Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi August 1, 2023 @ 12:27pm

Rasa Tertipu & Duit Banyak Habis Sebab Lando Tak Bertanding PRN – “Mereka Kata Pakai Duit Sendiri Dulu”

Pelakon dan aktivis Lando Zawawi memaklumkan dia tidak akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos ini.

Menurut laporan Harian Metro, Lando mendakwa dia sudah berhabis banyak wang ketika bertanding di Parlimen Tanjung Karang pada PRU 15 lalu kerana berasa tertipu dengan parti yang diwakilinya.

“Saya berterus-terang pengalaman saya ini agar jadi satu teladan kepada semua calon di luar sana supaya berhati-hati dengan parti politik.

“Perbincangan dengan satu parti semasa PRU15, saya tanya bagaimana dengan bajet? Mereka kata pakai duit sendiri,” katanya.

Lebih mengejutkan, Lando turut mendakwa dia diminta untuk mengeluarkan wang sendiri malah orang-orang di dalam parti juga tidak diberi bayaran.

“Mungkin saya tak boleh tampung semua kerana itu PRU yang lebih besar, bukan macam sekarang. Saya kini berhati-hati dengan parti politik.

“Saya disuruh guna duit sendiri dulu dan dikira kemudian. Sampailah akhirnya duit saya digunakan terlebih dahulu

“Apabila keputusan dikeluarkan mereka terus senyap. Ingatkan habis di situ saja, rupanya orang-orang parti yang bekerja pun tak dapat bayaran,” katanya.

Tambah Lando, sehingga kini tenaga kerja yang dipanggil ranting parti menuntut RM20,000 dari parti berkenaan, manakala wangnya sendiri sekitar RM70,000 ke RM80,000 belum dilunaskan.

“Saya hantar surat kepada Presiden. Apabila semak, rupanya bajet itu ada tapi habis sebelum saya dicalonkan. Hairannya kerana yang berjanji dengan saya bukan calang-calang kerana ‘level’ (peringkat) mereka tinggi.

“Tapi Alhamdulillah walaupun saya tewas, usaha Brotherhood berjalan sampai sekarang sebab rezeki Allah punya. Kami ada kesempitan sikit dengan ekonomi tapi kami masih terus berjalan,” katanya.

Mengulas mengenai PRN kali ini, Lando tidak berhasrat untuk bertanding di kerusi DUN sebaliknya mahu bergerak bebas.

“Bukan tiada tawaran. Sebenarnya ada tiga tawaran dari parti berbeza. Tapi kita tak nak sebut parti mana. Brotherhood sebenarnya bebas.

“Pendirian kami tidak berparti sampai bila-bila sebab dalam Brotherhood pun ada penyokong pelbagai parti. Mereka diizinkan untuk undi parti mana kerana itu hak mereka.

“Sebenarnya kerusi Adun (Ahli Dewan Undangan Negeri) tidak membawa erti yang besar pada saya. Sebabnya dari dulu sampai sekarang pun banyak YB (Yang Berhormat) minta tolong saya juga,” katanya yang lebih berminat dengan kerusi Parlimen.

Terdahulu, pada PRU15 lalu, Lando bertanding di Parlimen Tanjung Karang atas tiket parti Pejuang, tetapi tewas kepada calon Perikatan Nasional, Datuk Dr Zulkapferi Hanafi.

ARTIKEL BERKAITAN: Altimet Bertanding PRN Selangor, Mahu Berkhidmat Untuk Penduduk Ampang – “Menang Atau Tak…”

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 18 Jul 2020
Hiburan Tue, 17 Apr 2018

Achey Tuju Lagu Untuk Makcik Bawang

Video yang dimuatnaik di laman Youtube sejak semalam ini sudah ditonton hampir 94,000 orang. Wow, luar biasa ni Achey. Tapi memang best lagu ni, korang kena layan ok!

Hiburan Sat, 29 Mar 2025

Doa Termakbul, Watie Hanifiah Hadiahkan Kereta Mewah Untuk Ibu 

Watie Hanifiah syukur impian dan doanya di tanah suci kota makkah tahun lalu akhirnya termakbul

Sponsored Wed, 30 Aug 2023

HONOR 90 5G, Pilihan Terbaik Untuk Content Creators!

Baru-baru ni telah berlangsungnya TikTok Awards Malaysia 2023 dengan gilang gemilang dan jayanya di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di Kuala Lumpur. Acara terbesar TikTok yang julung kalinya diadakan di Malaysia ni disiarkan […]

Hiburan Wed, 26 Apr 2023

Foto Mandi Laut Amir Ahnaf Buat Netizen Tak Keruan

Seronok betul mandi pantai time time raya macamni

Hiburan Thu, 21 Sep 2023
Hiburan Mon, 15 Jun 2026

Pengsan Akibat Tekanan Darah Terlalu Rendah, Intan Najuwa Syukur Diri & Bayi Selamat

Intan turut tampil menjelaskan punca sebenar kejadian berkenaan selepas timbul kemungkinan ada pihak yang mengaitkannya dengan pengambilan kafein.

error: Content is protected !!