Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin August 8, 2023 @ 5:04pm

Bakal Gegar Zepp KL, Malaysia Jadi Perhentian Akhir Untuk Jelajah Konsert Mr Big

Kumpulan rock popular Amerika, Mr. Big akan membuat persembahan dalam jelajah akhir mereka ke seluruh dunia yang dinamakan “The BIG Finish”.

Kumpulan yang ditubuhkan pada 1988 ini terkenal dengan lagu-lagu hits “To Be With You”, “Just Take My Heart” dan “Wild World”. Mereka telah memulakan lawatan ke seluruh dunia mereka mulai Jepun pada 20 Julai 2023 lalu.

Shiraz Projects berbesar hati untuk membawa Mr. Big ke Kuala Lumpur pada 14 Ogos 2023, sebagai persinggahan terakhir dalam rangkaian Asia “The BIG Finish” mereka.

“Dengan durasi lebih 35 tahun dalam industri muzik dan pelbagai hits, kami teruja untuk membawa Mr. Big yang merupakan kumpulan legenda ke Kuala Lumpur dalam jelajah istimewa ini”, kata pengarah Shiraz Projects, Shirazdeen Karim.

Kumpulan itu akan membuat persembahan di Zepp KL, sebuah lokasi yang benar-benar berada di tengah- tengah kotaraya.

Mr. Big terdiri daripada vokalis utama Eric Martin, pemain bass/vokalis Billy Sheehan dan pemain gitar/vokalis Paul Gilbert. Menyertai mereka jelajah ini adalah pemain dram, Nick D’VIrgilio. Beliau melangkah masuk untuk mengantikan pemain dram/vokalis Pat Torpey yang meninggal dunia pada 2018 selepas pertempuran heroik dengan penyakit Parkinson.

Termasuk dalam senarai lagu konsert The BIG Finish ini kelak adalah lagu-lagu dari album yang meraih penjualan platinum iaitu album yang dihasilkan pada tahun 1991, Lean Into It.

“Kami akan mempersembahkan album Lean Into It secara keseluruhan, termasuk hit No. 1 kami, To Be With You,” dedah mereka dalam catatan laman sosial Facebook.

Terkenal kerana menggabungkan pelbagai gaya seperti hard rock dan pop, Mr. Big sangat tidak sabar untuk bermain untuk peminat mereka buat kali terakhir.

Tiket telah dijual pada 11 Mei 2023 lalu di platform tiket www.myticket.asia.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 28 Nov 2025

“Another Daughter To Be Proud Of” – Ibu Amira Othman Luah Rasa Bangga, Kongsi Momen Manis Hari Konvokesyen Anak

Nora Arshad meluahkan rasa syukur serta berbangga di atas pencapaian anaknya

Featured Tue, 12 Nov 2024

Tiada Istilah Riak, Fazura Mengaku Kehidupan Kini Lebih Tenang &  Bahagia – “Syukur Kepada Allah”

Kata Faz, dia tidak bermaksud riak menunjukkan kebahagiaan sebaliknya ia adalah luahan daripada hatinya.

Featured Sat, 11 Oct 2025

Syamel Kembali Dengan ‘Beribu Tanda Tanya’, Lagu Sarat Emosi & Penuh Makna

Kata Syamel, lagu baharunya ini adalah tentang persoalan yang banyak memeblenggu fikiran dan hati seseorang.

Hiburan Mon, 25 Feb 2019

‘ Sudirman Beritahu Saya Agar…’- Fauziah Latiff Kongsi Pesanan Terakhir Allahyarham Sudirman

Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad…

Hiburan Tue, 12 Feb 2019

Bibir Seksi Izara Aishah ‘Palsu’ Rupanya?

Izara Aishah antara top 5 wanita cantik kat hati min. Hehe

Hiburan Sat, 8 Jun 2019

Hamil Kali Ketiga, Tahniah Azrinaz Mazhar Hakim!

Namun saya akui, untuk berbadan dua pada usia yang bukan lagi remaja, saya akui tidaklah semudah 11 tahun yang lalu.

Events Mon, 10 Sep 2018

#FindDali: Finally, We Found Dali!

Dali finally revealed him/herself…can you guess who it is? #FindDali

error: Content is protected !!