Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi January 15, 2024 @ 3:57pm

Mahalini Berhasrat Cipta Lagu Untuk Siti Nurhaliza, Tuan Badan Berbesar Hati – “Jangan Lupa Ya, Semoga Sukses Selalu”

Penyanyi terkenal Indonesia, Mahalini Raharja meluahkan hasratnya untuk mencipta sebuah lagu kepada biduanita negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Pemilik lagu popular berjudul Melawan Restu itu berkata, dia amat meminati Siti Nurhaliza yang juga merupakan idola serta merupakan satu fenomena di negara seberang.

“Jika bercerita mengenai penyanyi yang saya minati semestinya Datuk Siti.

“Nama beliau bukan saja besar di Malaysia, malah Siti Nurhaliza merupakan penyanyi yang dikenali di Indonesia dan menjadi fenomena di sana,” katanya.

Dalam pada itu, tunang kepada penyanyi Rizky Fabian ini mengakui amat bersedia untuk melebarkan pengalaman serta menerokai bidanng penghasilan muzik.

Dia amat berbesar hati sekiranya impian untuk menghasilkan lagu kepada Siti Nurhaliza tercapai suatu hari nanti.

Jelas Mahalini, pemilik lagu popular Bukan Cinta Biasa itu memberi makna besar dalam kariernya sebagai penyanyi.

“Beliau memberikan erti peribadi buat saya kerana ketika awal-awal kemunculan dahulu, saya pernah bawakan lagu Datuk Siti di televisyen dan memang banyak kali mendengar namanya di mana-mana,” tambahnya lagi.

“Saya mengalu-alu dan terbuka tetapi persoalannya Datuk Siti mahukah? Kalau tanya saya, mestilah saya mahu. Adakah beliau sudi untuk menerima lagu saya?,” soalnya.

Mahalini berkata demikian ketika ditemui di majlis sidang media Konsert Mahalini Lovechestra bertempat di The Roomah, Publika, pada Sabtu lalu.

Sementara itu, berdasarkan pemerhatian XTRA, Siti Nurhaliza tampil memberi respons positif berhubung pelawaan tersebut.

Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs), Siti Nurhaliza berkata kepada Mahalini untuk mencipta lagu kepadanya.

“@mahaliniraharja jangan lupa ya cipta lagu buat saya juga. Sukses selalu ya,” tulisnya.

Mahalini

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Kisah Viral Fri, 9 Jun 2023
Hiburan Mon, 9 Jul 2018

Duduk Terkangkang Dalam Masjid, Janna Nick Mohon Maaf

Ada pula  netizen yang telah merakam gelagat pelakon cantik ini duduk seakan-akan terkangkang sambil bermain fon. Aksi kurang sopan Janna itu lantas mengundang pelbagai kritikan dan kecaman dari netizen. Laju je netizen kan?

Featured Fri, 5 Jun 2020

Ini Tips Untuk Korang Yang Nak Beli Rumah!

Jangan main belasah je pilih rumah untuk dibeli ok?

Featured Wed, 28 Sep 2022

[VIDEO] Berada Dalam Studio Bersama, Agnez Mo & Justin Timberlake Bakal Berduet? 

Wowwww! Agnez Mo nak keluar lagu duet baru dengan Justin Timberlake ke? Fuhhh mantappp 🤩🤩🤩

Featured Wed, 13 Aug 2025

“Pembuli Tak Pernah Hebat, Mereka Adalah ‘Loser’ Sebab…” – Zizi Kirana

Zizi Kirana tampil mengulas mengenai isu buli yang sedang hangat diperkatakan kini.

Hiburan Fri, 24 May 2019
Featured Sat, 24 Dec 2022
error: Content is protected !!