Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi September 11, 2023 @ 3:00pm

Ramai Bandingkan Anak Abby Abadi & Kasih Iris Leona, Ini Reaksi Azhar Sulaiman – “Bukan Lebih Pandai, Cuma Bernasib Baik Allah Tak Uji Lebih Besar…”

Pelakon, Azhar Sulaiman kekal tenang meskipun anaknya, Kasih Iris Leona menerima tempias ekoran isu berkaitan anak pasangan selebriti, Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Marissa Dania Hakim.

Isu Marissa yang didakwa menjadi ‘penyondol’ rumah tangga sehingga terlerai menjadi buah mulut netizen sehingga ramai yang membandingkan anak Abby itu bersama Leona.

Leona yang sering mencetus kontroversi ekoran pemakaiannya yang seksi itu dibandingkan dengan Marissa yang merupakan Hafizah Al-Quran serta berpakaian sopan.

Bukan itu sahaja, ramai turut memuji Azhar lebih handal dalam menjaga anaknya itu, meskipun berjauhan di United Kingdom untuk menyambung pengajian.

Ia ekoran sebuah ciapan yang dimuat naik oleh akaun Awatni menyunting foto Azhar dan anaknya, Leona, Marissa dan bapanya, Norman.

“Better lagi perangai Leona dari Marissa ni. At least Leona yang macam tu pun aku rasa dia pandai jaga diri: yang macam ni malas aku nak nilai,” kata netizen.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, Leona turut membalas ciapan tersebut yang berseloroh sama ada isu tersebut adalah drama TV3 baru.

“Drama TV3 batu ke nj, kidding btw terkejut I tengok my face in that picture,” tulisnya.

Azhar Sulaiman

Azhar Sulaiman

Sementara itu, bapanya Azhar dengan tenang turut membalas ciapan tular tersebut dengan berkata dia hanya bernasib baik tidak diuji dengan isu besar.

“Salam semua, saya bukan lebih pandai. Tapi bermasib baik lagi sebab Allah tak uji dengan isu yang lebih besar.

“Saya sentiasa hidup dalam suspen now,” tulisnya.

Azhar Sulaiman

Isu tersebut membuatkan nama membandingkan Leona dan Marissa sehingga trending di platform X.

Terdahulu, nama Marissa menjadi sebutan ramai ekoran dakwaan mengganggu rumah tangga wanita bernama Misya sehingga bercerai.

Misya turut mendedahkan resit tempahan hotel dibawah e-mel Marissa pada Jun lalu, sebelum dia menyambut ulang tahun ke-18.

Marissa bagaimanapun mengaku bersalah, namun tegasnya tidak semua cerita yang ditularkan oleh Misya adalah benar.

Setelah sekian lama berdiam diri, Norman akhirnya tampil bersuara dan memohon maaf kepada semua pihak atas kekhilafannya dalam menjaga anak serta bakal menyelesaikan isu tersebut secara tertutup.

Artikel Berkaitan: Gagal Berubah, Wanita Dedah Video Bekas Suami Dakwa Anak Abby Abadi ‘Terkejar’ Nak Balik Ke Pangkuan – “Aslam Tak Kuat Lawan…”

Artikel Berkaitan: “Saya Mengaku, Tapi Tak Semua Cerita Benar,” – Anak Abby Abadi Tampil Respons Isu Sondol Suami Orang… Perjelas Status Hubungan Terkini Dengan Aslam

Artikel Berkaitan: Isu Anak Artis Berusia 18 Tahun Didakwa Jadi Orang Ketiga… Kakak Mangsa Tampil Beri Bukti Rakaman Audio! Dakwa Penyondol Pernah Bersumpah, Siap Junjung al-Quran

Artikel Berkaitan: Tampil Mohon Maaf, Norman Hakim Bakal Selesaikan Isu Anak Didakwa Penyondol Secara Tertutup – “Salah Tetap Salah, Pintu Taubat Sentiasa Terbuka”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 2 Dec 2018
Hiburan Fri, 26 Aug 2022

Netizen Mulut Pedas Tegur Sharifah Sakinah Menari Terkinja-Kinja Di Negara Orang

Semoga yang baik-baik sahaja buat Sharifah Sakinah 😇

Featured Tue, 14 Oct 2025

Sarat Peringatan Yang Hebat, Abby Abadi Suka Nasihat Ayah Amira Othman – “Ayah Macam Ni Lah Yang Buat Anak Terdidik Dengan Baik”

Kata Abby, kata-kata yang keluar dari mulut bapa kepada penyanyi itu sarat dengan peringatan yang hebat.

Hiburan Fri, 15 Mar 2019

Tahniah Fizi Ali Dah Bergelar Bapa!

Alhamdulillah…Tahniah Fizi & Shakilla!

Featured Tue, 8 Nov 2022
Hiburan Thu, 10 Aug 2023

Farid Kamil, Diana Danielle Sah Bercerai Talak Satu Melalui Google Meet

Semoga mereka berdua bahagia dengan kehidupan masing-masing

Featured Tue, 2 Jul 2024
Featured Mon, 15 Jul 2024
Hiburan Wed, 8 Feb 2023
error: Content is protected !!