Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi August 16, 2023 @ 5:46pm

[VIDEO] “Tak Ada Masalah Dengan Sophia Albarakbah, Cuma Geli Aeril Zafrel Puji Perempuan Lain Manja” – Wawa Zainal

Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan gelagat pasangan selebriti, Wawa Zainal dan Aeril Zafrel di platform TikTok.

Menerusi video tersebut, kenyataan Wawa mengenai aktres Sophia Albarakbah menerima pelbagai reaksi netizen.

Ketika itu, netizen meminta Wawa untuk menunjuk rekaan tudung dari jenamanya Wawa Scarves iaitu Sofia.

Susulan itu, suaminya sempat mengusik dengan menyebut nama Sophia Albarakbah, namun reaksi Wawa terus berubah dan menjeling Aeril.

“Sofia yang mana? Sophia Albarakbah?,” soal Aeril menyakat isterinya.

Aktres drama rantaian Patahnya Sebelah Sayap itu mengakui tiada masalah dengan Sophia, namun terasa geli apabila suaminya memuji wanita lain manja.

“Aku tak ada masalah dengan orang tu.. cumanya statement kau tu menggelikan. Puji puji orang manja dia eii gelinya aku dengar. Lelaki ni tau puji puji perempuan lain, yihh!,” ujarnya.

Wawa Zainal

Aeril bagaimanapun mempertahankan diri dengan berkata dia hanya memuji ciptaan Tuhan.

“Kita kan menghargai keindahan Tuhan.. Jadi dapat pahalalah kita puji ciptaan Tuhan,” ujarnya.

Wawa mempersoalkan tindakan Aeril yang tiba-tiba memberikan kenyataan Sophia Albarakbah seorang wanita yang sangat manja.

“Masalahnya bila kau puji perempuan lain begitu, yang kita isteri ni merasa geli. Kau faham kah geli, geli geli!

“Kenapa ketika itu kau terkeluar statement begitu ‘Ya dia sangat manja’, aku dalam hati dia ni bikin geli betul puji perempuan lain,” tuturnya dalam nada geram.

@w4wazainal

Pecah perut🤣🤣🤣🤣

♬ original sound – Wawacosmetics – Wawacosmetics

Sebelum ini, Aeril memuji perwatakan aktres Sophia Albarakbah seorang yang sangat manja ketika disoal mengenai kerjasama mereka bersama dalam sebuah drama.

Artikel Berkaitan: “Kalau Orang Senang Terasa Akan Mudah Jatuh Hati,” – Aeril Zafrel Puji Sifat Sophia Albarakbah Manja & ‘Soft Spoken’

Terdahulu, nama Sophia heboh menjadi perbualan ramai di media sosial selepas timbul dakwaan mengganggu rumah tangga aktor Aliff Aziz dan aktres Bella Astilah ketika penggambaran drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah.

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut telahpun meraih sebanyak 200,000 tontonan, 5,000 tanda suka dan lebih 100 komen.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 17 Dec 2024
Hiburan Mon, 9 Jul 2018

Baru Sebulan Bercinta, Justin Bieber Bakal Berkahwin?

Selepas melalui episod percintaan bersama Selena Gomez, akhirnya Bieber memilih untuk berkahwin. Tapi…

Trending Fri, 15 Jan 2021

Penuntut IPT, Pelajar Masuk Asrama Tak Wajib ‘Swab Test’

Kepada penuntut IPT, ambil maklum ye..

Hiburan Sun, 30 Mar 2025

[VIDEO] Puteri Sarah Nafi Andi Asryil Sengaja Ambil Kesempatan Terhadapnya – “Dia Yang Ada Di Sebelah Masa Saya Tengah ‘Down'”

Puteri Sarah pernah berdepan dengan individu yang dipercayai telah mengambil kesempatan ke atasnya

Featured Wed, 26 Feb 2020

Ibu paksa ustazah merangkak di depan murid diserang Bawang Rangers

Pemilik akaun Ajakati Ajakatin tutup akaun

Events Sat, 1 Jun 2019

陈劼扬不畏艰辛自掏腰包发实体专辑!自弹自唱唱出心声

出身自八度空间《我要唱好歌》的陈劼扬圆梦!不畏艰辛自掏腰包发实体专辑《单》自弹自唱,唱出自己的心声。

Featured Mon, 26 Aug 2024
error: Content is protected !!