Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi August 21, 2023 @ 2:07pm

[VIDEO] Gara-Gara Puji & Backup Ira Kazar Tak Ganggu Hidup Orang, Ramai Kritik Aliff Syukri

Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri mencuri perhatian ramai selepas bekerjsama dengan isteri kepada pengarah kontroversi, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar.

Menerusi sebuah video siaran langsung tular di platform TikTok, Aliff Syukri memuji perwatakan Ira seorang yang sangat humble dan simple.

Sementara itu, anaknya, Qadejah El Zahra turut memuji Ira seorang yang mudah bekerjsama dan merendah diri..

“Kak Ira was such a wonderful to talk and also work with. She’s honestly very understanding, not hard to deal with and she does not have ‘bossy’ attitude, she is very person to talk with,” ujarnya

Ira Kazar

Dalam masa yang sama, Aliff Syukri turut sempat menitipkan pesanan kepada Ira untuk tidak menghiraukan segala kritikan dan paling utama perlu kekal berdiam diri.

“Sebenarnya soal Ira tadi, bagi saya lah ya setiap orang ada masalah dan dugaan. Kita yang menghadap, tapi orang hanya mampu bercakap, menghina.

“Yang penting tak kacau orang, kita sentiasa diam. Muhasabah diri dan sentiasa tak balas dengan netizen. Terus bersama keluarga, buat kebaikan Ira. Mulut orang kita tak boleh tutup,” katanya.

Bagaimanapun, kenyataan Aliff Syukri yang berkata Ira tidak menganggu orang lain itu menerima pelbagai respons daripada netizen.

Ramai yang meluahkan rasa berang dan tidak bersetuju dengan pendapat peribadi Aliff Syukri itu.

Bukan itu sahaja, ada juga segelintir pihak yang mengusik isteri Aliff Syukri, iaitu Datin Nur Shahida untuk berhati-hati menjaga rumah tangganya.

“Try dia kacau Datuk. Mengamuk ke tak Datin tu. orang tak boleh brain dia ambil lelaki orang,” tulis netizen.

Ira Kazar

Ira Kazar

 

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut meraih sebanyak 700,000 tontonan, 12,000 tanda suka dan lebih 1,000 komen.

Terdahulu, Ira dan Syamsul mengejutkan ramai apabila telah sah berkahwin pada 6 Januari lalu.

Syamsul dan bekas isteri pertama, Puteri Sarah Liyana sah bercerai pada 13 Jun 2023 dengan talak satu.

Artikel Berkaitan: Gara-Gara Ambil Ira Kazar Untuk Promote Produk, Peminat ‘Unfollow’ Aliff Syukri Di TikTok

Artikel Berkaitan: Berbalah Komen Dengan Netizen, Ira Kazar Koyak? Pesan Jangan Ambil Content Peribadi Untuk Raih Likes & Views – “Tak Ada Modal Ke?”

Artikel Berkaitan: Ramai Luah Kecewa Kes Saman Ira Kazar Selesai, Ini Jawapan Padu Puteri Sarah!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 18 May 2023
Featured Fri, 17 Oct 2025

“Selamat Tinggal” – Hantaran Meerqeen Cetus Tanda Tanya, Peminat Luah Rasa Risau

Meerqeen menyorot perhatian ramai apabila berkongsi bahawa dia tidak akan aktif buat seketika dan…

Kisah Viral Wed, 13 Sep 2023

Isu Ganggu Rumah Tangga, Umisya Boleh Saman Marissa Dania Jika Masih Isteri Aslam

Walaupun dah bercerai, boleh ambil tindakan yang sepatutnya!

Featured Thu, 5 Jan 2023
Featured Fri, 17 Jan 2025
Acara Fri, 28 Oct 2022

Aeril Zafrel Dedah Pernah Setahun Menyamar Jadi ‘Sis’ Gara-Gara…

Pelakon Aeril Zafrel mendedahkan pernah menjadi ‘sis’ ketika mula berjinak dalam perniagaan empat tahun lalu. Tidak mengupah pekerja untuk mengendalikan pesanan serta produk perniagaan, Aeril mengendalikan perkara terbabit bersama isteri, pelakon Wawa Zainal. “Hampir setahun […]

error: Content is protected !!