Drama By: Afiqah Azizan September 6, 2023 @ 10:30am

Tonton Apa Hari Ni: ‘Tumpat Berdarah’

Perebutan kuasa bukanlah isu baharu. Namun, ada yang lebih melarat daripada yang lain. Situasi ini yang berlanjutan sehingga berdekad lamanya digambarkan dalam drama original Tonton terbaharu, ‘Tumpat Berdarah.’

Perebutan kuasa perniagaan padi dan beras di daerah Tumpat, Kelantan, telah mencetuskan permusuhan antara Wan Nawang Kelaboran dan Mat Tok Kaya Sg Pinang. Permusuhan antara dua tokey kilang padi ini telah sampai kemuncak pada tahun 1961.

Kilang padi Mat Tok Kaya Sg Pinang telah dimamah api. Dentingan parang dan kelewang mengisi ruangan malam tersebut. Kilang padi Wan Nawang Kelaboran juga terbakar. Keesokan harinya, kedua-dua individu besar ini telah ditangkap.

Mara ke tahun 2020, semangat permusuhan masih berlanjutan ke generasi baharu. Wan Nawi, cucu Wan Nawang, meneruskan legasi menjaga kilang padi bersama adiknya, Wan Zaki. Selain itu, Wan Nawi juga merupakan seorang tukang karut dikir barat. Dia berdikir bersama kumpulan dikir Seri Tumpat.

Nuari Benang Emas pula merupakan cucu Mat Tok Kaya. Dia adalah seorang tukang karut di Sungai Pinang. Kilang padi datuknya telah dijual oleh arwah ayahnya, Cik Latip, kerana kecewa dan marah dengan kejadian kebakaran yang berlaku hampir 60 tahun lalu.

Kedua-dua Wan Nawi dan Nuari Benang Emas mempunyai guru tukang karut yang sama iaitu Nik Dir.

Selain reputasinya sebagai tukang karut yang ternama, Nik Dir juga merupakan orang kuat dalam Yayasan Anak Tumpat. Dia dianggap sebagai pemimpin masyarakat. Dari usianya yang muda, dia telah menjadi tempat luahan bagi kedua-dua keluarga yang bermusuhan itu. Usahanya untuk mendamaikan mereka masih tidak berjaya.

Wan Zaki pula merupakan jejaka berusia akhir 20-an yang meminati sastera dan budaya. Percintaannya dengan Anis, adik kepada Nuari Benang Emas, telah menyemarakkan api permusuhan yang telah lama membara.

Saksikan perkembangan permusuhan dua keluarga ini yang disulami kisah cinta yang tidak mendapat restu.

Cerita Apa? ‘Tumpat Berdarah’
Di Mana? Strim Eksklusif di Tonton

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Drama Tue, 12 Dec 2023

Tiada Ayah Di Sisi, Kasih Sayang Ibu Tiada Galang Ganti! Kuatkah Alice Bina Hidup Baru Di Kampung Baru?

Jom layan Alice Kampung Baru setiap Isnin hingga Khamis di Tonton!

Drama Thu, 15 Dec 2022

Wajib Tonton: ‘Budak Tebing 3’ Kembali Dengan Watak-Watak Baharu

Tak sabar nak tengok watak-watak baharu ni!

Drama Wed, 15 Feb 2023
Drama Fri, 24 Feb 2023

Fasha Sandha Kongsi Pengalaman Bawa Watak Pesakit Postpartum Psikosis

Bukan senang nak bawa watak berat macam ni.

Drama Mon, 17 Feb 2020
Drama Thu, 6 Jan 2022

Lebih Mudah Untuk Aiman Hakim Ridza Dapatkan Keserasian Bersama Hannah Delisha Dalam 28 Hari Mencari Cinta

Drama slot Lestary 28 Hari Mencari Cinta sudah mula ditayangkan bermula 23 Disember lalu dan ia kembali menggandingkan Aiman Hakim Ridza dan Hannah Delisha. Drama 15 episod ini mengisahkan tentang watak Faisal yang dilakonkan oleh […]

Drama Mon, 24 Apr 2023

Tonton Apa Hari Ni: ‘Kerasnya Takdir’

Perbezaan darjat menjadi punca.

Drama Tue, 21 Apr 2020

Save The Date! Lebih Banyak Rancangan Menarik Disajikan Buat Korang Sempena Ramadan Tahun Ini

Duduk di rumah sambil tengok rancangan menarik sepanjang Ramadan ini!