Euforia Bola 2026
Hiburan By: Maya Basir August 7, 2023 @ 7:04pm

Tidak Diberi Tawaran Berlakon, Lisdawati Terpaksa Bergolok Gadai – “Sebab Saya Pakai Tudung Ke?”

Pelakon Lisdawati mendedahkan dia pernah diuji tanpa sebarang tawaran berlakon selama empat tahun.

Memetik laporan mStar, ujian tersebut datang selepas dia membuat keputusan untuk bertudung sepenuhnya.

“Kalau ada selebriti kata bila memakai tudung kurang dapat tawaran berlakon, saya menerima nasib sama tapi tak pernah patah semangat sebab sedar itu adalah ujian Allah.

“Empat tahun Allah uji, macam-macam saya usaha sampai banyak air mata tumpah. Itu pengalaman berat buat saya.

“Masa itu saya betul-betul diuji. Saya tertanya-tanya sebab saya pakai tudung ke? Saya terfikir-fikir,” katanya.

Namun, ujian tersebut tidak membuatkan dirinya untuk berpatah balik kepada diri yang lama sebaliknya semakin mendekatkan diri kepada Allah.

Sementara itu, Lisdawati memberitahu suaminya yang juga seorang pelakon, Fauzi Nawawi turut terkesan dengan ujian itu.

Menurutnya, mereka sangat terdesak memerlukan wang sehingga terpaksa menggadai barangan berharga selain kereta ditarik pihak bank.

“Bergolok gadai dengan pihak bank, surat merah sampai dan kereta kena tarik. Itu semua saya dan suami dah rasa.

“Sebab itu bila datangnya pandemik Covid-19, kami boleh tersenyum sebab kami pernah diuji lebih perit,” luahnya.

Katanya lagi, dia bersyukur apabila kehidupannya sudah kembali pulih dan boleh mencari rezeki melalui minatnya dalam bidang lakonan.

“Berlakon adalah periuk nasi saya cuma akan letak beberapa syarat sebelum bersetuju bagi mengelakkan sebarang masalah.

“Saya pernah cuba berniaga, sampai menangis. Saya kagum dengan orang berniaga tapi itu bukan minat saya. Saya dah cuba tapi tetap tak boleh,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Fauzi Nawawi, Lisdawati Buka Kafe Di Bukit Bintang – “70 Peratus Dah Siap Tapi…”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 4 Jul 2022

“Tak Sabar Sangat Nak Cari Laki Ni” – Netizen Cop Shila Amzah Gatal Dan Tak Matang

Shila Amzah dicop gatal dan tak matang apabila bercerita tentang hubungan percintaan.

Hiburan Sat, 7 Mar 2026
Featured Mon, 14 Nov 2022
Trending Thu, 29 Nov 2018

Bella Hadid Follow Neelofa Di Instagram, Wow!

Neelofa ajar Bella cara makan nasi lemak!

Hiburan Fri, 21 Jun 2024
Hiburan Tue, 23 Apr 2019

“My Father Allowed Me to Sing His Songs…” Says Syafiq Farhain

His late father, Saleem, had apparently given his blessing long ago…

Hiburan Sat, 21 Dec 2024

Tunai Tanggungjawab… Wawa Zainal, Aeril Zafrel Bayar Zakat Perniagaan RM1 Juta

Wah, bayar zakat perniagaan RM1 juta, semoga bisnes Wawa Zainal & Aeril Zafrel semakin maju!

Trending Thu, 10 Jun 2021
error: Content is protected !!