Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin August 25, 2023 @ 10:00am

Nubhan Dedikasi Lagu Khas Buat Mak Jenny, Kekasihku Untukku

Keletah bersahaja ibu kepada penyanyi Nubhan Ahmad iaitu Badariah Omar, 78, atau lebih dikenali sebagai Mak Jenny menarik perhatian ramai. Apatah lagi, rakaman video yang dimuat naik Nubhan memaparkan aksi lucu dan spontan ibunya itu mencuit hati peminat.

Malah, karakter Mak Jenny yang dicipta oleh Nubhan itu berjaya mengumpul peminat tersendiri sekali gus mempopularkan dirinya.

Selain pelbagai kejutan dan hadiah istimewa yang diberikan kepada ibunya, terbaharu Nubhan, 37, atau nama sebenarnya Ahmad Nubhan Ahamad merakamkan sebuah lagu yang dicipta dan didedikasikan khas buat Mak Jenny berjudul Kekasihku Untukku.

Lagu bergenre pop balada hasil ciptaan Ikhwan Fatanna dan Wan Saleh serta lirik oleh Ikhwan Fatanna itu diterbitkan oleh syarikat rakaman Seventeen Eleven Music dan dlancarkan secara rasmi pada 18 Ogos 2023.

Nubhan berkata, selepas kali terakhir muncul dengan single duet bersama Siti Nordiana berjudul Sekali Lagi pada 2021, lagu Kekasihku Untukku ini disifatkan sebagai buah tangan yang cukup istimewa.

“Lagu ini saya rakamkan selepas Hari Raya Aidilfitri lalu. Diakui memang sudah lama tidak ada single solo dan kali terakhir pun pada dua tahun lepas, duet bersama Nana. Apabila ramai yang minta saya muncul dengan lagu baharu, jadi saya mahukan sesuatu yang baharu.

“Disebabkan itu, saya fikir apa salahnya buat lagu untuk Mak Jenny. Lagi pun ramai yang dah kenal mak saya. Banyak video dia juga yang mencuit hati penonton. Niat saya menghasilkan lagu ini adalah nak jadikan ia sebagai lagu kasih sayang sejati terhadap ibu,” katanya.

Menurut Nubhan, lagu Kekasihku Untukku itu juga menjadi bukti yang mana tidak salah jika kita berbakti dan berbuat baik pada orang tua.

“Saya mahu lagu ini menjadi bukti dan nak tunjuk kepada anak-anak saya nanti. Ia juga bukti kalau kita buat baik terhadap orang tua, balasan baik pasti dapat. Lagu yang saya nyanyikan ini memang khas untuk Mak Jenny.

“Justeru, saya nak orang ramai sama-sama menghayati lagu ini yang menceritakan kasih sayang kepada ibu. Memandangkan saya sudah tidak ada ayah, jadi saya curahkan segalanya kepada mak,” katanya.

Berkongsi lanjut, Nubhan berkata, idea penghasilan lagu Kekasihku Untukku itu didorong oleh orang ramai yang banyak memberikan maklum balas positif terhadap kandungan video yang dimuat naik membabitkan Mak Jenny.

“Lagu ini terhasil pun sebab banyak respons daripada kandungan video membabitkan mak saya. Saya mendapat banyak respons positif yang mana ada antaranya meluahkan rasa rindu terhadap ibu mereka, tak sempat nak membahagiakan mak mereka dan pelbagai kisah lagi mengenai mak. Paling penting, tujuan lagu ini supaya kita semua jadikan orang tua sebagai keutamaan dalam hidup kita.

“Dalam masa, lagu ini juga untuk peminat yang sudah lama tidak mendengar nyanyian daripada saya. Ini untuk mereka, supaya sama-sama dapat manfaat. Menyanyi ini hobi dan minat saya. Saya dah lebih 10 tahun dalam bidang ini. Sekejap nyanyi, hilang dan sibuk dengan perniagaan,” katanya.

Menurut Nubhan, bukan sesuatu yang janggal buat dirinya apabila akhirnya muncul dengan lagu solo.

“Apabila sibuk dengan perkata lain, bukanlah janggal nak ada lagu. Sebab saya pun bermula sebagai penyanyi. Sejujurnya, saya gembira kerana sekurang-kurangnya tak adalah terus hilang. Gembira bila orang masih ingat dan nak dengar saya nyanyi.

“Macam baru-baru ini saya ada membuat persembahan dengan Mawi, ramai nak sangat saya membuat kemunculan semula. Saya pula jenis yang jarang nak ‘cover’ lagu. Tapi sebab bila dah minat, ia akan dibuat dari hati. Bukan sebab nak glamor.

“Insya-Allah, kalau selepas ini ada lagu baharu, kelainan nak nyanyi, apa salahnya. Bagi saya masa itu bukan masalah, saya okay. Sebab orang kenal saya asalnya sebagai penyanyi. Saya buat atas minat dan hati,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 24 Dec 2019

Empat Hari Tayang, Lebih Sejuta Tonton MV ‘Sakit’

Saya tak harap sampai ke peringkat Anugerah Juara Lagu, sebab sedar kemampuan.

Featured Thu, 6 Oct 2022
Hiburan Mon, 4 Dec 2023
Hiburan Wed, 14 Feb 2018

JAMAH BUKU LIMA, ALTIMET BENGANG DENGAN PRINCHIQY DINZLY?

Kali ini, timbul pula isu terbaru apabila Altimet dikatakan bengang kerana cubaan Iqram Dinzly atau Princhiqy Dinzly ingin menceroboh persembahan beliau ketika menyanyikan lagu Amboi.

Hiburan Tue, 2 Dec 2025

Jadi Anak Didik Shiha Zikir, Raes Arifin Lancar Single Debut Jalan Cinta

Penyanyi baharu yang dicungkil bakatnya menerusi sebuah program realiti, Raes Arifin kini tampil dengan single pertama berjudul Jalan Cinta.

Featured Fri, 17 Mar 2023

[VIDEO] “Ni Bukan Ketua Kapla, Ni Ketua Keluarga” – Peminat Cair Dengar Amir Ahnaf Mengaji

Jangan pandang luaran je tau! Yang melting tu, bawak-bawa bersabar eh.😊

Featured Wed, 24 Sep 2025

Sheila Majid Catat Sejarah, Tampil Dengan Album Vinyl Eksklusif Sempena 40 Tahun Dalam Industri

Album vinyl ini adalah hadiah buat peminatyang menyokong karier nyanyiannya beliau.

Hiburan Mon, 24 Dec 2018

Tahniah! Raja Ilya Kahwin Hari Ini

Selamat Pengantin Baru Ilya & TWG. Semoga terus bahagia hingga ke Jannah. Insha Allah…

error: Content is protected !!