Euforia Bola 2026
Kisah Viral By: Maya Basir August 27, 2023 @ 4:03pm

Minta Tak Sibuk Urusannya, Wanita Bertatu Dibantu Ebit Lew Kembali Buka Tudung?

Sebelum ini tular di media sosial pendakwah bebas, Ebit Lew membantu seorang wanita warga Indonesia yang merupakan janda muda bertatu dikenali sebagai Mondy Tatto ‘berhijrah’ ke arah lebih baik.

Sejak bertemu Ebit, Mondy yang juga seorang pempengaruh sudah bertudung dan mempromosikan pelbagai perniagaan bersama di TikTok.

Namun menerusi perkongsian terbaharu Mondy di TikTok, wanita itu kembali tampil tanpa hijab sama seperti sebelum bertemu Ebit.

Hal tersebut mendapat pelbagai reaksi netizen tentang tindakan membuka tudung dan dia kemudiannya meminta netizen untuk tidak mencampuri urusannya.

@mondy_tatto #beranda #fyppppppppppppppppppppppp #fyp #podcast #mondytatto #sadvibes ♬ suara asli – Venybaper

“Ko di buka hijabnya, bla bla bla. Jawapan aku; saya tidak peduli dengan urusan anda, kok anda sibuk dengan urusan saya,” balasnya dengan menggunakan audio di TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen dapat menduga bahawa dia bakal kembali ke ‘fitrah’ asal.

Malah, netizen dari negara wanita itu juga sama-sama mengecamnya kerana melihat penampilan Mondy yang tidak konsisten.

“Sudah ku duga.

“Semuanya sudah dijangka akan jadi begini.

“Kembali ke pengaturan awal,” komen netizen.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 16 Jan 2026

“Kami Tak Dapat Nak Ubah Size & Wajah Kami” – ‘Stuck’ Dicop Pelakon Kanak-Kanak, Sweet Qismina Simpati Nasib Mia Sara

Kata Sweet, industri hiburan seharusnya lebih terbuka untuk memberi peluang dan menerima pelakon-pelakon yang dicop cilik ini untuk melakonkan pelbagai watak.

Hiburan Wed, 11 Mar 2026

Sibuk Nak Pegang Tangan? Peminat Dakwa Hannah Delisha Diganggu Lelaki Ketika Acara Moreh

Hannah Delisha berdepan situasi kurang selesa apabila didakwa diganggu seorang lelaki

Featured Sat, 4 Mar 2023

“Saya Dalam Fasa Bahagia” – Intan Najuwa Enggan Ulas Isu Tunang

take ur time Intan! Mogayang baik-baik saja.

Hiburan Mon, 31 Jul 2023

Kongsi Mesej Dengan Arwah Ibu Ubai, Shila Amzah Janji Akan Ingat Segala Pesanan – “Terima Kasih Atas Pinjaman Waktu…”

“Lagi seminggu je Mak, minggu depan majlis Sha dan Ubai…” 🥹😭 Pergi yang tak akan kembali, yang tinggal hanya kenangan 🥹 Al-fatihah

error: Content is protected !!