Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin March 14, 2026 @ 10:35am

Rai Usia 34 Tahun, Wawa Zainal Tak Ada Impian Besar – “Saya Cuma Mahu Hidup Lebih Tenang & Banyakkan Bantuan, Terutamanya Zakat”

Meraikan ulang tahun kelahiran yang ke-34, pelakon dan usahawan jelita Wawa Zainal menganggap pertambahan usia sebagai satu fasa kehidupan yang lebih tenang.

Menurut Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin, fokusnya kini bukan lagi mengejar impian besar, sebaliknya memperbanyakkan bantuan kepada golongan yang memerlukan.

Isteri kepada aktor dan usawahan Aeril Zafrel ini lebih selesa untuk mensyukuri segala nikmat yang dimiliki selain berharap dapat terus menambah sumbangan, khususnya menerusi zakat perniagaan.

“Syukur ke hadrat Allah, usia saya 34 tahun. Saya juga sangat berterima kasih kerana dikurniakan seorang suami yang sangat baik.

“Seperti kebiasaan setiap kali hari lahir, saya akan meraikannya bersama anak-anak yatim dan asnaf. Walaupun pada awalnya ada pertubuhan yang membatalkan jemputan pada saat akhir, syukur Alhamdulillah semuanya tetap berjalan dengan baik,” katanya.

Tambah Wawa, dia sentiasa berdoa agar segala rezeki yang dipinjamkan Allah kepadanya terus berkekalan sepanjang hayat dan mengakui kehidupannya kini lebih tertumpu kepada rasa syukur berbanding mengejar keinginan lain.

“Saya sentiasa berdoa semoga apa yang Allah kurniakan kepada saya kekal sampai bila-bila. Sejujurnya, saya rasa banyak perkara yang saya impikan sebelum ini sudah pun dimakbulkan.

“Setiap hari saya hanya minta agar Allah terus melimpahkan rezeki. Bukan untuk bermegah, tetapi saya benar-benar bersyukur dengan apa yang saya ada sekarang.

“Buat masa ini saya rasa sudah tidak mengejar apa-apa lagi. Cuma saya berharap dapat terus menambah bayaran zakat perniagaan dan melihat peningkatan itu dari tahun ke tahun,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Wawa Zainal & Aeril Zafrel Komited Bayar Zakat Perniagaan RM1 Juta Selama 3 Tahun – “Tuhan Akan Murahkan Rezeki Jika Sentiasa Memberi”

Dalam masa sama, Wawa menyifatkan hadiah paling bermakna buat dirinya kini adalah peluang untuk menjadi insan yang lebih baik, sama ada sebagai isteri mahupun hamba Allah.

“Saya mahu jadi isteri yang baik untuk Aeril. Saya juga masih belajar untuk menjadi isteri yang lebih sempurna dan pada masa sama berusaha menjadi hamba Allah yang taat,” katanya.

Sementara itu, Aeril mengakui mereka berdua kini tidak lagi terlalu mengejar kemewahan dunia seperti dahulu.

“Kami berdua sekarang memang sudah tidak terlalu meletakkan harapan pada kemewahan. Dulu saya mungkin ada impian hendak memiliki kereta idaman dan macam-macam lagi, tetapi semua itu saya sudah rasa.

“Sebab itu sekarang saya rasa tiada apa lagi yang terlalu mahu dikejar. Harta dunia ini kalau kita terus kejar memang tidak akan habis. Jadi kita sendiri yang perlu tahu di mana hadnya,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Mahu Bantu Rakan Artis Berdepan Kesukaran Hidup, Wawa Zainal & Aeril Zafrel Kongsi Kisah Sokong Fathia Latiff Bangkit Semula

Walaupun tidak lagi meletakkan harta benda sebagai sasaran utama, Aeril bagaimanapun mengakui dia masih menyimpan hasrat untuk menambah cahaya mata kerana merindui saat anak-anak mereka masih kecil.

“Saya memang suka anak kecil. Anak-anak kami sekarang pun makin membesar dan saya rindu momen itu. Masa memang tak boleh diputarkan semula, jadi mungkin jalannya dengan menambah anak.

“Setiap kali kami dikurniakan zuriat, biasanya akan datang juga rezeki lain bersama-sama,” katanya yang memasang impian untuk memiliki enam orang anak.

Wawa dan Aeril mendirikan rumah tangga pada 2013 dan pasangan itu dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, Ayya Sofia dan Muhammad Fahri.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 22 Dec 2017

Pertemuan Di Dalam Grab, Sanggup Kejar

Dari Pertemuan Di Dalam Grab, Kisah Sweet Yang Terjadi Buatkan Lelaki Morocco Jatuh Cinta Dan Sanggup Kejar Wanita Ini

Featured Tue, 9 Jun 2026

“Pelajaran Terbesar Saya Adalah Tak Perlu Disukai Semua Orang” – Reen Rahim

Reen berkata, kebahagiaan sebenar bukanlah berlandaskan perhatian yang diraih, sebaliknya sentiasa dikelilingi insan ikhlas dan tidak hipokrit.

Featured Tue, 5 Apr 2022

Guru Tahfiz R*gol 13 Pelajar Dihukum Mati, Lapan Daripada Mangsa Disahkan Hamil

13 Pelajar dalam lingkungan usia antara 12 tahun dan 16 tahun.. Allahuakbar, kesiannya..

Featured Tue, 25 Oct 2022
Hiburan Fri, 27 Dec 2019

Joked About Being Single, Neelofa Caught On Camera Glaring At Nabil

Maybe the joke was a bit too sensitive for her?

Hiburan Tue, 28 May 2019

‘Hilang Suara, Demam Tak Kebah’, Hael Husaini Sakit Dibuat Orang?

Penyakit misteri Hael, mengharapkan doa para peminat agar cepat sembuh

Hiburan Mon, 3 Apr 2023
Featured Thu, 9 Sep 2021

“Ini Soal Nyawa!”- Che Ta Takkan Bekerjasama Dengan Pelakon Enggan Ambil Vaksin

Pelakon dan pengacara, Rozita Che Wan atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta mengakui tidak akan berkerjasama dengan mana-mana pelakon yang belum atau tidak mahu mengambil vaksin. Menurutnya, tidak logik sekiranya terdapat segelintir produksi yang […]

Featured Wed, 4 Jan 2023

“Jangan Cepat Catch Feelings” – Nasihat Azfar Heri Buka Mata Ramai Jadi Lebih Matang

Umum mengetahui, pempengaruh media sosial Azfar Heri sering memuat naik video menarik untuk tontonan warganet di YouTube. Namun, baru-baru ini tular sebuah perkongsiannya di TikTok apabila dia memberi sedikit nasihat dan motivasi kepada pengikut yang […]

Hiburan Tue, 31 Aug 2021

12 FIlem Bakal Diterbitkan Dalam Tempoh 24 Bulan Untuk Bantu Industri

Perjanjian usaha sama multi-filem dengan komitmen untuk menghasilkan bersama 12 filem dalam tempoh 24 bulan akan datang telah ditandatangani oleh dua pihak iaitu Zebra Studio Sdn Bhd dan Tremendous Entertainment. Pengerusi Tremendous Entertainment, Datuk Jared […]

error: Content is protected !!