Selebriti By: Atiqah Johari August 25, 2023 @ 12:14pm

“Dah Tarik Saman Masih Nak Menyalak!” – Puteri Sarah Dedah Bekas Kakak Ipar Ira Kazar Masih Jaja Cerita

Pelakon jelita Puteri Sarah Liyana mendedahkan bahawa bekas kakak ipar kepada Ira Kazar yang dikenali sebagai Wiwie Arvienda Mazweena masih menjaja cerita tentangnya di media sosial.

Menerusi hantaran Sarah di Instagram Storiesnya (IGS), Sarah menyertakan tangkap layar hantaran wanita itu menceritakan tentang perintah injuksi yang dikenakan terhadapnya sebelum ini.

“Masa terusss aku rasa LAGI FISHYYY sebab sana bagi surat injuksi kat aku. Injuksi ty maksudnya tak boleh bersuara. Tak boleh post apa-apa pasal dia. Sedangkan story aku tu more pada cakap pasal ayah, dan ajak netizen buat baik.

“Start dah meluatttttttttttttttttttt masa ni. U ni sejenis tak boleh orang lain baik ke? Kena u je baik dan orang lain jahat tak betul,” tulis Wiwie.

Tidak berdiam diri, Sarah tampil membidas wanita itu dan akan membawa isu ini semula ke mahkamah.

“Pagi-pagi bangun ramai netizen yang share to me. Sejenis manusia bila dah elok-elok semua dah settle, dah tarik saman masih nak menyalak.

“I’ve settled with Shamsul dah elok dah and we’re happy with our own lives. And u came out of nowhere talking shit about us? Meroyan kat close friends kau?

“Dah tarik saman dah cukup baik, kau patut bersyukur but NO! Masih nak menjaja cerita taktau nak publisiti ke apa. This time around, no more mercy. See u in court terus @wiwiearviendamazweena

“And also I’m gonna report u to ur bosses in @aiamalaysia. U should be ashamed of urself. Attention seeker!,” tulis Sarah.

Artikel Berkaitan: “Tak Tahu Dari Mana Tapi…” – Dedah Masih ‘Diganggu’ Selepas Bercerai, Puteri Sarah Enggan Ambil Peduli

Artikel Berkaitan: [VIDEO] “Perkara Ini Tak Sepatutnya Berlaku” – Ahli Keluarga Ira Kaza Akan Dikena Tindakan Mahkamah Gara-Gara Langgar Perintah Injuksi Puteri Sarah

Artikel Berkaitan: Susulan Langgar Perintah Injuksi, Puteri Sarah Dibenarkan Mula Prosiding Hina Mahkamah Terhadap Ira Kazar & Keluarga

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 15 Oct 2020

Rakyat Malaysia Dijangka Boleh Tunai Umrah Mulai Januari 2021-PAPUH

Semoga kita dimurahkan rezeki untuk menjadi tetamu Allah..

Hiburan Mon, 22 Apr 2019

Asyik Dapat Watak Jahat, Apa Komen Pablo Amirul?

Dalam filem ini, dia membawa watak sebagai pemuda berketurunan Iban bernama Gadang dan filem ini turut menampilkan bintang khas iaitu Pekin Ibrahim dan Altimet. 

Hiburan Sun, 6 May 2018

Tasha Tetap Jadi Diri Sendiri!

Saya tahu diri saya macam mana dan ini antara saya dengan Tuhan. Saya tetap sama…

Trending Sat, 17 Jul 2021

Beri Bantuan Barangan Asas, Neelofa Hulur Sumbangan Sempena Hari Raya Aidiladha

Selebriti dan usahawan popular, Neelofa mengambil inisiatif membantu golongan memerlukan menerusi penyerahan sumbangan barangan asas sempena ketibaan Hari Raya Aidiladha tidak lama lagi. Neelofa menghulurkan bantuan menerusi jenama fesyen miliknya, Naelofar dengan kerjasama Pertubuhan Kasih […]