Euforia Bola 2026
Hiburan By: Maya Basir August 29, 2023 @ 3:23pm

Isu Pakaian Nampak Bahagian Tubuh, Tya Arifin Akui Terlepas Pandang – “Saya Tak Mampu Nak Kawal…”

Pelakon dan usahawan, Tya Arifin mengambil segala teguran netizen secara positif berhubung isu pemakaiannya di dalam sebuah video dikatakan kurang sesuai dan sedikit menonjol.

Menurutnya, dia tak boleh nak tutup mulut netizen daripada berhenti bercakap tentang dirinya malah, dia juga sudah bersedia menerima segala kritikan.

“Saya tidak boleh kawal sesuatu yang orang akan terus menilai. Macam saya sendiri sudah pasti mengambil maklum mengenai perkara tersebut dan melihat dari sudut yang positif sahaja.

“Saya juga percaya jika terdedah dengan sosial media, saya sentiasa bersedia dengan perkara yang kita sendiri tidak boleh jangka.

“Bukan disebabkan komen-komen tersebut buat saya rasa rendah diri, marah atau sudah tidak mahu buat lagi konten,” katanya yang ditemui di TikTok Awards Malaysia 2023 yang diadakan di Pusat Perdagangan dan Konvensyen Antarabangsa Malaysia (MITEC) pada Ahad.

Sementara itu, menantu kepada penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza memberitahu dia akan lebih berhati-hati dalam berkongsi sebarang konten di media sosial.

“Saya akan lebih berhati-hati selepas ini, tapi netizen sangat ramai dan saya tidak mampu nak kawal satu persatu.

“Dari pihak saya dan pasukan sendiri mungkin ada perkara yang kami terlepas pandang semasa proses menyunting video. Lepas ini juga saya akan lebih pantau mereka.

“Begitu juga dengan pemakaian yang saya. Video itu agak panjang, mungkin ada perkara-pekara yang tidak dilihat terlalu terperinci, jadinya ada bahagian yang tidak sepatutnya dimuat naik,” ujarnya.

Terdahulu, Tya memuat naik video yang memperlihatkan dirinya sedang memasak dan berkongsi resepi dengan pengikutnya.

Namun, timbul pelbagai reaksi netizen mengenai pakaian yang digayakan Tya dikatakan kurang sesuai sehingga menampakkan bahagian tubuhnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 28 Jul 2022

Ludah Bekas PA, Mak Wan Latah Dihadapkan ke Mahkamah

Mak Wan didakwa sengaja meludah untuk membangkitkan kemarahan bekas pembantu peribadi

Trending Mon, 2 Aug 2021

Semua Penduduk Lembah Klang Kini Boleh ‘Walk-In’ Terima Vaksin Di PPV Terpilih

Siapa yang belum dapat vaksin tu, boleh walk-in je okay!

Featured Mon, 16 Mar 2020
Hiburan Wed, 19 Jun 2024
Hiburan Tue, 5 Mar 2019

Agaknya Kenapa Marsha Sebak Ketika Pelancaran Lagu Bimbang?

Bila dengar lagu Bimbangterus Min boleh imagine mesti drama Nur 2 ni lagi kontroversi

Featured Wed, 22 Jan 2025

Farid Kamil Enggan Cerai Diana Danielle, Lantik Peguam Sebagai JKP Sebutan Kes Cerai

Farid telah melantik peguamnya iaitu Fakhrul Azman Abu Hassan sebagai wakil JKP.

Hiburan Thu, 5 Jun 2025
error: Content is protected !!