Euforia Bola 2026
Kes Mahkamah By: Atiqah Johari August 16, 2023 @ 6:14pm

Susulan Kes Seksual Terhadap 2 Remaja Lelaki, Safiey Ilias Dilepas Tanpa Dibebaskan Daripada 4 Pertuduhan

Mahkamah Sesyen hari ini memutuskan bahawa usahawan kosmetik, Safiey Ilias dilepas tanpa dibebaskan atas empat kes pertuduhan seksual terhadap dua remaja lelaki pada tahun 2021.

Memetik laporan Harian Metro, Hakim Norhazani Hamzah membuat keputusan sedemikian selepas Timbalan Pendakwa Raya Nurfadzlin Mahmad Zulhasnan memberitahu pihaknya memohon Safiey untuk dilepas tanpa dibebaskan daripada pertuduhan itu.

“Kes dibatalkan. Tertuduh dilepas tanpa dibebaskan daripada semua pertuduhan itu dan wang jaminan dikembalikan,” ujarnya.

Sebelum ini, Fadzlin berkata permohonan itu dibuat atas alasan Safiey akan didakwa semula di Mahkamah Pahang dan Johor memandangkan mangsa yang juga saksi kes berada di dua negeri tersebut.

“Sekiranya perbicaraan dijalankan di mahkamah ini, ia menyukarkan mangsa dalam kes itu untuk berulang-alik,” katanya.

Manakala, peguam yang mewakili Safiey, Harjeet Singh Sidhu memohon untuk anak guamnya dilepas dan dibebaskan daripada kesemua pertuduhan kerana kes sudah agak lama tergantung dan dipindahkan daripada Mahkamah Sesyen Putrajaya ke Ampang, tahun lepas.

“Hari ini sepatutnya ditetapkan untuk sesi penghujahan kedua-dua pihak berkaitan bantahan awal pihak pembelaan terhadap dua daripada empat pertuduhan yang disifatkan cacat dan mengandungi butiran tidak lengkap,” katanya.

Namun, pada 24 Julai lalu, Harjeet membuat bantahan awal secara lisan ke atas kedua-dua pertuduhan dengan alasan pertuduhan itu cacat kerana tidak menyertakan butiran khusus yang menjadi asa pertuduhan yang dihadapinya.

Beliau juga menyatakan dua daripada empat pertuduhan itu cacat kerana tidak menjelaskan butir-butir komunikasi seksual yang didakwa berlaku antara anak guamnya dan dua mangsa remaja.

Safiey atau nama sebenarnya Mohd Safiuddin Ilias didakwa melakukan amang seksual bukan fizikal iaitu menggoyang-goyangkan payudara di hadapan dua remaja lelaki yang berusia 14 tahun menerusi platform Instagram.

Perbuatan tersebut didakwa dilakukan oleh Safiey di sebuah rumah di Bandar Baru Bangi, jam 9 pagi pada 9 Jun 2021.

Safiey juga dihubungi oleh wartawan Harian Metro dan dia menzahirkan rasa syukur apabila mahkamah membebaskannya daripada pertuduhan itu.

“Alhamdulillah, saya dilepaskan daripada empat pertuduhan berkenaan selepas hampir tiga tahun turun naik mahkamah.

“Saya hairan apabila pihak pendakwaan gagal mengemukakan apa yang sepatutnya menjadi hak pasukan peguam saya untuk meneliti video berkenaan,

“Saya sudah bersedia dengan pelbagai kemungkinan, dan tetap akan melawan kes ini,” katanya.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 15 Jun 2020

Pencari Kerja Kini Boleh Mohon PenjanaKerjaya, Bayaran Insentif Bermula 1 Julai

Sedikit info dan berita baik buat mereka yang hilang kerja ketika PKP..

Trending Wed, 12 Sep 2018

Can You Guess the Malaysian? Most of You Will Fail

This touching video from Celcom teaches us to stop looking at people from only one perspective.

Featured Fri, 19 Aug 2022

Pelakon Lelaki Meningkat Naik Didakwa ‘Kaki Perempuan’ & Dadah, Terlibat Jenayah Rog*l Gadis Bawah Umur?

Mak aii semua jenayah berat dia tapau eh 👀 Siapa eh agak-agak pelakon lelaki tu? 🤔

Featured Wed, 11 Sep 2024
Hiburan Wed, 27 May 2026

Asmaraloka Fest 2026 Kembali Lebih Besar, Raikan Muzik Tempatan Di Ipoh

Antara nama yang bakal membuat persembahan termasuk 6ixth Sense, Iamneeta, Imran Ajmain, Aizat Amdan, Sakura Band, Empty Page, After Midnight dan Jemput Dengar bersama beberapa lagi kejutan yang akan diumumkan kemudian.

Hiburan Mon, 25 Sep 2023
error: Content is protected !!