Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi July 26, 2023 @ 9:00pm

Belum Ada Tarikh Kahwin Tapi Ramai Nak ‘Sponsor’ Majlis Yasmin Hani & Alif Hadi – “Sampai Make Up Artis Terkemuka Dah Bagi Nama”

Pasangan selebriti Yasmin Hani dan Alif Hadi memaklumkan ingin mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat namun belum mempunyai tarikh.

Menurut Yasmin dan Alif, mereka kini giat membuat persiapan untuk berkeluarga semula kerana mahu memberikan yang terbaik buat anak-anak dan masa depan.

Dalam pada itu, pasangan sama cantik sama padan ini juga tak sabar untuk menerima kehadiran cahaya mata kelak.

“Masih membuat persiapan dan banyak lagi perbincangan, banyak lagi yang ingin dipersediakan serta ingin mengetahui dan mengenali dengan lebih dalam lagi bukan dengan Yasmin sahaja tapi dengan anak-anak.

“Kedua-dua keluarga juga menerima dengan baik dan sekarang hanya mahu tunaikan tanggungjawab kerana itu lagi penting sebenarnya.

“Bukan ingin bernikah saja tapi kehidupan selepas itu juga penting. Kalau boleh secepat mungkin sebab ia perkara baik dan tak mahu tunggu lama,” kata Yasmin dan Alif ketika ditemui baru-baru ini.

Biarpun belum mempunyai tarikh untuk disatukan, Yasmin mendedahkan terdapat beberapa pihak yang ingin menaja majlis perkahwinan mereka.

Sehubungan dengan itu, Yasmin akui sedikit berasa gerun melihat reaksi tersebut sebaliknya mahu mereka diraikan dalam majlis yang sederhana sahaja.

“Alhamdulillah tiada tentangan daripada saya ketika kami saling mengenali lagi. Kami tahu apa yang kami mahukan dan berharap semuanya berjalan lancar.

“Kalau boleh kami nak buat majlis biasa-biasa saja kerana ini bukan kali pertama, cukup sekadar ambil gambar kahwin yang cantik, dihadiri keluarga dan kawan rapat sahaja.

“Kami tak ada tarikh lagi tapi ramai yang tawarkan untuk beri tajaan kepada kami sampai ada jurusolek artis terkemuka dah bagi nama untuk taja sedangkan belum ada tarikh nikah lagi.

“Saya takut bila ramai akan fikir kami akan buat majlis meriah sebab kemesraan kami di media sosial,” jelasnya.

Terdahulu, Alif memaklumkan dia enggan terburu-buru dalam meneruskan hubungan bersama Yasmin ke fasa seterusnya sebaliknya mahu mengambil hati Noah dan Eissa dahulu.

Untuk rekod, Yasmin Hani pernah menikah bersama Shahrin Razali pada 2011. Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Noah Ismail Wong, 10, dan Eissa Elzander Wong, 7.

ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi Foto Bersama, Peminat Minta Yasmin Hani & Alif Hadi Cepat Bernikah, Ada Pula Yang Persoal: “Mesra Sangat, Dah Kahwin Ke Belum?”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Wed, 28 Mar 2018

Muat Turun Data Di Facebook Untuk Keselamatan, Kami Kongsikan Caranya!

Oh ya! Korang perlu bersabar sikit ya memandangkan ia bakal mengambil masa beberapa minit bergantung kepada berapa banyak data anda dan berapa lama anda menjadi pengguna Facebook.

Hiburan Tue, 11 Jul 2023

[VIDEO] – Sharnaaz Ahmad Pujuk Amelia Christie – “Lelaki Ada Dua Pilihan Nak Jadi Alpha Atau…” 

Syempoii Mamuuuu 🤣 Dengan Amelia auto jadi kucing mainecoon ek 🤣

#tilljannah Tue, 16 Dec 2025

“Saya Welcome All! Saya Tak Tapis Ikut Bangsa” – Khairul Aming Perjelas Isu Hanya Ambil Pekerja Melayu

Menurut Aming, dia sama sekali tidak menetapkan sebarang tapisan berdasarkan bangsa, sebaliknya…

Hiburan Sat, 8 Sep 2018

Cheryl Samad Kembali Beraksi Dalam The Bridge

Cheryl Samad kini muncul dengan drama terbaru lakonannya yang bakal ditayangkan di saluran ntv7 pada 26 November ini berjudul The Bridge

Hiburan Wed, 15 Nov 2023
Hiburan Thu, 8 Jun 2023
Featured Wed, 29 Apr 2020
error: Content is protected !!