Hiburan By: Padin August 10, 2023 @ 1:19pm

Battle of The Band Mencungkil Bakat Baharu Kugiran Tempatan

Kali terakhir, penganjuran festival yang mencungkil bakat baharu kugiran tempatan iaitu Battle Of The Band (BOTB) diadakan kira-kira 20 tahun lalu.

Terbaharu, festival muzik yang akan dimulakan dengan pertandingan kugiran dan diakhiri dengan konsert mega tampil dengan konsep serta format baharu iaitu BOTB 2023.

Battle of The Band mencungkil bakat baharu kugiran tempatan

Antara artis terlibat dalam Battle of The Band yang bakal mencungkil bakat baharu kugiran tempatan.

Mencungkil bakat baharu kugiran tempatan

Pengarah MASH Entertainment Sdn Bhd yang juga Pengerusi Pertubuhan Kebajikan dan Pembangunan Hidayah (HERO), Dr Murad Hilmi Mohamed berkata, festival itu bakal menjadi platform kepada bakat muda yang ingin mempamerkan bakat dan karya menerusi bidang muzik.

Dr Murad berkata, festival ini adalah pertandingan yang bakal disertai generasi muda dalam bidang muzik untuk pamerkan bakat terpendam kepada umum.

“Festival ini dibuka kepada mana-mana band atau kugiran dari seluruh Asia termasuk Malaysia, Brunei, Indonesia dan Singapura.

“Apa yang ingin diketengahkan adalah menggarap muzik berkualiti dan bakat-bakat yang bakal meneruskan legasi untuk mewarnai industri muzik.

“Kami masih mengekalkan nama BOTB kerana ia sudah sinonim dengan kugiran,” katanya.

Battle of The Band mencungkil bakat baharu kugiran tempatan

Sekitar sidang media Battle of The Band yang akan mencungkil bakat baharu kugiran tempatan.

Dr Murad berkata demikian ketika sidang media BOTB yang diadakan di Hotel Royale Chulan, The Curve, baru-baru ini.

Mahu mencari bakat berkualiti menerusi Battle of The Band

Mengenai penganjuran festival itu, kata Dr Murad, objektif utama untuk membuka peluang kepada studio rakaman agar kembali bernafas semula.

Katanya, fenomena bakal tercetus dengan penganjuran festival itu, sekali gus akan menaikkan martabat penggiat seni tanah air.

“Semoga festival ini dapat memberikan impak besar kepada industri muzik tempatan dengan kepelbagaian genre muzik berkualiti tinggi.

“Kami mahu mencari bakat berkualiti yang mampu kekal relevan dalam industri muzik, bukan tenggelam selepas muncul dengan satu single sahaja,” katanya.

Sementara itu, mengulas acara itu, kata Dr Murad, peserta perlu melalui sesi saringan peringkat pertama yang bakal berlangsung antara 7 hingga 10 September depan bertempat di Pasir Gudang, Johor.

“Lokasi Pasir Gudang dipilih kerana ia sinonim dengan BOTB sejak dianjurkan pada 1974.

“Seramai 15 peserta dipilih pada saringan pertama dan diuji sekali lagi pada sesi separuh akhir pada 23 September depan.

“Peserta akan diberi peluang menyampaikan lagu saduran dan cabaran. Contohnya, lagu Damasutra dalam genre rock balada, kita akan cabar peserta menyampaikan dalam rentak reggae dan melihat bagaimana membuat susunan semula muzik mengikut kreativiti,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Baggio Damasutra Akui Masih Trauma Insiden AJL 1991 – “Sampai Sekarang Tak Hilang…”

Kata Dr Murad lagi, seramai 10 peserta terbaik akan dipilih untuk melayakkan diri ke peringkat akhir yang bakal berlangsung di Jobox, Angsana, Johor Bahru.

“Pemenang pertama bakal membawa pulang wang tunai RM10,000 berserta trofi dan berpeluang merakamkan single baharu. Tempat kedua RM5,000 dan ketiga RM3,000.

“Kami juga bercadang menganjurkan pertandingan bagi musim kedua dan ketiga sekiranya festival ini mendapat sambutan peserta,” katanya.

Manakala, barisan artis legenda BOTB seperti Lord Lokman (The Boys), pemain dram Ekamatra, Acid; ketua kumpulan dan pemain gitar Bloodshed, Hamdan dan Bagio Damasutra bertindak sebagai mentor program ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 27 Mar 2019

‘Semoga Bahagia Ke Anak Cucu’- Qi Razali Gembira Dengar Nelydia Bakal Berkahwin

Masing-masing dah move on… jangan kata Qi sedih pulak tau!

Hiburan Mon, 14 Oct 2019

Trump Bagi ‘Lampu Hijau’ Mungkin Kembalikan Google Pada Peranti Huawei

Keputusan pentadbiran untuk membenarkan lesen dapat membantu kesepakatan perdagangan bagi kedua-dua negara itu.

#ThrowbackXTRA Wed, 24 May 2023
Hiburan Thu, 1 Aug 2019
Hiburan Fri, 5 Jan 2024
Featured Mon, 28 Aug 2023

Sophia AlBarakbah Didakwa Putus Dengan Kekasih?

Serius lah dah breakup?🤓🤓🤓

Hiburan Tue, 1 Mar 2022

Pernah Meledak Dengan Pulang, Insomniacks Tak Letak Strategi Untuk Single ‘Sempurna’… Kini Berada Di Kedudukan No 1 Carta RIM!

Kumpulan Imsomniacks yang dianggotai oleh Iqie, Iskandar, Daniel dan Gavin kini muncul dengan single terbaharu berjudul Sempurna. Sempurna yang mengisahkan mengenai perasaan seseorang saat kehilangan sesuatu yang dianggap sempurna ini ditulis oleh keempat-empat ahli kumpulan […]

Hiburan Mon, 18 Sep 2023