Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin September 8, 2023 @ 3:30pm

Handal Didapur, Intan Najuwa Raih Pujian… Netizen Komen: “Semua Complete! Berbaloi Hantaran Mahal”

Aksi pelakon Datin Intan Najuwa memasak di dapur baru-baru ini mencuri tumpuan selepas dia dilihat menyediakan sup Ikan Jenahak buat suaminya, Datuk Azraf Azman yang sedang sakit.

Menerusi perkongsian tersebut, Intan kelihatan tidak kekok menyediakan masakan tersebut termasuklah lincah beraksi ketika berada di dapur.

“Soup ikan jenahak for my sick man,” katanya.

Siap kongsi resepi dengan followers

Selain itu, pelakon yang popular menerusi drama Saat Kau Takluk Cinta Ini juga tidak lokek berkongsi resepi bersama pengikutnya di platform berkenaan.

Video berdurasi 26 saat itu menerima pelbagai respons dalam kalangan warganet yang kagum dengan kebolehan yang dimiliki Intan.

Malah, ramai yang berpendapat pakej lengkap yang dimiliki aktres ini berbaloi dengan hantaran perkahwinan yang diterimanya.

 

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telahpun meraih lebih 2 juta tontonan dengan menerima lebih 200,000 tanda suka sejak ia dimuat naik.

Terdahulu, Intan menamatkan zaman bujangnya bersama jejaka pilihan hati, Datuk Ahmad Azraf Azman, 39, dengan hanya sekali lafaz.

Intan menerima mas kahwin berjumlah RM20,000 dan hantaran bernilai RM222,000 sebagai simbolik lambang tempoh dua tahun perkenalan mereka.

ARTIKEL BERKAITAN:Suami Beri Intan Najuwa Kuda Sempena Hadiah Ulang Tahun, Peminat Berseloroh – “Another Level Lah Aura Dia Lepas Ni!”

ARTIKEL BERKAITAN:Didakwa Kahwin Atas Dasar ‘Harta’, Ini Jawapan Intan Najuwa – “Siapa Saya Nak Pertikai Jodoh?”

ARTIKEL BERKAITAN:Dengan Sekali Lafaz, Intan Najuwa Bergelar Isteri Kepada Datuk Ahmad Azraf… Terima Hantaran Bernilai RM222,000

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 15 Feb 2023

Pernah Berhasrat Tak Mahu Sertai AJL 37, Aina Abdul Puas Raih Gelaran Juara.. Bakal Buat Konsert 3.0 Skala Besar

Fuhhhh! Tak sabar min nak tunggu konsert Aina Abdul 3.0! Berskala besar gaisss 🤩🤩🤩 Dengar cerita sampai tiga tempat? Powerr

Featured Fri, 3 Oct 2025

Syamel Buka Mulut Isu Netizen Pertikai Misi Kemanusiaan Pejuang GSF – “Jangan Persoalkan Andai Diri Sendiri Tak Mampu Tandingi Ikhlas Mereka”

Syamel juga menitipkan ucapan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang sudi berkongsi perkembangan terkini mengenai status sukarelawan Malaysia yang terlibat.

Featured Wed, 31 Jul 2024
Trending Wed, 13 May 2020
Hiburan Tue, 24 Mar 2020

Susulan Arahan PKP, Kadar Tontonan Berita Televisyen Dan Digital Media Prima Catat Lonjakan Mendadak!

Sentiasa setia bersama rangkaian televisyen dan digital kami untuk segala maklumat yang berkualiti dan pantas.

Featured Thu, 26 Mar 2020

Tunku Azizah mohon rakyat doakan keselamatan baginda sekeluarga

Turut bimbang 9 petugas yang disahkan positif COVID-19

Hiburan Sun, 8 Feb 2026

Pergi Di Usia 47… Along Eyzendy Meninggal Dunia Selepas 3 Hari Bertarung Nyawa Di ICU

Along Eyzendy disahkan meninggal dunia pada 12:16 pagi tadi

Hiburan Wed, 4 Sep 2019

Dipilih Jadi Duta Jus Perawan, Apa Komen Diana Danielle?

Jadi jurucakap jus perawan…masih hebat Datin Diana!

Trending Tue, 4 May 2021
Hiburan Thu, 1 Jun 2023
error: Content is protected !!