Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Enal December 14, 2017 @ 4:09pm

Bekas Isteri Kedua Pelakon Adi Putra Buat Laporan Polis

Bekas isteri kedua pelakon Adi Putra iaitu Norshahida Zolkifly, 34, membuat dua laporan di Balai Polis Nilai dengan mendakwa Adi telah memalsukan sijil pernikahan mereka. 

Bagaimanapun, Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim, 36, ketika ditanya berhubung hal ini berkata yang bekas isterii keduanya itu berhak untuk membuat laporan. 

Kata pelakon drama ‘Dia’, jika laporan tersebut sudah dilakukan, dia tidak akan berada pada malam ini (mungkin ditahan polis). 

“Saya tidak ada komen. Saya adalah diri saya seperti mana umum kenal diri saya. Biarlah perkara itu berlalu dan itu hak dia. Kalau dah buat laporan polis, mungkin saya tak ada di sini dalam temu bual ini,” ujarnya. Menurut pelakon ‘1957 Hati Malaya’ itu, dia menganggap apa yang berlaku adalah satu ujian hidup sahaja. 

“Perkara ini saya anggap sebagai ujian dalam kehidupan. Bila diuji, ia bermakna Allah sayang kita,” katanya. 

Menurut Norshahida sebelum ini, Adi memalsukan sijil nikah mereka pada awal Januari lalu untuk urusan visa dan perniagaan di luar negara. 

Katanya, pelakon itu mengubah suai sijil nikah bersama bekas isteri pertamanya, Zuhaidah Yusof, 42, dengan meletakkan namanya dalam sijil nikah tersebut. 

Timbalan Ketua Polis Daerah Nilai, Deputi Superintenden Azrul Hisham Mohd. Shaffei mengesahkan pihaknya menerima laporan tersebut dan siasatan sedang dijalankan. 

Terdahulu pada 23 Mac lalu, Adi telah mengesahkan yang dia tidak lagi mempunyai hubungan dengan kedua-dua isterinya. Dia membuat pengumuman mengenai perpisahan itu menerusi laman Instagram.

Adi dan Zuhaidah berkahwin pada 14 April 2006 dan tidak dikurniakan cahaya mata sebaliknya mempunyai seorang anak angkat bernama Zara Adelia yang kini berusia lima tahun. Dia kemudiannya berpoligami selepas menikahi Norshahida pada 20 Jun 2016. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 19 Sep 2023
Featured Sun, 29 Jun 2025

Siti Nurhaliza Dedah Datuk K Fobia Lihat Dirinya Bertarung Nyawa Melahirkan Cahaya Mata

Datuk K mengalami perasaan fobia itu ketika dia melahirkan anak sulung mereka, Siti Aafiyah.

Hiburan Fri, 8 Nov 2019
Events Sun, 31 Mar 2019

World’s First Ant-Man and The Wasp Attraction Debuts in Hong Kong Disneyland

Ant-Man and The Wasp: Nano Battle! further expands Hong Kong Disneyland as Asia’s Marvel Hub.

Events Wed, 5 Feb 2020

5 Pencalonan Lagu Yang Dijangka Memberi Saingan Sengit Dan Layak Diangkat Sebagai Juara AJL 34

Antara 5 pencalonan ni siapa yang korang rasa akan menang AJL34?

Hiburan Tue, 13 Sep 2022

“Pergi Kelab Malam Boleh Pula?” – Rakan Serumah Dedah Pelakon Tak Bayar Sewa

Tak baik buat member macam tu.. Siapa eh pelakon tu? 🤔

Hiburan Fri, 24 May 2024
error: Content is protected !!