Euforia Bola 2026
Trending By: Maya Basir August 23, 2023 @ 2:01pm

Dihina & Dicaci Bekas Suami, Menantu Zainal Abidin Dakwa Pernah Disuruh Tidur Beramai-Ramai!

Bekas menantu kepada jurulatih bola sepak kebangsaan, Datuk Zainal Abidin Hassan iaitu Suzur Sofia mendakwa telah dihina dan dilayan dengan buruk oleh bekas suaminya, Mohd Zaiza.

Menerusi perkongsian panjang di TikTok miliknya, Sofia turut digelar dengan panggilan-panggilan yang tidak baik malah kesusahan yang dialaminya turut ditertawakan oleh keluarga bekas suami.

Menurutnya, pendedahan tersebut adalah untuk mendapatkan keadilan selepas dirinya banyak berkorban demi menyara keluarga.

“Jangan kata ini semua fitnah kerana bukti semua ada. Bukan hanya setakat dalam mesej tetapi juga bentuk lain. Hina sungguh saya dibuatnya.

“Kalau dengan ini boleh mendapat respon awak, saya akan buat,” ujarnya.

Bukan itu sahaja, pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pernah dibawa ke rumahnya bagi menangkap aktiviti maksiat namun gagal.

Lebih parah, Sofia mendakwa bekas suaminya itu meminta anggota tersebut untuk menidurinya secara beramai-ramai di khalayak ramai.

“Cerita disini bukan nak aibkan, kerana setengah mati saya pernah dibuatnya. Dan dibawanya JAIS ke rumah saya namun sia-sia.

“Awak suruh anggota meniduri saya beramai-ramai di tempat awam di lobby rumah saya di hadapan orang ramai. Kejam sungguh,” jelasnya.

Selain tidak diberi nafkah, dakwanya, Zaiza bertindak melelongkan rumah serta membawa lari anak mereka semasa dia sedang bekerja sehingga dia terpaksa menumpang di rumah kawannya.

“Awak lelong rumah dan buat saya hilang tempat berteduh dan bawa lari anak-anak ketika saya tengah bekerja kerana awak tak bayar rumah dan menipu mengatakan ayah awak bayar.

“Seminggu saya duduk di hotel dan menumpang rumah kawan sementara cari rumah baru dan memohon cuti sehingga kurang pendapatan saya.

“Saya sampai di rumah, saya nampak ada tuan rumah baru. Awak lelong sekali dengan segala barang di rumah. Saya hanya dibenarkan bawa baju-baju saya sahaja dan atas budi bicara tuan rumah baru.

“Kejam awak. Dan kalian (keluarga bekas suami) gelakkan saya? Dan menuduh saya tinggalkan rumah dan anak-anak?,” dedahnya.

Meskipun teraniaya dan dicaci, kehidupannya semakin membaik dan dia percaya dengan kekuasaan Allah SWT.

Terdahulu, Sofia dan Zaiza sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada 14 Jun lalu selepas lebih enam bulan digantung tak bertali.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 20 Jul 2018

Selit Dadah Dalam Coli, Dua Rakyat Malaysia Kena Cekup Di Jepun

Dua wanita berkenaan mengaku menyeludup dadah ‘Stimulant’ dengan menyembunyikan dalam tuala wanita dan coli yang dipakai mereka dipercayai berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Lapangan Terbang Haneda.

Trending Tue, 30 Aug 2022

Adegan Cium Dengan Lizzy, Jay Iswazir Enggan Komen

Alamak!! Tuan badan taknak komen ye. Apa-apaPun tak sabar nak tengok Abang Long Fadil 3.

Hiburan Mon, 3 Jul 2023
Hiburan Tue, 6 Jun 2023
Hiburan Sun, 12 Jan 2025

“Hutang Bawa Kebinasaan, Pandanglah Isu Daripada Sudut Hikmah” – Ustaz Yaakub Yusra

Ustaz Yaakub Yusra mahu orang ramai memandang isu daripada sudut hikmah.

error: Content is protected !!