Hiburan By: Maya Basir August 29, 2023 @ 8:08pm

Puteri Sarah Tetap Teruskan Saman Bekas Kakak Ipar Ira Kazar – “Kalau Tak, Tak Akan Berhenti Menyalak”

Pelakon Puteri Sarah menjawab persoalan orang ramai tentang kes saman terhadap bekas ahli keluarga Ira Kazar yang didakwa masih menganggu kehidupannya.

Menerusi perkongsiannya di Instagram Story, dia tetap akan mengambil tindakan undang-undang tersebut untuk memberi pengajaran supaya berhenti bercakap tentang dirinya.

“Saman tetap diteruskan, kalau tidak anjing (emoji) tidak akan berhenti menyalak.

“Orang macam ni wajib diberi pengajaran supaya tau bila nak diam, bila nak bercakap,” ujarnya yang sedang bercuti di Jakarta, Indonesia.

Menurut Sarah lagi, dia akan berkongsi lebih lanjut selepas pulang daripada bercuti nanti.

“Okay guys, Sarah nak holiday dulu. Balik kita continue okay,” katanya.

Baru-baru ini, pengarah Datuk Yusof Haslam yang merupakan bekas bapa mentua Sarah memberi pandangan agar kes itu dapat diselesaikan dengan cara baik tanpa melibatkan tindakan undang-undang.

ARTIKEL BERKAITAN: Yusof Haslam Mohon Doakan Yang Terbaik Buat Puteri Sarah & Syamsul, Minta Jangan Layan Gangguan Keluarga Kazar

Terdahulu, Sarah mendedahkan bekas kakak ipar kepada Ira Kaza yang dikenali sebagai Wiwie Arvienda Mazweena masih menjaja cerita tentangnya di media sosial.

Kemudian, wanita itu menafikan perbuatan tersebut dan ingin berjumpa namun permintaan itu ditolak sekeras-kerasnya oleh Sarah.

ARTIKEL BERKAITAN: “Dah Tarik Saman Masih Nak Menyalak!” – Puteri Sarah Dedah Bekas Kakak Ipar Ira Kazar Masih Jaja Cerita

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 16 Jul 2018

80岁阿嬷开20年「神车」远征1.2万公里

虽说「老三宝」上路总让人心惊胆跳,但对于这位南非的80岁阿嬷Julia Albu可就不是这么一回事了……

Trending Thu, 20 Sep 2018
Featured Fri, 3 Feb 2023
Hiburan Sat, 29 Jul 2023

“It’s A Boy!” – Remy Ishak Teruja Kongsi Momen Bersama Anak

Alhamdulillah, mesti comel baby boy Remy & Ezza ❤️

#LaguXTRA Thu, 13 Jul 2023
Hiburan Tue, 21 Nov 2023
Trending Thu, 4 Mar 2021

Majlis Akad Nikah Bersemuka Dibenarkan Bermula 8 Mac Ini

Wah, dah boleh akad secara bersemuka lah…

Featured Thu, 25 May 2023