Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi August 10, 2023 @ 7:09pm

Shila Amzah Tampil Respons Isu Ibu Bapa Bercerai – “Serabut! Doakanlah Saja Mereka Bahagia”

Penyanyi, Shila Amzah, 32, tampil memberi respons berhubung isu cerai ibu bapanya, Datuk Nd Lala dan Datin Fauziah Sharman.

Memetik laporan mStar, Shila mengakui sedih atas perpisahan kedua orang tuanya namun memilih untuk tidak masuk campur atau memaksa mereka untuk kembali bersama.

Pelantun lagu Patah Seribu itu juga memberi pesanan kepada netizen untuk tidak bimbang terhadap keadaan ibunya dan hanya meminta doa sahaja daripada semua pihak.

“Tipulah kalau anak-anak tak sedih tapi pada masa sama, kami pun serabut tengok mereka bergaduh.

“Anda semua janganlah risau tentang mak saya, doakan yang baik-baik. Pada akhirnya orang nak bercerai ke, kahwin ke, itu semua jodoh.

“Kita sebagai anak takkan nak paksa mereka bersama.. Anak-anak semua sudah besar.

“Suka hati merekalah nak buat apa. Nak cari kebahagiaan masing-masing… Lantaklah mereka. Pergilah cari masing-masing punya kebahagiaan.

“Kalau setakat itu, setakat itu sahaja jodohnya. Mereka sudah cuba,” katanya.

Sebelum ini, ibu Shila iaitu Fauziah mengejutkan ramai apabila memaklumkan sudah bercerai bersama bekas suami, Nd Lala.

Fauziah berkongsi berita duka tersebut berdasarkan hantaran di Instagram miliknya pada Rabu bagi mengelakkan sebarang kekeliruan berhubung status sebenar mereka.

Menurutnya, bekas suaminya itu telah melafazkan cerai di Masjid Ar Rahman, Bangsar, Kuala Lumpur pada 2 Lgos lalu dan memaklumkannya menerusi platform WhatsApp pada Sabtu.

Terdahulu, nama Nd Lala heboh menjadi perbualan ramai di media sosial selepas tular dakwaan beliau telah berkahwin lain.

Namun sehingga kini, masih tiada sebarang respons daripada pihak Nd Lala berhubung dakwaan tersebut.

Sumber: mstar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Sun, 25 Aug 2019

叶世荣黄贯中《冲动效应》嗨爆云顶!延续华人摇滚精神

叶世荣、黄贯中《冲动效应》嗨爆云顶!2小时30分钟唱近30首歌曲,延续华人摇滚精神。

Trending Tue, 17 Nov 2020
Hiburan Tue, 29 Jan 2019

Ariana Grande, a Racist Plagiarist?

A lawsuit might be on Little Red’s next track.

Trending Thu, 26 Oct 2023

Nabila Huda Bongkar ‘Rahsia’ Ketiak Putih, Netizen Komen: “Tak Geli Ke? Kalau Aku Dah Menggelupur”

Agak-agak rasa apa ek? Lepas ni bela Oyen je lah, takyah buat treatment memutihkan dah🤣🤣🤣🤣🤣

Featured Fri, 30 Aug 2024
Trending Sat, 26 Jan 2019

《辛普森》恶搞复仇者联盟!萨诺斯弹指后剩下「她」

近日《辛普森家庭》也跟上《复仇者联盟》的趋势,让反派角色萨诺斯入镜,幽默的剧情让罗素兄弟也分享了呢!

error: Content is protected !!