Euforia Bola 2026
Drama By: Padin August 10, 2023 @ 10:32am

Tonton Apa Hari Ni: ‘Rajuk Karina’

Hal perkahwinan bukanlah remeh. Kesilapan memilih pasangan boleh menyebabkan derita. Drama Akasia terbaharu yang berjudul ‘Rajuk Karina’ memperlihat perjuangan watak Karina dalam mengharungi kehidupan akibat perkahwinannya yang amat menguji kesabaran.

Cadangan Opah untuk menyatukan Mizan dan Karina di jinjang pelamin tidak kesampaian. Mizan tegas dengan keputusannya untuk menolak perkahwinan dengan sepupunya sendiri. Perkara ini membuat Karina berasa kecil hati.

Rasa kecil hatinya itu telah mendorongnya untuk berkahwin dengan Saiful secara tergesa-gesa. Malang bagi Karina. Kehidupannya merana sebagai isteri Saiful. Ibu mertuanya, Asmah, berlaku kejam dengannya. Suaminya pula telah bermain kayu tiga bersama seorang wanita bernama Anom. Tidak lama kemudian, Saiful telah menceraikan Karina yang sedang sarat mengandung.

Takdir telah menemukan Karina dengan Mizan di sebuah universiti swasta. Pertemuan ini telah memberikannya harapan. Hati Karina kembali berbunga. Namun, kehidupannya masih tidak aman dek ugutan Saiful yang ingin menuntut hak penjagaan anak mereka, Batrisyia.

Hal ini telah membuatkan Karina dan Mizan memutuskan untuk berkahwin. Kehidupan Karina sebagai isteri Mizan amat bahagia. Asmah dan Anom berasa tidak puas hati melihat Karina gembira. Mereka telah merancang strategi jahat untuk menjatuhkan rumah tangga ini. Mampukah Karina bangkit melawan?

Cerita Apa? ‘Rajuk Karina’
Hari Apa? Setiap Isnin – Jumaat
Jam Berapa? 7 malam
Di Mana? TV3 dan strim eksklusif HD di Tonton

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Drama Tue, 7 Jun 2022

“Market Kita Bukanlah…” – Drama Melur Untuk Firdaus Bakal Tembusi Pasaran Indonesia? Ini Respons Penerbit

Fuhh bukan biasa-biasa drama ni 😍 Siap ada peminat dari negara seberang, memang terbaik!

Drama Fri, 19 May 2023
Drama Thu, 18 Aug 2022

“Kami Sangat Baik & Ada Chemistry Yang Kuat” – Anna Jobling Jawab Status Hubungan Cinta

Awww…. ramai nampanya yang ship eyh dengan diorang ni♡♡♡

Drama Wed, 22 Feb 2023

Tonton Apa Hari Ni: ‘Serpihan Sayang’

Penyakit postpartum psikosis bukan perkara biasa.

Drama Thu, 29 Feb 2024

Tonton Apa Hari Ni: ‘Perempuan Ilmu Hitam’

Dendam memacu seruan syaitan durjana.

Drama Mon, 29 May 2023
Drama Thu, 16 Apr 2026

Siti Hariesa Kejar Cinta Noki Dalam Dear Farris, Tapi Ditolak?

Dear Farris lakonan Noki K-Clique & Siti Hariesa bakal ditayangkan secara eksklusif di Tonton bermula 18 April 2026.

error: Content is protected !!