Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin August 29, 2023 @ 3:40pm

“Baca Al-Fatihah Pun Tak Betul, Bila Bab Kawin Dua Semua Nak Ikut Sunnah” – Isteri Caprice Titip Pesanan Padu, Minta Wanita Jangan Mudah Kena ‘Pijak’!

Isteri kepada penyanyi rap dan aktivis kemanusiaan, Caprice iaitu Farra Inalis tampil memberikan pesanan padu buat semua golongan wanita agar tidak mudah dipijak oleh golongan lelaki terutamanya dalam bab berpoligami.

Tak salah nak kahwin lebih dari satu tapi…

Menerusi perkongsian Farra Inalis yang tampil dalam siri podcast milik suaminya, dia memaklumkan, golongan wanita sebenarnya mempunyai hak dan pilihan sama ada untuk kekal dalam rumah tangga ataupun sebaliknya.

“Bagi Elis kalau orang yang berkemampuan dan mempunyai ilmu agama saya rasa tak ada masalah, nak poyo sikit ke atau apa.

“Tapi wajarkah kalau lelaki yang baca Al-Fatihah pun tak betul, Alif Ba Ta pun tertukar lagi tetapi everytime masuk je tajuk kahwin dua mesti nak guna sunnah Nabi. 

“Sunnah Nabi yang kunyah 44 kali pun dia tak guna, solat sebelum masuk waktu pun dia tak guna, tapi… bab-bab kahwin je guna sunnah nabi. Wajarkah alasan itu?

“Sebab kita tak boleh nak menidakkan Islam. Islam kata kahwin empat itu boleh and kita tak boleh debate pasal tu dah tapi, prinsip orang tu macam mana pula? Kalau dia nak gunakan sebagai sunnah kahwin 2-3 atau 4 sedangkan dia tak tahu apa benda. Wajarkah?,” katanya.

Allah itu adil

Sementara  itu,  Farra Inalis juga menambah bahawa dalam kehidupan, manusia sentiasa akan ada pilihan dan setiap yang berlaku dari pilihan yang dibuat itu merupakan takdir yang harus dijalani.

“Kita pun ada pilihan untuk pilih laki kita. Nak stay atau nak chiao okay? So, itu adalah pilihan.

“Dalam hidup ni, kita sentiasa ada pilihan dan Allah itu maha adil. Dia beri kita akal untuk kita berfikir. Kita nak stay ke? Kita nak chiao ke? Itu adalah takdir hidup kita yang kita pilih.

“Jadi lelaki memilih untuk berkahwin ramai ada perempuan yang nak stay dan ada juga perempuan yang pilih untuk chiao. So, tak salah lah dua-dua. Adil. Cuma yang pasti baik lelaki mahupun si isteri tetap ada pilihan,” jelasnya.

Perkongsian tersebut juga turut  dikongsikan menerusi akaun TikTok miliknya.

Malah, menjengah ke ruangan balas berkenaan, rata-rata warganet menyokong pendapat dan memuji tindakan isteri Caprice yang lantang bersuara mengenai isu poligami membabitkan Abang Tesla.

Setakat artikel ini ditulis, video berkenaan telahpun meraih lebih 1 juta tontonan dan menerima lebih 3,000 komen sejak ia dimuat naik pada Isnin.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 12 Nov 2018

Scooter Braun Backs Kris Wu Up Against Fake Chart Numbers Controversy

Angry fans of other stars even wanted this ‘case’ to be properly investigated!

Hiburan Tue, 17 Dec 2019

Fattah Dan Fazura Sudah Bersedia Untuk Hidup ‘Bertiga’

Semoga cepat-cepat dimakbulkan Allah…

Trending Thu, 13 Aug 2020
Hiburan Tue, 5 May 2026

“Tak Perlu Kejar Takhta” – Awie Tegas Gelaran ‘Raja Rock’ Selayaknya Milik Amy Search

Bagi Awie, sumbangan besar Amy sebagai pelopor irama rock di negara ini sudah cukup untuk mengangkat legenda itu sebagai figura nombor satu

Hiburan Sat, 22 Dec 2018

Mahu Pegang Watak Heroin Lagi, Amyra Rosli Pasang Strategi

Menafikan enggan membawa watak ibu, Amyra memberitahu dia tiada masalah berbuat demikian.

Trending Tue, 4 Sep 2018

Doktor Melecur Selepas Bilik Dibakar Pesakit Mental

Doktor lelaki berusia 50-an melecur 30 peratus di badan manakala jururawat berusia 30-an melecur lima peratus di bahagian muka dan badan.

Featured Wed, 21 Dec 2022

“Dua-Dua Toksik, Hipokrit.. Soroklah Selagi Boleh, Penipu!” – Puteri Sarah Berang, Tekad Mahu Bongkar Semua Tahun Depan

Saya hanya tahu sehari sebelum melahirkan Sumayyah. Kejamkan manusia? – Puteri Sarah Liyana

Featured Tue, 23 May 2023
error: Content is protected !!