Euforia Bola 2026
Drama By: Padin June 8, 2023 @ 2:57pm

Tonton Apa Hari Ni: ‘Malam Zulaikha’

Walaupun ada yang meragui, terdapat ramai yang berkongsi pengalaman berkenaan alam mistik. Salah satu topik yang meluas adalah berkenaan saka pendamping. Hal ini menjadi subjek utama dalam drama Samarinda terbaharu yang berjudul ‘Malam Zulaikha.’

Sejak mencecah usia 20 tahun, Zulaikha (dilakonkan oleh Sweet Qismina) sering mengalami gangguan mistik. Menyedari perkara ini, Izmir (dilakonkan oleh Adam Lee), rakan baiknya, telah mengatur pertemuan antara gadis tersebut dengan bapanya, Ustaz Rahim. Ustaz Rahim adalah seorang pakar dalam ilmu perubatan Islam.

Menerusi pertemuan tersebut, Ustaz Rahim telah mengesahkan bahawa Zulaikha mempunyai pendamping yang diwariskan kepadanya. Perkara ini telah mendorong Zulaikha untuk pulang ke kampungnya dengan segera demi mencari kebenaran. Izmir turut serta ke kampung Zulaikha.

Di kampung itu, mereka telah bertemu dengan nenek Zulaikha yang bernama Engku Salbiah (dilakonkan oleh Ku Faridah). Kehadiran Zulaikha telah mencetuskan rasa curiga yang mendalam buat Engku Sabiah. Ini kerana 20 tahun yang lalu, dia telah menyihir menantunya, Suria, supaya mandul. Maka tidak hairanlah yang Engku Salbiah tidak percaya bahawa Zulaikha adalah zuriat anak lelakinya, Ali.

Namun, kisah silam telah dibangkitkan dengan pendedahan oleh Mak Som, bidan yang telah menyambut kelahiran Zulaikha. Apakah yang bakal terjadi kepada kehidupan gadis ini?

Cerita Apa? ‘Malam Zulaikha’
Hari Apa? Setiap Isnin – Khamis
Jam Berapa? 10 malam
Di Mana? TV3 & Strim Eksklusif di Tonton

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Drama Thu, 12 Jan 2023

Kecoh Kelibat Aliff Aziz Di Kelab Malam

Apakah sebenarnya yang berlaku?

Drama Thu, 15 Jun 2023

Kenali Watak-Watak Utama Yang Menceriakan ‘Diva Seroja’

Setiap watak mempunyai kisah mereka tersendiri.

Drama Thu, 24 Jul 2025

DEX Beraksi Dalam Drama Thriller Serius Bertemakan Sisi Dunia Gelap Pemerdagangan Kanak-Kanak, Strim ‘The Defects’ Di Tonton!

Strim ‘The Defects’ sekarang di Tonton! Episod baharu setiap Isnin dan Selasa, jam 10 malam, serentak dengan tayangan di Korea, bermula 21 Julai.

Drama Tue, 16 May 2023
Drama Thu, 16 Apr 2026

Siti Hariesa Kejar Cinta Noki Dalam Dear Farris, Tapi Ditolak?

Dear Farris lakonan Noki K-Clique & Siti Hariesa bakal ditayangkan secara eksklusif di Tonton bermula 18 April 2026.

Drama Fri, 12 Jun 2026

Bila Bola Sepak Jadi Orang Ketiga, Jom Saksikan ‘Offside Husband’ Lakonan Elfira Loy & Imran Aqil

Offside Husband mengisahkan Hafiz (Imran Aqil), editor sukan yang terlalu obses dengan bola sepak sehingga tanpa sedar mula mengabaikan isterinya, Alya (Elfira Loy).

error: Content is protected !!