Euforia Bola 2026
Konsert By: Afiq Kandi September 4, 2023 @ 1:47pm

Santai & Penuh Kejutan, Konsert Aku Faizal Tahir Live In Kuala Lumpur Sukses

Konsert penyanyi popular, Faizal Tahir pastinya antara yang paling ditunggu-tunggu oleh seluruh peminatnya di Malaysia.

Aku Faizal Tahir Live In Kuala Lumpur merupakan konsert sulung pemilik nama sebenar Ahmad Faizal Mohammad Tahir sepanjang 17 tahun berkarya.

Kejayaan konsert Aku Faizal Tahir Live In Kuala Lumpur yang berlangsung di Dewan Merdeka, World Trade Centre (WTC) pada Sabtu lalu berjaya menyatukan lebih 3,000 peminat.

Konsert yang berlangsung selama tiga jam itu turut memuatkan sebanyak 21 buah lagu hits Faizal seperti Mahakarya Cinta, Cuba, Negaraku, Sampai Syurga, Sejati, Ragaman dan banyak lagi.

@xtra_my Malamni min lanje korang konsert Faizal Tahir🥳 Terimalah lagu Cuba!! ni mesti lagu galau korang dulu2 kan?🤪 #fyp #xtramy #faizaltahir #live #kualalumpur #konsert #beritaditiktok #sembangentertainment ♬ original sound – XTRA

Rata-rata peminat yang hadir berpuas hati dengan persembahan yang ditampilkan oleh penyanyi popular Malaysia ini.

Dalam pada itu, malam konsert tersebut bertambah meriah apabila hadirnya penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang mencuri tumpuan apabila diundang oleh Faizal ke atas pentas dan sudi berduet secara spontan menerusi lagu Dirgahayu.

Alif Satar juga turut tampil ke pentas untuk sama-sama menyampaikan lagu Gemuruh.

Santai dan penuh kejutan, Konsert Aku Faizal Tahir Live in Kuala Lumpur berlangsung sukses dan pastinya meninggalkan memori manis kepada peminat.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 30 Jan 2023
Events Sat, 21 Jan 2023

Rai Ulangtahun Ke-25, Dewan Filharmonik Petronas Tampilkan Sebuah Siri Konsert Dengan Artis & Band Tempatan!

Sempena meraikan ulangtahun ke-25, Dewan Filharmonik Petronas (DFP) dengan bangganya mempersembahkan siri konsert istimewa yang bakal menampilkan tujuh artis tempatan solo dan berkumpulan pada tahun ini. Dikenali dengan mempunyai tahap akustika yang tinggi di Kuala […]

Hiburan Sun, 10 Mar 2024
Featured Tue, 7 Feb 2023

#RoadToAJL37: Selepas Pertama Kali Jadi Finalis, Ini 5 Penyanyi Terus Melonjak Naik Selepas Sertai AJL!

Fuhhhh, Anugerah Juara Lagu (AJL) melahirkan bakat-bakat besar yang kekal relevan hingga kini! 🤩🤩

Konsert Tue, 16 Jan 2024

Letto 20th Anniversary Isi Ruang Rindu Lebih 2,000 Peminat Kuala Lumpur

Konsert band pop popular 2000-an Indonesia Letto pastinya antara yang paling ditunggu-tunggu oleh seluruh peminatnya di Malaysia. Letto 20th Anniversary Live In Kuala Lumpur merupakan konsert menyambut 20 tahun berkarya didalam industri muzik, dimana Letto […]

Featured Mon, 16 Feb 2026

Bawa Jaguh Sukan Negara, Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella Dibanjiri 55,000 Peminat!

Memiliki keistimewaan menerusi suara dan attitude yang ada padanya, pastinya gelaran Rockqueen tidak boleh disandang oleh sesiapa kecuali Ella.

error: Content is protected !!