangan buat spekulasi lagi okay!

Hiburan Thu, 27 Jun 2024

Azhan Rani Kena ‘Reject’ Drama 60 Episode Sebab Muka Awam

Drama apalah yang reject Azhan Rani ni, rugi.. Dah la berlakon power

Featured Fri, 14 Oct 2022

Caprice ‘Koyak’ PU Syed Tegur Urus Aurat Bini, Netizen Kecam Minta Jangan Sibuk- “Kan Dah Makan Diri! Sibuk Sangat Pasal..”

Kecoh nama Caprice dua tiga hari ni. Hmm apa pendapat korang pasal ni? Wajar tak Caprice dedahkan perbualan antara mangsa gangguan seksual PU Azman?

Hiburan Fri, 23 Feb 2018

PANAS! ARTIS ASAL PERAK INI TERLIBAT ISU DADAH

Pihak polis juga memberitahu bahawa, pelakon yang berusia 26 tahun itu mengambil dadah dan mendapat bekalan tersebut sejak 6 bulan yang lalu

Hiburan Mon, 26 May 2025
Hiburan Fri, 7 Jun 2019

万众期待电影《沦落人》终定档于6月20日全马上映

早前因与多部好莱坞大片撞档期而延迟上映的《沦落人》,今日发行商爵士电影制作公司宣布确定于6月20日在全马电影院正式上映!

error: Content is protected !!